SJ-13-0337 : Cerai Ta'liq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0337 : Cerai Ta'liq

Assalamu'alaykum,

Ana telah didatangi seseorg dan beliau menceritakan masalah beliau kepada ana. Lelaki yg datang kepada ana ini mempunyai masalah dalam mengawal nafsunya, seorg yang ketagih pornografi. Suatu hari isteri beliau dapat tahu yang beliau mempunyai masalah ini dan mendesak suaminya menceraikannya dengan talak satu sekiranya dia mengulangi perbuatannya itu dan beliau bersetuju. Beliau sudah tidak melihat lagi pornografi tetapi baru-baru ini beliau ada menonton satu siri anime(kartun jepun) yg memaparkan gambar-gambar yg tidak senonoh.

Persoalan:
1- Adakah sah ta'liq lelaki itu menurut syara'?
2- Sekiranya sah, adakah jatuh talak apabila beliau menonton anime tersebut?
3- Dan sekiranya jatuh talak dan dia mahu merujuk semula, adakah perlu baginya memberitahu isterinya akan perbuatannya itu atau cukup sekadar memberitahu dia ingin kembali dengan isterinya itu tanpa memberitahu akan perbuatannya?

ana dahulukan dengan kalimah jazakumullahu khayr kepada panel2 yang mengulas dan memberi jawapan. Sekian

Wassalam

SJ-13-0337 : Cerai Ta'liq

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Mentaklik cerai dengan perkataan seperti "Jika saya melakukan perbuatan ini, maka isteri saya tercerai dengan talak satu", termasuk dalam permasalahan sumpah dengan sighah (perkataan) cerai.

- Dalam permasalahan yang saudara ajukan, lelaki itu seolah-olah bersumpah untuk tidak melihat pornografi, dengan menggunakan lafaz cerai sebagai ungkapan sumpah.

- Masalah seperti ini tidak pernah berlaku pada zaman sahabat. Ia mula dibincangkan pada zaman tabieen, dan terdapat khilaf adakah sah cerai taklik seperti ini ataupun tidak dikira cerai taklik.

- Mazhab Syafie, Ahmad dan sebahagian tabien mengatakan sah takliknya, yakni: jika dia melakukan perbuatan itu maka isterinya tercerai.

- Ada pendapat yang mengatakan tidak dikira cerai taklik. Ia dikira sebagai sumpah, dan dia hanya perlu membayar kaffarah sumpah jika melakukan perbuatan tersebut.

- Masalah yang diajukan dalam soalan adalah rumit, kerana:
i) Perlu dipastikan adakah si suami benar-benar melafazkan cerai taklik ataupun tidak.
ii) Adakah lafaz seumpama itu termasuk dalam cerai taklik atau termasuk dalam sumpah dengan lafaz cerai.

- Maka, untuk memutuskan status perkahwinan mereka, mestilah diajukan kepada pihak berkenaan seperti jabatan agama negeri, atau mahkamah syariah.

Wallahu A'lam.