SJ-12-0308 : Boleh kahwin ke??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0308 : Boleh kahwin ke??

:salam kepada panelis2 al-ahkam...

Soalan sy berbunyi seperti berikut..

Insan konfius :"Betul ke sepupu dgn sepupu tak boleh kahwin KALAU ayah depa adik beradik,?

Insan kamil menjawab: "kenapa pula tak boleh, boleh pe."

Insan Konfius: "kan ayah saudara tu boleh jd wali untuk anak saudara dia, kalau ayah kandung dia dah tak ad."

maka Insan kamil itu tidak dpt menjawab persoalan itu, dan memerlukan huraian dr panel2 yg lebih 'arif

Sekian wallahhua'alam

Tarikh post:
-2/9/2008-
3.15p.m

SJ-12-0308 : Boleh kahwin ke??

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Wanita-wanita yang diharamkan berkahwin adalah sebagaimana yang telah disebutkan dengan jelas oleh Allah swt dalam firman-Nya dalam surah an-nisa ayat 22 dan 23 :

æóáóÇ ÊóäúßöÍõæÇ ãóÇ äóßóÍó ÂóÈóÇÄõßõãú ãöäó ÇáäøöÓóÇÁö ÅöáøóÇ ãóÇ ÞóÏú ÓóáóÝó Åöäøóåõ ßóÇäó ÝóÇÍöÔóÉð æóãóÞúÊðÇ æóÓóÇÁó ÓóÈöíáðÇ (22) ÍõÑøöãóÊú Úóáóíúßõãú ÃõãøóåóÇÊõßõãú æóÈóäóÇÊõßõãú æóÃóÎóæóÇÊõßõãú æóÚóãøóÇÊõßõãú æóÎóÇáóÇÊõßõãú æóÈóäóÇÊõ ÇáúÃóÎö æóÈóäóÇÊõ ÇáúÃõÎúÊö æóÃõãøóåóÇÊõßõãõ ÇááøóÇÊöí ÃóÑúÖóÚúäóßõãú æóÃóÎóæóÇÊõßõãú ãöäó ÇáÑøóÖóÇÚóÉö æóÃõãøóåóÇÊõ äöÓóÇÆößõãú æóÑóÈóÇÆöÈõßõãõ ÇááøóÇÊöí Ýöí ÍõÌõæÑößõãú ãöäú äöÓóÇÆößõãõ ÇááøóÇÊöí ÏóÎóáúÊõãú Èöåöäøó ÝóÅöäú áóãú ÊóßõæäõæÇ ÏóÎóáúÊõãú Èöåöäøó ÝóáóÇ ÌõäóÇÍó Úóáóíúßõãú æóÍóáóÇÆöáõ ÃóÈúäóÇÆößõãõ ÇáøóÐöíäó ãöäú ÃóÕúáóÇÈößõãú æóÃóäú ÊóÌúãóÚõæÇ Èóíúäó ÇáúÃõÎúÊóíúäö ÅöáøóÇ ãóÇ ÞóÏú ÓóáóÝó Åöäøó Çááøóåó ßóÇäó ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ

Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh).

Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan * saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

* Maksud ibu di sini ialah ibu, nenek dan seterusnya ke atas. Dan yang dimaksud dengan anak perempuan ialah anak perempuan, cucu perempuan dan seterusnya ke bawah, demikian juga yang lain-lainnya. Sedang yang dimaksud dengan anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu, menurut jumhur ulama termasuk juga anak tiri yang tidak dalam pemeliharaannya.

Maka berdasarkan kepada firman Allah swt di atas , jelaslah bahawa sepupu merupakan golongan yang boleh dikahwini oleh sepupunya juga.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com