:salam
Ada sedikit kekeliruan pasal najis tahi telinga, masa sekolah dulu ada ustaz/imam mengatakan tahi telinga itu najis. Tapi tidak pada tahi hidung dan tahi mata, betulkah sedemikian?
wallahualam, terima kasih :bomberdie
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Ada sedikit kekeliruan pasal najis tahi telinga, masa sekolah dulu ada ustaz/imam mengatakan tahi telinga itu najis. Tapi tidak pada tahi hidung dan tahi mata, betulkah sedemikian?
wallahualam, terima kasih :bomberdie
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ - 2236 : NAJISKAH TAHI TELINGA ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan Saudara semutapi .
Masalah tahi telinga ini sebenarnya adalah termasuk di dalam kategori yang disebut oleh Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-101 daripada Surah al-Maidah :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú áÇó ÊóÓúÃóáõæÇú Úóäú ÃóÔúíóÇÁ Åöä ÊõÈúÏó áóßõãú ÊóÓõÄúßõãú æóÅöä ÊóÓúÃóáõæÇú ÚóäúåóÇ Íöíäó íõäóÒøóáõ ÇáúÞõÑúÂäõ ÊõÈúÏó áóßõãú ÚóÝóÇ Çááøåõ ÚóäúåóÇ æóÇááøåõ ÛóÝõæÑñ Íóáöíãñ
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu bertanya (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Qur'an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah mema'afkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
Dan ianya juga termasuk di dalam apa yang disentuh oleh sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÎóØóÈóäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÇÓõ ÞóÏú ÝóÑóÖó Çááøóåõ Úóáóíúßõãõ ÇáúÍóÌøó ÝóÍõÌøõæÇ ÝóÞóÇáó ÑóÌõáñ Ãóßõáøó ÚóÇãò íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÝóÓóßóÊó ÍóÊøóì ÞóÇáóåóÇ ËóáóÇËðÇ ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóæú ÞõáúÊõ äóÚóãú áóæóÌóÈóÊú æóáóãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú Ëõãøó ÞóÇáó ÐóÑõæäöí ãóÇ ÊóÑóßúÊõßõãú ÝóÅöäøóãóÇ åóáóßó ãóäú ßóÇäó ÞóÈúáóßõãú ÈößóËúÑóÉö ÓõÄóÇáöåöãú æóÇÎúÊöáóÇÝöåöãú Úóáóì ÃóäúÈöíóÇÆöåöãú ÝóÅöÐóÇ ÃóãóÑúÊõßõãú ÈöÔóíúÁò ÝóÃúÊõæÇ ãöäúåõ ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú æóÅöÐóÇ äóåóíúÊõßõãú Úóäú ÔóíúÁò ÝóÏóÚõæåõ
Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, maka tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah ? . Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan sentiasa menyalahi Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah ! . ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari ( rh ) dan Al-Imam Muslim ( rh ) .
Bagaimanakah kita hendak tahu sama ada sesuatu soalan itu benar-benar perlu dikemukakan ataupun tidak ? , ataupun bagaimanakah kita hendak tahu bagaimanakah soalan yang tidak sepatutnya dijawab ? .
Jawapannya : SILA LIHAT SJ - 2205 : BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
****************************************
Kami tidak pasti apakah sebab sebenar si ustaz / si imam di sekolah saudari dahulu “ tergeliat lidah “ sampai mengatakan bahawa tahi telinga itu adalah najis .
Kalau saudari berpeluang menemuinya semula , silalah betulkan kenyataannya dengan mengatakan :
“ Tahi mata tidaklah najis . Kalau dikatakan najis , di manakah kitab-kitab yang mengatakan sedemikian ? . Siapakah di kalangan para ulama’ yang muktabar ( yang boleh dijadikan panduan ) yang berfatwa sedemikian rupa ? . Bukan setiap yang kita panggil “tahi” itu najis , seperti “tahi hidung”, “ tahi lalat “, “ tahi miyak “ dan “ Kueh tahi itik “ (sejenis kueh yang popular di Pantai Timur) “ .
“ Hati-hati ! Halal dan Haram adalah hak Allah Ta’ala . Kalau tak tahu , katakan tak tahu dan jangan buat-buat tahu !!! “.
SILA LIHAT : SJ-1650 : Najiskah ?
Dan SILA LIHAT JUGA JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL DI : SJ-997: Taharah: tahi mata
Mudah-mudahan jawapan ini ada manfaatnya untuk kita semua . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Dzulhijjah / 1423 H
6/ Febuari / 2003 M
KHAMIS – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum