SJ - 2074 : SOLAT DGN PAKAIAN KERJA , PERJUANGAN YG BERISIKO

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2074 : SOLAT DGN PAKAIAN KERJA , PERJUANGAN YG BERISIKO

Assalamualaikum Ustaz.

Soalan (1):

Bolehkah kita sembahyang dengan pakaian (seluar) yang sama untuk kerja, masuk tandas, travel dan melakukan akitiviti kebiasaan sekiranya kita berjaga-jaga supaya tidak ada najis terkena padanya? Saya rasa sesuatu amat membebankan untuk menukar seluar setiap kali untuk solat ketika waktu pejabat dan travel.

Soalan (2):

Adakah Islam membenarkan penganutnya membahayakan diri sendiri (keselamatan dan kesihatan) demi sesuatu perjuangan murni; seperti contohnya menentang ketidakadilan sosial dan penyelewengan public fund oleh pihak berkuasa? Bolehkah membenarkan diri kita sendiri menghadapi risiko akan ditangkap, diseksa atau mungkin diancam maut oleh orang zalim yang berkuasa? Hari ini kebanyakan manusia (Muslim dan non-Muslim) menyanjung amalan berani berkorban seperti ini. Adakah Allah redha dengan perbuatan demikian?

Soalan (3):

Suatu persoalan menghantui diri saya, adakah akan dapat pengampunan dari Allah dan masuk syurga seseorang Islam yang beriman dan melakukan amalan baik, tetapi hidup dengan selesa (mempunyai rumah, kereta dan lain2) di tengah-tengah suasana Kufr yang penuh dengan riba, secularisme, maksiat, tiada hukum Syariah dll. Adakah memadai dengan hanya mempunyai rasa benci di dalam hati?

Wassalam. :deal

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2074 : SOLAT DGN PAKAIAN KERJA , PERJUANGAN YG BERI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan-soalan saudara itu . Kami sebenarnya lebh suka jika para pengunjung sekalian mengemukakan soalan tidak secara “ bertanya berbagai soalan “ bagi sekali kiriman ( posting ) , KECUALILAH semua soalan yang dikemukakan itu terdiri daripada induk permasalahan ( bab ) yang sama .

Contohnya kalau ada yang hendak mengemukakan 3 soalan ; ( 1 ) – Apakah sekularisme itu ? , ( 2 ) – Sahkah solat sunat secara duduk tanpa ada sebarang keuzuran ? , dan ( 3 ) – Apakah yang dinamakan Ittiba’ itu ? . Lihat ketiga-tiga soalan itu semuanya tidak daripada bab @ permasalahan yang sama . Jadi , lebih baik jika soalan pertama dihantar dalam satu kiriman ataupun satu thread . Dan baki 2 soalan lagi , dikirim dalam thread / posting yang berasingan .

Semuanya itu untuk memudahkan rujukan para pengunjung sekalian , khasnya yang mencari jawapan-jawapan Fiqh berdasarkan tajuk-tajuk yang terpampang di setiap halaman .

Baiklah , berbalik kepada soalan-soalan yang saudara kemukakan itu :

JAWAPAN PERTAMA :

Jika saudara memang yakin yang pakaian yang saudara gunakan itu suci daripada sebarang najis , maka tidaklah menjadi halangan untuk menggunakannya ketika melakukan sembahyang .

Yang penting ialah , pakaian yang dipakai itu mestilah suci daripada sebarang najis agar sembahyang yang dilakukan itu sah dan diterima oleh Allah Ta’ala .

Namun , bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan , seperti kencing tidak tus ( dedas ) , ataupun yang seumpamanya , ataupun mereka yang dihinggapi penyakit “was-was “ , maka LEBIH BAIK mereka mengkhususkan pakaian bagi setiap tujuan. Ada pakaian untuk berkerja, ada yang dipakai ketika berada di dalam rumah , ada pakaian khas untuk bersukan dan beriadhah dan ada pula pakaian yang hanya dipakai hanya untuk sembahyang . Dengan cara ini , insya-Allah penyakit “ was-was “ itu boleh dihindari.

