SJ - 2125 : BELAJAR MENTERJEMAH AL-QURAN SISTEM HARFIAH &amp

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2125 : BELAJAR MENTERJEMAH AL-QURAN SISTEM HARFIAH &amp

Asalamualaikum,

Apa pandangan panel Alahkam ttg pembelajaran Al Quran secara harfiah? Minta komen sikit?? :grin:

Jazakallah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2125 : BELAJAR MENTERJEMAH AL-QURAN SISTEM HARFIAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Hasry yang mengemukakan soalan yang sangat baik itu . Sebelum kami memberikan komentar ke atas soalan saudara , sudilah kiranya kita sama-sama melihat beberapa perkara yang berkaitan dengan “ Harfiah “ itu sebagai mana berikut :

APAKAH “ HARFIAH “ ITU ?

Harfiah ( ÍÑÝíÉ )

menurut erti asalnya ialah “ Huruf demi huruf “ .

Manakala Harfiah yang dimaskudkan di dalam perbincangan kita ini ialah : “ Satu sistem terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Ibunda yang berkonsepkan pemahaman satu lafaz demi satu lafaz ( lafziah ) dan ianya merupakan asas pertama sebelum melanjutkan pengajian ke bahagian yang lebih luas dan dalam iaitu Tafsir “ .

Jadi di sini Harfiah dan Lafziah ( áÝÙíÉ )

TIDAK ADA BEZANYA . Dan ertinya , terjemahan secara ini adalah tangga pertama sebelum seseorang itu boleh menterjemah Al-Quran secara sistem mafhum ( kefahaman dan bahasa standard ) dan seterusnya melangkah ke alam pengajian Tafsir al-Quran Al-Karim .

Contoh terjemahan Al-Quran Al-Karim melalui sistem ini ialah :

Contoh Pertama :


ÈöÓúãö Çááøåö ÇáÑøóÍúãÜóäö ÇáÑøóÍöíãö

ö
È : “ Dengan “ .
ÅÓúãö: “ Nama “
Çááøåö : “ Allah “
ÇáÑøóÍúãÜóäö : “ Yang Maha Pemurah “
ÇáÑøóÍöíãö : “ Yang Maha Pengasih “ .

Contoh Kedua ( Ayat 2 Surah Al-Baqarah ) :


Ðóáößó ÇáúßöÊóÇÈõ áÇó ÑóíúÈó Ýöíåö åõÏðì áøöáúãõÊøóÞöíäó

ö
Ðóáößó : “ Itu “
ÇáúßöÊóÇÈõ : “ Kitab “
áÇó : “ Tidak ada “
ÑóíúÈó : “ Keraguan “
Ýöíåö : “ Di dalamnya “
åõÏðì : “ Petunjuk “
áö : “ Bagi “
ÇáúãõÊøóÞöíäó: “ Orang-orang yang bertaqwa “ .

Contoh Ketiga ( Ayat pertama daripada Surah Al-Kahf ) :


ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÇáøóÐöí ÃóäÒóáó Úóáóì ÚóÈúÏöåö ÇáúßöÊóÇÈó æóáóãú íóÌúÚóá áøóåõ ÚöæóÌóÇ

ö
ÇáúÍóãúÏ : “ Segala puja-puji “
áö : “ Bagi “
Çááøåö : “ Allah “
ÇáøóÐöí : “ Yang “
ÃóäÒóáó : “ Telah menurunkan oleh Dia “
Úóáóì: “ Ke Atas “
ÚóÈúÏöåö : “ Hamba-Nya “
ÇáúßöÊóÇÈó : “ Kitab “
æ : “ Dan “
óáóãú : “ Tidak pernah “
íóÌúÚóá : “ Dia jadikan “
áøóåõ : “ Baginya “
ÚöæóÌóÇ : “ Kebengkokan “ .

SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN SISTEM TERJEMAHAN AL-QURAN ALA HARFIAH :

Sistem Terjemahan Al-Quran gaya Harfiah ini mula terkenal secara meluas di kalangan umat Islam Malaysia khasnya sekitar tahun 70’an ( dan sehingga sekarang ) . Ianya dipelopori oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hashim Abdul Ghani , selaku pengasas KTF ( Kursus Tertulis Al-Furqan ) dan guru di Madrasah Ittiba’ Is- Sunnah ( sekarang bernama Ma’ahad Ittiba’ As-Sunnah ) , Kuala Pilah , Negeri Sembilan D.K .

