SJ-12-0074 : Mana Satu Nak Pilih Nih??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0074 : Mana Satu Nak Pilih Nih??

Seorang isteri dalam delima, di antara kasih/taat kepada suami 'baru' dan tanggungjawab terhadap anak-anak (dgn suami pertama). Isunya, si suami 'baru' meminta anak-anaknya itu diserahkan kepada bekas suami atas alasan-alasan tertentu. Namun jika diserahkan, siisteri tadi berpandangan bekas suaminya hanya mampu memberikan kehidupan yang 'minima' (biasa) sahaja kepada anak-anaknya.

Soalan: Yang mana lebih utama untuk dipilih, mentaati perintah suami 'baru' atau mengambil tanggungjawab memelihara anak (menghadapi risiko diceraikan)?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0074 : Mana Satu Nak Pilih Nih??

assalamualaikum,

Bagi persoalan diatas,saya memetik komentar Dr Abd Karim Zaidan dalam al-Mufassal (10/46);

Hadis Rasulullah yang menyatakan `kamu(ibu) lebih berhak terhadap hak jagaan selama mana kamu belum berkahwin`.Dan dipandang dari sudut asas diperundangkan hadanah dan ditentukan hak baginya(ibu) ianya adalah bagi kemaslahatan anak,dan inilah maksud hilangnya hak kelayakan itu jika dia berkahwin dengan ajnabi kerana dengan perkahwinan itu menyebabkan ibu kesibukan dalam menunaikan haknya (terhadap suami baru)

Dalam Kifayatul al-Akhyar Juz 2 ms 153,

..isteri biasanya sibuk melayani suami dan sudah tentu mejejaskan kedudukan anak itu meskipun meskipun ada keredhaan dari suaminya(baru)..namun ianya tidak beerti...

Bagaimanapun Ibnu Qayyiim dalam Zadul Maad menyatakan jika ada kesepakatan dalam perkara tersebut dari ibu dan suami barunya untuk menjaga mereka maka itu tidak mengapa

Jalan terbaik serahkan anak tersebut pada ibunya(nenek kanak-kanak itu) atau pada bapanya.WA