SJ-11-0103 : hire purchase vs ijarah thumma bai' (car loan)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0103 : hire purchase vs ijarah thumma bai' (car loan)

:salam
setahu ana membeli kereta melalui loan dari bank tidak dibenarkan dalam Islam kerana ada unsur riba'. Oleh itu kebanyakkan bank2 Islam mengguna kaedah ijarah thumma bai' (sewa kemudian beli) dan fixed interest. Tapi ada bank convetional memperkenalkan hire purchase (sewa beli; bukan loan) dan fixed interest. Apa beza istilah hire purchase & ijarah thumma albai'? Adakah konsep ini sama? Bolehkah ana terus menggunakan HP convetional sekiranya kaedahnya sama dgn HP-Islamic? Kalau refinance, ana terpaksa prepare sekurang2nya RM5000 dan interest naik sbb kereta dikira second hand... minta bantuan dari yg berilmu... ana kebingungan sekarang...
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0103 : hire purchase vs ijarah thumma bai' (car loan)

:wassalam

al-Jawab:

al-Ijarah Thumma alBai' = maksudnya Sewa kemudian disusuli dengan pembelian aset tersebut merupakan salah satu instrumen dalam pakej pembiayaan secara Islam .

al-Ijarah Thumma al-bai' walaupun sama konsepnya dengan HP, tapi al-Ijarah di rumuskan berdasarkan prinsip bebas riba, akad sewa dan akad beli dan syarat2 sewa-beli termasuk penalti (denda) yang unik untuk pembiayaan kewangan Islam. Jadi istilah al-Ijarah dan HP membawa maksud dan implikasi syari'at. Maka tidak boleh kita katakan, al-Ijarah juga menetapkan keuntungannya berdasarkan interest (bunga) kerana interest hanya dikaitkan dengan perbankan konvensional sahaja.

Maka anda hendaklah segera berpindah dari sewabeli secara konvensional dan cuba berunding dengan pegawai bank syari'ah tempatan (bank Islam, bank Mu'amalat), juga perbankan Islam dari negara-negara Arab seperti Kuwait Finance House dan alRajhi bank unutk meminimakan kerugian anda utk mendapat pakej pembiayaan yang sejajar dengan syari'ah. WA