SJ-11-0184 : medical card (repost)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0184 : medical card (repost)

:salam

saya ada kemusykilan ttg sejauh mana halalnya sesebuah takaful yg menyediakan khidmat medical card?

ini kerana sy berminat utk mendapatkan takaful utk anak sy yg didlmnya menyediakan kemudahan medical card ini. namun, sy musykil samada takaful ini benar2 halal atau sebaliknya.

sy telah post soalan ni dulu,ttp tiada jawapan yg jelas...minta pencerahan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0184 : medical card (repost)

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Secara umumnya , sebarang bentuk transaksi yang bebas daripada unsur-unsur riba , gharar dan penindasan serta pelaburan dalam sektor yang haram , adalah dibolehkan.

Syarikat Takaful sebagaimana yang diketahui umum adalah sebuah syarikat yang menjalankan urusniaganya yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam.Maka , dengan ini perkhidmatan yang diberikan adalah sah dan dibenarkan syara'.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com