*******************************************

JAWAPAN KEDUA :

Soalan kedua ini sebenarnya memerlukan masa yang panjang untuk membahaskan perkara ini dengan sejelas-jelasnya . Namun secara ringkasnya , kami menyatakan :

Islam tidak membenarkan seseorang itu menempah bahaya ataupun mengundang sebarang kesusahan , melainkan jika itulah satu-satu cara yang paling berkesan untuk mencapai keredhaan Allah Ta’ala . Telah berkata Saidatina A’isyah r.a mengenai sikap Baginda Rasulullah s.a.w :


ãóÇ ÎõíøöÑó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Èóíúäó ÃóãúÑóíúäö ÅöáøóÇ ÃóÎóÐó ÃóíúÓóÑóåõãóÇ ãóÇ áóãú íóßõäú ÅöËúãðÇ ÝóÅöäú ßóÇäó ÅöËúãðÇ ßóÇäó ÃóÈúÚóÏó ÇáäøóÇÓö ãöäúåõ

Ertinya : “ Tidaklah Rasulullah s.a.w memilih di antara dua jalan , melainkan jalan yang paling mudah , - dengan syarat – selagi ianya tidak menyebabkan dosa . Tapi jika ianya boleh menyebabkan dosa , maka Baginda s.a.w adalah orang yang paling menjauhkan diri daripadanya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari , Muslim , Abu Daud , Ahmad dan Malik ( rahmatullah ‘alihim ajmai’ein ) .

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :


áóÇ ÖóÑóÑó æóáóÇ ÖöÑóÇÑó

Ertinya : Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik , Imam Al-Baihaqi , Imam Al-Hakim dan Imam Ad_Daruquthniy ( rahmatullah ‘alihim ajmai’ein ) .

Di dalam Sirah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri , telah menunjukkan beberapa contoh yang terbaik kepada para pendakwah dan aktivis gerakan Islam , di antaranya : [="green"]

1 – Di masa permulaan Islam , tatkala sedikitnya umat Islam dan umat Islam masih belum mempunyai kedaulatan dan negara mereka sendiri , Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa memerintahkan agar Para Sahabat r.a menahan diri daripada membalas dendam terhadap sikap kejam kaum Musyrikin Quraisy .

Akan tetapi di masa kedaulatan Islam telah dimiliki oleh umat Islam, umat Islam akan membalas dan mengisytiharkan peperangan kepada mana-mana kerajaan yang cuba menyekat usaha dakwah Islam di atas muka bumi Allah ‘Azza Wa Jalla .

2 – Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah memerintahkan Para Sahabat r.a agar berhijrah daripada Kota Mekkah Al-Mukarramah , demi mengelakkan suasana yang lebih tegang di kalangan umat Islam dengan kaum musyrikin . Apatah lagi telah ada di kalangan para sahabat r.a yang sudah tidak boleh bersabar di atas sikap kaum musyrikin yang biadap dan kejam .

Dan tentulah di saat itu , jika seorang sahabat r.a itu bertindak membalas dengan kasar , maka kaum musyrikin pun tentunya akan men” ganyang “ umat Islam habis-habisan , dan tiada siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan Islam yang masih jauh destinasinya di saat itu .

3 – Mengapakah Baginda Rasulullah s.a.w memilih untuk berhijrah ? , walhal bukankah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri boleh memohon agar Allah Ta’ala mengirimkan tentera-tentera-Nya daripada golongan Para Malaikat r.a untuk menghancurkan Musyrikin Mekkah sekaligus ?.

Ada banyak sebabnya . Namun secara ringkasnya , adalah demi memelihara keselamatan umum masyarakat muslimin yang masih di peringkat awal dan mengajarkan kepada umatnya bahawa Islam tidaklah memilih cara kekerasan dan militan , selagi ada jalan lain yang lebih ringan dan selamat untuk menegakkan Islam . [/]

Di dalam dunia hari ini , ada kalanya dakwah Islam itu dihalang daripada segenap sudut . Contohnya ; Ceramah agama disekat , sekolah-sekolah agama di”senarai-hitamkan “ , media-massa pro- Dakwah Islam di”gam” , masjid-masjid dan surau-surau , sebahagian besarnya dipantau aktiviti-aktivitinya , usrah dan qiyamullail dilabelkan sebagai aktiviti pengganas , ulamak dan para aktivis Islam ditangkap dan disiksa dan sebagainya .

