SJ-12-0091 : membenci bapa yg meninggalkan keluarga

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0091 : membenci bapa yg meninggalkan keluarga

:salam
saya di sini ingin mendapatkan sedikit nasihat berdasarkan situasi seorang sahabat.
bapanya telah menceraikan ibunya dengan berkahwin lain. bapanya juga tidak memberi nafkah kepada ibu serta bapanya mengabaikan tanggungjawab asas kepada anak2nya. pernah sekali, bila kakak sahabat saya ni ingin berkahwin dan meminta bapa kandungnya utk menjadi wali, tp dia menolak. keadaan ini telah memberi kesan yg negatif kepada sahabat saya dan begitu membenci bapanya itu.
jadi, apakah wajar baginya utk membenci bapa sedemikian rupa? dan, wajar lagikah untuknya menyertakan doa kepada kedua2 orang tua di dalam sembahyang(sedangkan dia begitu membenci bapanya itu)?
apakah yg dapat saya bantu dirinya dalam keadaan ini..

syukran..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0091 : membenci bapa yg meninggalkan keluarga

:wassalam

Jawapan Ringkas:

Ibubapa walaupun kafir atau dzalim sekalipun tidak boleh menyakiti mereka apatah lagi menderhakai mereka. Mereka hendaklah terus diperlakukan dengan kebaikan dan hendaklah memanjatkan do'a agar mereka diberi petunjuk.

Dalil:

" Pergaulilah keduanya didunia dengan baik" AQT 31:15

Dalil hadith: alBukhari dalam adabul Mufrad

" Dari Ibn Abbas ra:

" jika dia (si anak) membuat salah seorang (ibubapanya) marah, maka Allah tidak meredhainya. Dikatakan kepada baginda," jikalau mereka menzalimi (si anak)?" Sabda Nabi , " walaupun mereka menzaliminya."

sekian