SJ-1683: Potong Jambul bayi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1683: Potong Jambul bayi

Apakah hukum diadakan majlis utk Potong Jambul Bayi - di mana bayi akan dibawa ke setiap hadirin utk dipotong rambutnya? Selepas majlis diadakan bayi tersebut akan dicukur rambutnya sehingga licin spt yg dituntut oleh hukum. Adakah ianya dibenarkan atau mungkinkah ianya bid'ah??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1683: Potong Jambul bayi

Jawab:
Majlis potong jambul itu kemungkinan adalah Majlis Akikah. Jika akikah, maka hukumnya sunat (jumhur). Komponen Akikah menurut asSunnah ialah sembelihan haiwan akikah, mencukur rambut bayi, tahnik (memberi manisan) dan memberi nama bayi.
Cara mencukur ialah mencukur keseluruhannya dan dibuat anggaran beratnya dan disedeqahkan.
Adapun amalan menggunting jambul oleh hadirin itu adalah adat. Di Kelantan misalnya (yg diamalkan di tempat saya), yg mencukur atau menggunting bayi itu ialah beberapa yg terpilih di kalangan hadirin yg wara' dan alim. Dipercayai untuk mendapatkan keberkatan. Ia bukan sunnah tapi adat Melayu sahaja. Kita tidak mencelanya jika semata-mata adat. Allahu a'alam