Maka sebagai seorang ahli gerakan Islam , hendaklah cermat dan tidak terburu-buru di dalam bertindak . “ Jangan jauh lajak daripada laju “ kerana itu akan lebih membahayakan sesebuah gerakan dakwah Islam . Lihatlah dahulu dengan cermat dan penuh hikmah , apakah masih ada ruang-ruang tertentu ( yang tidak mengundang bahaya ) yang boleh ditembusi oleh sinar dakwah Islam . Maka jika masih ada , tidak boleh menggunakan kekerasan dan perjuangan secara militan untuk menumbangkan mereka yang anti kepada Islam .

Musuh-musuh Islam , sama ada yang bernama kafir ataupun munafiq ( musuh di dalam selimut yang berpura-pura sebagai orang-orang Islam ) , sentiasa mengintai-ngintai langkah para aktivis Gerakan Islam . Jika ada di kalangan mereka yang “ terburu-buru “ dan memilih jalan kekerasan , maka musuh-musuh Islam ini LEBIH BERPELUANG untuk menghancur-leburkan sesebuah gerakan dan persatuan Islam itu . Bukankah ini jauh lebih menguncang bahaya ?! .

Di negara kita tecinta , Malaysia, walaupun begitu banyak jalan dakwah disekat dan dihalang , akan tetapi ini tidak menafikan masih ada jalan-jalan untuk menyiarkan dakwah Islam . Oleh itu , jalan-jalan dakwah yang masih ada itu mestilah digunakan sebaik-baiknya oleh setiap gerakan dakwah islam , demi memastikan dakwah Islam itu tetap tersiar dan tersebar .

Pendek kata , selagi ada jalan dan cara yang aman dan ringan risikonya serta tidak pula ianya mengundang dosa dan bahaya , maka jalan itulah yang lebih patut diutamakan , berbanding dengan cara yang keras ataupun uslub militan !!! .

Kami – di aL-ahkam online – sentiasa menyeru kepada saudara/I kami , khasnya mereka yang terlibat di dalam gerakan-gerakan dakwah Islam , agar waspada tatkala melangkah , tenang tatkala dicabar , berhati-hati tatkala situasi mulai meruncing dan sentiasa mentaati keputusan pimpinan Gerakan Islam yang lebih memilih jalan yang lembut , berbanding dengan jalan yang keras dan militan ! .


MASALAH : BUKANKAH SIKAP BERLEMBUT YANG DIAMALKAN OLEH SEBAHAGIAN GERAKAN DAKWAH ISLAM JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA SEBARANG KEKERASAN DAN TINDAKAN KASAR DARIPADA GOLONGAN YANG ANTI KEPADA ISLAM ??? .

Jawapan : Ya , kami akui itu , dan kami juga tidak menyangkal bahawa ada juga gerakan-gerakan dakwah Islam yang memilih jalan lembut ini, terseret juga di dalam tindak-balas yang kasar dan tidak berperi-kemanusiaan daripada mana-mana pihak yang tidak ingin nur Islam itu tersebar .

Maka , selagi bersabar itu boleh dilakukan dan dibenarkan oleh syarak , dan juga selagi kesabaran itu tidak menyebakan seseorang yang sabar itu menjadi dayus , maka SABAR tetap menjadi pilihan kami .

Ya ! kami sedari , apabila kami masuk dan terjun ke dalam sesebuah gerakan dakwah Islam , maka ianya sudah pasti akan mengundang bahaya dan risiko . Ertinya , risiko dan bahaya itu tetap ada bagi setiap yang mahu memperjuang Islam dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Cuma risiko dan bahaya itu haruslah dilihat daripada sudut sebesar mana ianya akan kita hadapi .