Sebenarnya sistem Harfiah ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sebelum ini , Almarhum Maulana Muhammad Maa’dah Bin Layang telah pun memperkenalkan cara ini di pusat pengajiannya yang terkenal di Negeri Sembilan iaitu The High Islamic School ( Madrasah ‘Aliyah Islamiah ) di Pelangai , K. Pilah sekitar tahun 1939 – 1942 . Dikatakan bahawa The High Islamic School inilah merupakan ide awal ke arah penubuhan sebuah institusi tertinggi pengajian Islam di era tersebut .

Almarhum merupakan anak jati Tengkek , Kuala Pilah yang pernah menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi Islam di Karachi . Dan apabila pulang ke tanah air setelah 10 tahun belajar di sana , beliau telah mengasaskan pusat pengajian tersebut demi mencelikkan masyarakat ke arah memahami Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah . Pusat ini merupakan satu sinonim kepada gerakan kemerdekaan dan gerakan tajdid ( pembaharuan ) , khasnya bagi masyarakat Negeri Sembilan D. K .

Di antara murid-murid beliau ialah Allahyarham Tuan Guru Hitam Taha , Tuan Guru Abdul Aziz Yunus ( bekas Ketua Ulama’ PAS N. S ) , Shamsiah Fakeh ( bekas pimpinan tertinggi PKM ) , dan Al-Fadhil Tuan Guru Hashim A. Ghani sendiri .

Sistem Pengajian Terjemahan Al-Quran gaya Harfiah ini mula mendapat “ nafas baru “ dan dimodenkan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hashim A. Ghani dengan diadakan sistem gaya pos dan kaset ( tidak ketinggalan juga secara talaqqi ~ “ menadah kitab “ depan tok guru ) di sekitar tahun 70’an . Ianya tercetus di fikiran beliau tatkala melihat dakyah Kristian yang disebarkan ketika itu di Singapura ialah dengan cara pos . Maka berkatalah hati beliau : “ Kalau orang-orang Kristian boleh cuba belajar kitab mereka dengan gaya pos ini , maka umat Islam lebih patut memahami Al-Quran dengan cara ini juga “ .

Hingga ke saat ini KTF Institut ( dan juga Ma’ahad Itibba’ As-Sunnah ) telah pun mencatat jumlah mereka yang mengikuti pelajaran ini hingga ke angka 20 ribu orang ( termasuk di seluruh Nusantara ) .

SISTEM PENGAJIANNYA :

Sistem ini amat baik bagi mereka yang ingin mempelajari terjemahan Al-Quran ( seterusnya kitab-kitab berbahasa Arab ) walaupun tidak pernah mendapat pendidikan bahasa Arab secara formal ( hanya disyaratkan boleh membaca Al-Quran ) , dan amat baik juga bagi mereka yang mendapat pendidikan Arab secara formal dalam rangka untuk lebih mengukuhkan lagi ilmu mereka .

Secara ringkasnya sistem ini boleh dibahagikan secara 3 bahagian :

( 1 ) - Sistem KTF ( Gaya Pos dan Kaset ) :

Melalui cara ini , setiap penuntut diwajibkan memiliki beberapa buah buku karangan Al-Fadhil pengasasnya seperti , “ Kursus Terjemahan Al-Quran “ dan “ Kamus Terjemahan Al-Quran “ . Di samping itu , disediakan juga beberapa keping kaset demi memantapkan lagi penguasaan seseorang penuntut itu .

Biasanya dengan sistem ini, seseorang penuntut yang tekun akan berjaya menguasai Ilmu Menterjemah Al-Quran Al-Karim dan boleh menterjemahnya 30 juz dalam jangka masa 2 tahun .

( 2 ) - Sistem Kursus Jangka Pendek :

Kursus Jangka Pendek biasanya diadakan di Ma’ahad Itibba’ As-Sunnah setiap cuti persekolahan hujung tahun dan biasanya ia memakan masa sebulan setengah hingga ke dua bulan . Ianya juga diadakan di beberapa buah tempat mengikut bilangan pesertanya .

