SJ-12-0287 : Tanggungjawab isteri dlm proses penceraian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0287 : Tanggungjawab isteri dlm proses penceraian

:salam

Persoalan saya, apakah isteri masih lagi bertanggungjawab menjalankan tugasannya sebgai isteri dalam melayan suami zahir & batin ketika dalam proses penceraian. (isteri telah buat pengaduan ke mahkamah dan kesnya belum dibawa ketgh)

Suami seringkali mengungkapkan antara kita tiada lagi hubungan suami isteri dr segi syarak tetapi hanya tertakluk dlm undang negara. Apakah lafaz sedemikian telah jatuh talak terhadap isteri?

Apakah hukumnya seorang suami yang telah berkahwin lagi tanpa keizinan isteri tidak mahu melepaskan isterinya tetapi secara berterusan mendera mental dan psikologi isteri dengan menceritakan segala perbuatan dan hubungannya terhadap isteri keduanya sehingga mengakibatkan "depression" yang bersangatan terhadap isteri pertama. Tidakkah ini bererti si suami telah menzalimi isterinya. Apakah hak isteri untuk melepaskan penderitaan yang ditanggungnya? Apakah dalam keadaan sedemikian isteri lagi tertakluk dengan kewajipannya dalam melayan kehendak suami?

salam

SJ-12-0287 : Tanggungjawab isteri dlm proses penceraian

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Islam mewajibkan isteri mentaati perintah suaminya walau dalam keadaan apa sekalipun selagi mana suami tidak menyuruh si isteri melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan kehendak dan ketetapan Islam.Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis :

áÇ ØÇÚÉ Ýí ãÚÕíÉ Çááå ÅäãÇ ÇáØÇÚÉ Ýí ÇáãÚÑæÝ

“Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat kepada Allah.Sesungguhnya ketaatan hanyalah pada perkara yang makruf”

(Dinilai SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Daud : 2360 , dan Sahih al-Jami’ al-Soghir : 7519)

Selagi mana talak belum dilafazkan , maka selagi itulah isteri wajib menjalankan segala tanggungjawab terhadap suami.

Quote:
Suami seringkali mengungkapkan antara kita tiada lagi hubungan suami isteri dr segi syarak tetapi hanya tertakluk dlm undang negara. Apakah lafaz sedemikian telah jatuh talak terhadap isteri?

Dalam keadaan sedemikian , lafaz tersebut disebut sebagai lafaz kinayah , maka ianya adalah bergantung kepada niat si suami tadi.Sekiranya semasa dia melafazkan ucapan tersebut disertakan dengan niat cerai , maka jatuhlah talak , jika tidak pasangan tersebut masih sah sebagai suami isteri.

Quote:
Apakah hukumnya seorang suami yang telah berkahwin lagi tanpa keizinan isteri tidak mahu melepaskan isterinya tetapi secara berterusan mendera mental dan psikologi isteri dengan menceritakan segala perbuatan dan hubungannya terhadap isteri keduanya sehingga mengakibatkan "depression" yang bersangatan terhadap isteri pertama. Tidakkah ini bererti si suami telah menzalimi isterinya. Apakah hak isteri untuk melepaskan penderitaan yang ditanggungnya? Apakah dalam keadaan sedemikian isteri lagi tertakluk dengan kewajipannya dalam melayan kehendak suami?

Berkenaan dengan hal ini , kami menasihatkan agar anda mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Jabatan Agama Islam di tempat anda.Walaubagaimana pun suami tidak boleh menzalimi isterinya kerana matlamat dijadikan isteri itu adalah agar suami merasa aman dan tenteram serta berkasih sayang antara satu sama lain sebagaimana firman Allah swt dalam suar Ar-Rum , ayat 21 :

æóãöäú ÂíóÇÊöåö Ãóäú ÎóáóÞó áóßõã ãøöäú ÃóäÝõÓößõãú ÃóÒúæóÇÌðÇ áøöÊóÓúßõäõæÇ ÅöáóíúåóÇ æóÌóÚóáó Èóíúäóßõã ãøóæóÏøóÉð æóÑóÍúãóÉð Åöäøó Ýöí Ðóáößó áóÂíóÇÊò áøöÞóæúãò íóÊóÝóßøóÑõæäó

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com