Namun , jika sikap kami yang masih bertahan dengan cara yang lembut itu , masih mengundang bahaya dan risiko , maka disini kami akan memilih cara ataupun jalan yang lebih ringan risikonya . Ini berdasarkan kaedah Fiqh yang menyebut :


ÅÐÇ ÊÚÇÑÖ ãÝÓÏÊÇä ÑæÚí ÃÚÙãåÇ ÖÑÑÇ ÈÅÑÊßÇÈ ÃÎÝåãÇ

Ertinya : “ Apabila bertembungnya dua perkara yang sama-sama mengundang bahaya , maka hendaklah dihindari perkara yang lebih besar bahayanya , dengan memilih untuk melakukan yang lebih ringan bahayanya “ .

Kaedah di atas , sesuai pula dengan sebuah lagi kaedah Fiqh yang menyatakan :


ÏÑÁ ÇáãÝÇÓÏ ãÞÏã ãä ÌáÈ ÇáãÕÇáÍ

Ertinya : “ Menolak risiko-risiko itu lebih patut diutamakan daripada mengundang beberapa manfaat “

Kedua-dua kaedah Fiqh yang disebutkan di atas itu , sebenarnya berpunca daripada sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi :


ÅöÐóÇ ÃóãóÑúÊõßõãú ÈöÇáÔøóíúÁö ÝóÎõÐõæÇ Èöåö ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú æóÅöÐóÇ äóåóíúÊõßõãú Úóäú ÔóíúÁò ÝóÇÌúÊóäöÈõæåõ

Ertinya : “ Jika aku memerintahkan kamu untuk melakukan sesuatu , maka hendaklah kamu melakukannya dengan kadar keupayaan kamu , dan jikan aku menegah kamu daripada sesuatu maka hendaklah kami menjauhinya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie ( rh ) .


MASALAH : KALAU BEGITU , BUKANKAH LEBIH BAIK KITA MENDIAMKAN-DIRI SAHAJA , TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM MANA-MANA GERAKAN ISLAM , WALAUPUN DENGAN GERAKAN ISLAM YANG MEMILIH JALAN DAMAI DAN LEMBUT , KERANA SEDAMAI DAN SELEMBUT MANA PUN DAKWAH ITU DISIARKAN , IANYA TETAP BERISIKO ? .

Jawapan : Tidak mahu langsung terlibat dengan mana-mana gerakan dakwah Islam , ataupun tidak mahu langsung menyiarkan dakwah Islam , adalah satu maksiat dan kemungkaran yang besar , kerana Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri memilih untuk memperjuangkan Islam secara berjemaah . Nah ! kalau Baginda s.a.w yang maksum itu sendiri tidak berjuang bersendirian , maka apakah kita mampu untuk memperjuangkan Islam bersendirian !? .

Risiko dan bahaya yang bakal menimpa kepada setiap pejuang Islam dan aktivis dakwah Islam , walaupun mereka menyiarkan dakwah itu secara lembut dan damai , BUKANLAH ALASAN untuk “ duduk goyang-kaki “ sahaja tanpa mahu berkerja menyiarkan dakwah Islam .

Dakwah Islam itu sendiri tidak pernah menjanjikan kesenangan material , dan tidak pula liku-liku perjuangannya dihampar dengan permaidani berwarna merah . Namun , itu juga tidaklah bermakna bahawa perjuangan Islam hanyalah dengan menggunakan cara militan dan kekerasan !!! .

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri terpaksa juga menghadapi risiko dan bahaya di dalam beberapa situasi sehingga kadang-kala ianya mengundang peperangan . Dan celaka besarlah pula , jika ada di kalangan umat Islam ini yang langsung tidak mahu terlibat dengan menyiarkan dakwah Islam ataupun dengan mana-mana gerakan dakwah Islam ( yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah ) !!!.