Kursus ini merupakan kursus pengukuhan ( lanjutan ) kepada penuntut-penuntut yang telah pun mengikuti sistem pertama di atas . Dan di sekitar era 80’an dan awal 90’an telah tercatat jumlah peserta yang begitu ramai , khasnya daripada mahasiswa/I IPT , sama ada yang berasal daripada pengajian Islam ataupun tidak .

Dalam jangka masa tersebut , selain para peserta didedahkan dengan buku-buku kursus karangan Al-Fadhil pengasasnya , mereka turut sama didedahkan dengan beberapa buah lagi kitab yang berkaitan dengan ilmu ini seperti “ Kitab At-Tasrif “ ( oleh Almarhum Ustaz A. Hassan ) dan “ Matan Al-Ajrumiyyah “ ( kitab Nahu ) .

Biasanya , seseorang yang tekun mengikuti kursus ini akan berjaya menterjemah Al-Quran 30 juz kurang daripada tempoh satu setengah tahun .

Yang menariknya , semua ilmu-ilmu alat ( Nahu dan Saraf ) diajar secara mudah di dalam kursus ini iaitu di dalam B. Melayu dan diajar secara “ inti-pati “ sesuatu bab .

( 3 ) - Sistem Talaqqi ( Mengadap kitab dan berguru secara langsung ) :

Sistem ini hanya didedahkan kepada mereka yang menjadi penuntut Ma’ahad Itibba’ As-Sunnah ( MIS ) dan bagi mereka yang telah pun melepasi tahap-tahap sebelum ini . Apabila seseorang yang mengikuti KTF berdaftar sebagai seorang murid di MIS , bagi sekaligus dia mestilah mengikuti semua pengajian di Ma’ahad tersebut , sama ada yang berkaitan-rapat dengan selok-belok Ilmu Terjemahan Al-Quran ataupun Pengajian Islam ( Aqidah , Fiqh , Siroh dan sebagainya ) .

Melalui sistem ini , seseorang pelajar tidak lagi dibenarkan menterjemahkan Al-Quran ( dan kitab-kitab Arab ) secara “ Harfiah “ , bahkan mestilah menggunakan pula sistem “ Mafhum “ iaitu Sistem Terjemahan Secara Kefahaman Bahasa Melayu yang betul .

Selain itu , di tahap inilah , seseorang penuntut itu akan didedahkan dengan beberapa kitab seperti “ Mukhtasar Jiddan “ , “ Al-Kawakib Ad-Durriyah “ , “ Matan Bina’ Wa Asas “ , “ Matan Al-Ghizzi “ , “ Matan Al-Kailani “ dan “ Kitab At-Tasrif “ . Selain itu di dalam tahap inilah seseorang itu akan diperkenalkan pula dengan “ Ilmu I’irab Al-Quran “ dan juga “ Ilmu Al-Balaghah “ serta “ Ilmu Tafsir Al-Quran “ ( ‘Ulumul Quran dan Tafsir Al-Quran ) .

Selepas melepasi tahap tadi , seseorang itu akan meneruskan lagi pengajiannya secara mendalam menerusi kitab-kitab yang lebih besar lagi , termasuklah perbahasan-perbahasan nahu dan sorof berdasarkan kitab “ Syarah Matan Alfiah Ibnu Malik “ dan dilanjutkan juga pengajian tafsir Al-Quran dengan menggunakan “ Sofwatut Tafasir “oleh Syeikh Muhammad ‘Ali as-Sobuni ( ha ) dan “ Tafsir Al-Imam Ibnu Katsir ( rh ) “ .

Selain itu , beberapa kitab lain yang meliputi sebahagian besar ilmu-ilmu Islam turut diajar bagi setiap penuntut yang berada di tahap ini seperti kitab-kitab Aqidah yang ditulis oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiah ( rh ) , Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab ( rh ) , Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( rh ) , Syeikh Muhammad Jamil Zainu ( rh ) dan Syeikh Muhibuddin Al-Khatib ( rh ) . Selain itu kitab-kitab seperti “ Bulughul Maram “ , “ Fiqhus Sunnah “ , “ Al-Muwattho’ “ , “ Al-Burhan Fi ‘Ulumil Quran “ , “ Usul-Fiqh “ dan sebagainya turut sama diajar di peringkat “ Tsanawiyah ‘Aliyyah “ dan “ Qismul ‘Aliyyah “ .

