SJ-1910-Tayamum 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1910-Tayamum 2

Assalamualaikum Wmt Wkt

Saudara THTL tempoh hari ada nyatakan kena tayamum bagi org yang muka dan tangan cedera, saya tak faham apa maksudnya sebab bukankah muka dan tangan yang tercedera itu tak boleh terkena air atau tanah, jadi macam mana nak bertayamum? Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1910-Tayamum 2


JWB:
Tayammum ini bukanlah spt mana hadis Ammar bin Yasser ra, di mana beliau (Ammar) berguling2 atas tanah, Nabi saw mengajar cara yg simple hanya menepuk tangan baginda kepada debu yg bersih kemudian meniup pada kedua tangannya (membuang debu yg berlebihan) dan barulah menyapu muka dan dua tangan sahaja (dengan sekali tepuk sahaja). Jika debu yg minima pun tak boleh kena dan mukanya berbalut, boleh pula berwudhu' dengan menyapu jabirah (balutan atau plaster). WaLlahu a'alam