Jika Baginda Rasulullah s.a.w sendiri terpaksa menempuh onak dan duri di dalam perjuangan dakwah Islam , maka siapakah kita yang tidak mahu langsung sebarang risiko di dalam menyiarkan dakwah Islam ? , adakah kita lebih pandai berdakwah daripada Baginda Rasulullah s.a.w !!?? .

[="green"]KESIMPULANNYA : Kami akan terus bersabar tatkala kesabaran itu masih dibenarkan syarak . Dan kami akan terus berdakwah secara lembut dan damai selagi ianya masih ada ruang untuk itu . Dan kami akan tetap berpegang dengan Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : [/]


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóãóäøóæúÇ áöÞóÇÁó ÇáúÚóÏõæøö ÝóÅöÐóÇ áóÞöíÊõãõæåõãú ÝóÇÕúÈöÑõæÇ

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Janganlah kamu bercita-cita untuk menemui musuh , namun jika kamu sudah berhadapan dengan mereka , maka hendaklah kamu sabar ( tetap di kedudukan ) “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) .

[="green"]Kami , dan saudara/I kami yang berada di dalam gerakan Islam ini tidak pernah bercita-cita untuk mencari musuh dan mencari sengketa di dalam mengembangkan dakwah Islam , tapi jika situasi sudah mendesak , dan sudah tiada lagi jalan lain yang dibenarkan oleh syarak , maka kami akan mula “ mengatur tapak “ dan “ berwaspada “ menanti “ serangan daripada musuh-musuh Allah Ta’ala !!! . “ Besar datangnya , besarlah pula balasannya “ . [/]

*******************************************

JAWAPAN KETIGA :

Seseorang muslim itu tidak boleh merasa cukup dengan apa yang ada dikelilingnya . Sebaliknya hendaklah ditingkatkan lagi mutu kehidupannya agar lebih sesuai dengan lunas-lunas ajaran Ilahi .

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyatakan apakah sikap yang perlu ditunjukkan oleh setiap muslim tatkala menghadapi kemungkaran . Sabda Baginda s.a.w :


ãóäú ÑóÃóì ãöäúßõãú ãõäúßóÑðÇ ÝóáúíõÛóíøöÑúåõ ÈöíóÏöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöáöÓóÇäöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöÞóáúÈöåö æóÐóáößó ÃóÖúÚóÝõ ÇáúÅöíãóÇäö ó

Ertinya : “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihar kemungkaran , maka hendaklah dicegahnya dengan tangannya ( kuasanya ) , dan jika dia tidak mampu berbuat demikian , maka hendaklah kemungkara itu dicegah dengan lisannya ( cara memberi nasihat dan peringatan ) , dan jika dia tidak mampu melakukannya , maka hendaklah dia membenci kemungkaran itu , dan itu ( membenci dengan hati ) adalah selemah-lemah iman “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) .

Walaupun hadis di atas menyatakan bahawa membenci dengan hati terhadap sesuatu kemungkaran itu merupakan selemah-lemah iman , tetapi ini tidaklah bermakna bahawa seseorang Islam itu mesti berterusan membenci sesuatu kemungkaran itu hanya dengan hati , tanpa mahu mempertingkatkan imannya dengan melakukan penentangan terhadap kemungkaran itu dengan menggunakan lisannya dan seterusnya dengan kuasanya .

Seseorang Islam itu mestilah menaikkan taraf imannya daripada masa ke semasa , dan mestilah mencari-cari peluang yang terbaik untuk itu . Jika ada peluang untuknya mencegah kemungkaran itu dengan lisan , maka hendaklah dengan lisannya . Dan jika dia berkuasa untuk mengubahnya dengan kuasanya , maka tidaklah patut kalau dia tetap mendiamkan diri dengan hanya sekadar membenci .

Dan jika Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a sekadar membenci sesuatu kemungkaran itu dengan hati-hati mereka sahaja , sudah tentulah kita tidak akan menikmati cahaya Islam yang murni ini ! .

Dan jika Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a sekadar membenci sesuatu kemungkaran itu dengan hati-hati mereka sahaja , sudah tentulah tidak perlu mereka bersusah-payah berjuang menegakkan Islam sampai ke titisan darah terakhir ! .