Pencapaian seseorang yang mengikuti pengajian dengan sistem ini di dalam menguasai terjemahan Al-Quran secara Harfiah , ialah kurang daripada setahun . Namun begitu , terdapat beberapa orang pelajar yang berjaya menguasainya ( menterjemah Al-Quran 30 juz secara harfiah ) tidak lebih daripada 2 bulan setengah , bahkan ada yang dapat “ memecahkan rekod “ dengan menghabiskannya selama dua minggu ( melalui pengajian intensif peringkat tinggi ) .

Pada akhir tahun 1994 , Al-Fadhil Tuan Guru Hashim Abd. Ghani telah berjaya memperkenalkan peringkat asas sistem terjemahan Al-Quran ke dalam B. Inggeris ( Sistem Harfiah ) , dengan dibantu oleh Encik Abdul Hadi Bin Tuan Guru Hj. Abdul Malek “ Sawah Lebar” ( Lepasan USA ) . Kemudian sistem ini mula disebarkan kepada mereka yang mempunyai kemampuan di dalam B. Inggeris di MARA .

MIS juga tidak ketinggalan menjadi sasaran kajian beberapa orang mahasiswa/I IPT yang menyiapkan tesis-tesis mereka .

BIODATA RINGKAS PENGASASNYA :

Beliau ialah Tuan Guru Hj. Hashim Bin Hj. Abdul Ghani . Dilahirkan pada tahun 1927 dan kemudiannya mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sg. Dua , K. Pilah . Kemudian beliau telah memasuki The High Islamic School di Pelangai , K. Pilah .

Selepas itu , beliau dan saudara-saudara angkatnya ( Shamsiah Fakeh dan adiknya ) telah menuntut di beberapa buah pondok pengajian agama di Negeri Perak Darul Ridzuan seperti Madrasah Al-Akhlaq Al-Islamiah , Masjid Tinggi , Bagan Serai . Selain itu beliau juga pernah menuntut di Ehya’ Ash-Shariff , Gunung Semanggol . Dan akhirnya beliau meneruskan pengajiannya sehingga tamat di Madrasah Al-Masyhur , P. Pinang sehingga tahun 1952 di samping mengikuti pengajian B. Inggeris di sebelah petang . Beliau juga pernah digelar sebagai “ pelajar terbaik “ di beberapa sekolah tersebut .

Beliau terlibat di dalam gerakan pro-kemerdekaan seperti API ( Angkatan Pemuda Insaf ) dan kemudiannya dengan UMNO pada tahun 1946 . Sejak tahun 1952 , beliau terus mengendalikan pentadbiran dan pengajian di Madrasah Ittiba’ Is Sunnah , K. Pilah apabila The High Islamic School ditutup .

Beliau juga turut aktif di dalam UMNO sebagai Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan Bahagian Kuala Pilah pada tahun 1957 – 1978 dan pernah menjadi wakil peribadi bagi Menteri Kesihatan kawasan parlimen K. Pilah ( 1957 – 1974 ) .

Di dalam bidang penulisan pula , beliau pernah terlibat dengan PEN dan mengetuai PENSEL di N. Sembilan D.K. Selain itu , beliau juga bertugas sebagai pemberita di Berita Harian ( di bawah tunjuk-ajar Tan Sri Samad Ismail ) semenjak tahun 1957 – 1978 , tanpa meninggalkan tugasnya sebagai guru dan pentadbir di MIS .

Beliau dikenali sebagai seorang tokoh pendidik dan penulis yang gigih menyiarkan ilmu-ilmu agama sehingga di tangan beliau kini telah ada kira-kira 40 buah buku hasil penanya yang telah tercetak ( termasuk beberapa terjemahan kitab Arab yang beliau usahakannya ) . Di antara hasil penanya yang mendapat sambutan terbesar ialah “ Kursus Terjemahan Al-Quran “ , “ Kamus Terjemahan Al-Quran “ , “ Gelanggang Soal-Jawab “ , “ Bahaya Turun Dari Menara “ ( sanggahan terhadap Kassim Ahmad ) , “ Kata Berbalas “ ( sanggahan terhadap Nahmar Jamil ) , “ Gayung Bersambut I & II “ ( sanggahan terhadap mereka yang anti – Kaum Muda ) , “ Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam : Kaca Disangka Intan “ ( sanggahan terhadap Jemaah Al-Arqam ) , “ Filsafat Tafsir “ , “ Persoalan Jahiliyyah “ dan sebagainya .

Ketika beliau terlibat di dalam kemalangan pada tahun 1991 , beliau gigih mempelajari Perubatan Akupuntur Cina dan Herba ( sehingga beliau berjaya menghasilkan beberapa ubat-ubatan tradisional berasaskan Herba ) . Selain itu beliau juga turut gigih mengkaji beberapa buah “ kitab tua” ( bahkan ada yang mencecah ke usia melebihi 700 tahun ) yang membincangkan permasalahan perubatan dan anstronomi . Dan hingga ke saat ini , beliau masih terus mengendalikan pengajian di MIS dengan dibantu oleh beberapa orang ahli keluarganya dan anak-anak murid lamanya serta beliau masih lagi menerajui kepimpinan “ Keluarga As-Sunnah Malaysia “ .


Al-Fadhil Tuan Guru Hashim A. Ghani bersama beberapa orang murid-murid lama di Bangunan Utama MIS K. Pilah pada tahun 2000

SAMBUTAN MASYARAKAT NUSANTARA TERHADAP SISTEM INI :

Sepanjang sistem ini diperkenalkan , ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada berbagai pihak . Bukan sahaja dari dalam negara , bahkan masyarakat Melayu Nusantara turut sama meyambutnya dengan baik .

Beberapa tokoh agama juga turut sama memberikan sambutan dan sokongan di atas usaha menyebarkan Terjemahan Al-Quran Sistem Harfiah ini , contohnya Al-Fadhil YB Ustaz Ahmad Awang ( ketika itu menjadi Pengarah Institut Dakwah Dan Latihan Islam – INDAH J.P.M ). Selain beliau , Almarhum Buya HAMKA , Pak Kiyai Junan Helmi Nasution ( Direktur Islamic Village , Tanggerang ) , Almarhum Syeikh Abu Bakar Ashaary ( Bekas Imam Besar Masjid ‘Alawiyah , Kangar dan bekas Ketua Dewan Ulama’ PAS Perlis serta salah-seorang tokoh reformasi tanah air ) , H.A Malik Ahmad ( Naib Presiden Muhammadiyah Indonesia ) dan Almarhum Ustaz A. Qadir Hassan Bandung ( Pemimpin Pesantren PERSIS Bangil ) turut sama memberikan sokongan di atas usaha mencelikkan masyarakat nusantara dengan Ilmu-Ilmu Al-Quran seperti Harfiah ini .

Sebagai mana telah dijelaskan di atas , sambutan terhadap sistem ini , khasnya daripada para pelajar di peringkat menengah dan IPT amatlah memberangsangkan . Tidak peliklah , setiap kali hujung tahun , selama 2 bulan diadakan Kursus Intensif ( jangka pendek ) di MIS .

Mereka yang mengikuti sistem ini nampaknya sudah ramai yang sudah melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ada yang berjaya ke IPT seperti UIA , UM dan UKM . Ada pula yang ke Indonesia ( sama ada ke pesantren-pesantren ataupun IAIN ) . Ada pula yang melanjutkan pelajaran mereka ke Tanah Arab seperti di Kuwait, Mesir dan Sudan . Dan ada juga yang melanjutkan pengajian mereka ke India dan Paksitan .

BENARKAH SISTEM INI MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI WAHABI ? :

Terdapat desas-desus yang mengatakan demikian , apatah lagi apabila dikaitkan dengan pengasasnya yang mendokong aliran Kaum Muda di Malaysia . Namun sejauh manakah kebenarannya ?.

Menurut penilaian kami , dakwaan ini tidak benar sama sekali . Sebab ramai juga yang menjadi “ Wahabi “ akan tetapi tidak pula disebabkan belajar Terjemahan Al-Quran sistem Harfiah . Begitu juga , terdapat juga sebahagian para pelajar yang mengikuti sistem ini secara sepenuh masa di MIS dalam jangka masa yang panjang , tidak pula mereka menjadi “ Wahabi “ sebagai mana dakwaan itu .

Namun kalau ada juga pihak yang “ berkeras “ untuk mengatakan bahawa sistem ini adalah penyebab utama seseorang itu menjadi “ Wahabi “ di Malaysia , maka sukalah kami menyatakan pendirian kami : “ KALAU BENARLAH BELAJAR TERJEMAHAN AL-QURAN SISTEM HARFIAH INI MENYEBABKAN KITA JADI WAHABI , MAKA LEBIH BAIKLAH BEGITU DARIPADA JADI SEORANG MUSLIM YANG HANYA RETI MELAGU-LAGUKAN AL-QURAN , AKAN TETAPI DAH 50 TAHUN SEMBAHYANG PUN , SURAH AL-FATIHAH PUN TIDAK DIKETAHUI PENGERTIANNYA !!! “ .

TIDAKKAH “ HARFIAH “ ITU SENDIRI DILARANG ? :

Ada pula pihak yang berhujah mengatakan bahawa menterjemah Al-Quran secara “ Harfiah “ adalah dilarang . Jadi , bagaimana sebenarnya kes seperti ini ? .

Jawapan Kami : Memang terdapat beberapa buah kitab ‘Ulumul Quran ( Usul At-Tafsir ) yang mengatakan demikian . Akan tetapi perlulah kita mengenal betul-betul , bahawa Sistem Terjemahan Al-Quran Sistem Harfiah anjuran KTF dan MIS ini sebenarnya adalah dengan sistem “ Lafziah “ ( Lafaz Demi Lafaz ) .

Tidak terdapat keterangan yang muktamad pun yang mengatakan bahawa Sistem Harfiah ( Lafziah ) seperti ini dilarang di dalam Islam .

Adapun “ Harfiah “ yang dilarang di dalam kitab-kitab tersebut ialah tafsiran secara “ Harfiah “ yang dilakukan oleh Kaum Tareqat-Tareqat Sesat dan Kaum Batiniyyah yang mengatakan ( sbg contohnya ) : Kalimah “ ALLAH “ itu , ALIF ialah Allah Ta’ala , LAM ialah Malaikat Jibril a.s , LAM ( kedua ) pula ialah Ladunni dan MIM ialah Muhammad s.a.w .

Walhal “ Harfiah “ yang dianjurkan oleh KTF Institut dan MIS tiada kaitan sama-sekali dengan golongan-golongan tersebut , malahan pengasasnya sendiri terkenal sebagai orang yang sangat anti kepada mana-mana kumpulan Batiniyyah seperti Taslim , Martabat Tujuh , Tareqat – Tareqat Falsafah dan Ajaran Solat Daim .

Sampai di sini sahaja yang dapat kami rekodkan di sini sebagai bahan rujukan dan penerangan bagi setiap umat Islam . Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi seluruh umat Islam .

KESIMPULANNYA :

Sepanjang pengalaman dan pemerhatian kami terhadap Sistem Terjemahan Al-Quran ( Harfiah / Lafziah ) ini maka kami menyokong 100 % usaha-usaha yang dilakukan oleh setiap umat Islam untuk menyebarkannya . Dan sukalah juga kami nyatakan bahawa mempelajari B. Arab dengan mengikuti sistem ini LEBIH BERKESAN DAN LEBIH MUDAH berbanding dengan cara mendahulukan cara mengahafal matan-matan tertentu ataupun secara mempelajari B. Arab Perbualan .

Kami berdoa agarAllah Ta’ala merahmati usaha pihak-pihak yang bertanggung-jawab menyebarkan pelajaran ini dan lebih memajukannya di masa yang akan datang , demi kemanfaatan umat Islam Nusantara khasnya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – KURSUS TERJEMAHAN AL-QURAN
Oleh : Hashim A. Ghani
Terbitan : KTF Institut , Kuala Pilah , N. Sembilan D.K .

2 – GAYUNG BERSAMBUT 2
Oleh : Hashim A . Ghani
Terbitan : KTF Institut , 31 , Wisma Sentosa , 72000 , K. Pilah

ö
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå


25 / Syawal / 1423 H
30 / Disember / 2002 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2125 : BELAJAR MENTERJEMAH AL-QURAN SISTEM HARFIAH

:wassalam
Tambahan kepada jawapan Ustaz Pendekar:
Majlis Ulema Indonesia, yg dipengerusikan oleh Prof Dr HAMKA meluluskan cetakan terjemahan alQur'an secara harfiah untuk umat Islam Indonesia pada tanggal 19 Januari 1980.