Lantaran itu , seseorang Islam yang hidup di dalam situasi ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba’ , maka hendaklah dia berusaha mewujudkan satu sistem kewangan yang berlandaskan syariah dan memerangi riba ‘ . Dan sudah tentu , dia tidak akan berjaya untuk melakukannya secara bersendirian . Maka , kerana itulah dia perlu berjuang memperbaiki nasih umat Islam secara berkumpulan ( berjemaah ) .

Selain itu , walaupun dia masih terlibat dengan riba ‘ , dia hendaklah terus berjuang dan bersama-sama memajukan syarikat / badan kewangan umat Islam yang diwujudkan demi menyelamatkan umat Islam daripada cengkaman riba’ yang zalim itu . Maka , wajiblah dia bersama-sama memberikan buah-fikiran , ataupun usaha , ataupun dana kewangan kepada mana-mana pihak yang berusaha untuk mewujudkan satu badan kewangan khas yang selamat daripada sebarang unsur riba ‘ dan penipuan serta sesuai pula dengan ajaran Islam .

Kalau dia masih berkerja dengan sektor ataupun agensi yang menjalankan riba ‘ , maka janganlah dia tetap terus-menerus merasa tenang dan senang dengan kerjanya itu , sebaliknya hendaklah dia sama-sama menyokong pihak yang cuba mewujudkan sektor kewangan berlandaskan syariah . Dan sekiranya keadaan sudah stabil , dan situasi kewangan umat Islam sudah benar-benar pulih , maka tiada sebab untuk seseorang Islam itu terus-menerus redha ataupun berkerja dengan sebarang sektor ataupun firma yang menjalankan perniagaan secara riba ‘ .

Pendek kata , seseorang Islam itu tidak boleh dan haram merasa senang dan redha dengan sebarang kemungkaran dan maksiat , tanpa berusaha mengatasinya !!! .

Begitulah juga , jika seseorang itu berada di dalam suasana masyarakat yang jahil mengenai Islam , maka hendaklah dia berjuang memperkenalkan Islam kepada masyarakat tersebut sehingga Islam itu berdaulat di situ . Dan jika ada komuniti umat Islam di dalam sebuah negara bukan islam , maka hendaklah komuniti muslimin itu berusaha untuk mendapatkan hak dan pengiktirafan daripada kerajaan negara tersebut . Walaupun tidak mendapat kuasa untuk melaksanakan Islam sepenuhnya , maka setidak-tidaknya perlu ada usaha untuk memastikan ada wakil daripada kalangan umat Islam itu sendiri , yang boleh menyuarakan padangan bagi komuniti kecil muslimin itu , yang turut sama menjadi penduduk bagi sesebuah negara itu .

Walaupun hidup di negara yang sekularisme menjadi ideologinya , ataupun di tengah rimba bersama-sama bersama-sama orang-orang yang menyembah alam , maka dakwah Islam mesti terus-menerus diusahakan . Kalau tidak boleh secara lisan , maka dengan tingkah-laku ( akhlak ) yang baik sudah cukup menjadi daya tarikan untuk orang-orang sekitarnya memeluk agama Allah Ta’ala ini .

Dan situasi di atas sudah tentu tidak boleh dikiaskan dengan situasi di Malaysia , kerana majoriti penduduk dan pemerintah di negara kita adalah daripada kalangan umat Islam itu sendiri . Maka tiada sebab untuk tidak melaksanakan Islam sepenuhnya di dalam negara kita !!! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

SENARAI RUJUKAN :

1 – MAUSU’AH AL-HADIS ASY-SYARIF ~ Sakhr Productions .

2 – MUKHTASAR AL-QAWA’ID AL-FIQHIYYAH ~ Nilam Puri .

3 – AL-ASYBAH WAN NADZOIR ~ Al-Hafiz Imam As-Suyuthi ( rh ) .

4 – LAIN-LAIN .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

9 / Syawal / 1423 H
14/ Disember / 2002 M

Sabtu – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum