SJ-2592 : PENETAPAN HARI PERKAHWINAN : BID'AHKAH IA ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2592 : PENETAPAN HARI PERKAHWINAN : BID'AHKAH IA ?

:salam

Ini sebuah lagi soalan yang TERlepas masuk ke dalam e-mel peribadi saya . Harap mendapat penjelasan munasabah daripada Sahibal Fadhilah al-Fadhil Ustaz thtl dan al-Fadhil Tuan Haji Kamin .

Kalau saya sendiri sempat , insya-Allah saya pun akan turut sama memikirkan jawapan yang munasabah untuk soalan ini .

Mudah-mudahan kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah Ta'ala sentiasa di dalam membantu sesama umat Islam .

Sekian . :wassalam

********************

Ustak

Terlebih dahulu saya memeohon maaf kerana mengahantar email ini secara
peribadi. INi kerana saya sudah cuba di dalam web tp tak berjaya. Mcam mana
caranya. Adakah saya kena register dulu?
Apakah kaedah untuk menetapkan tarikh perkahwinan yang dianjurkan oleh
Islam. Kalau berdasarkan orang2 tua dahulu, dia orang akan menggunakan
kaedah 4 anasir (tanah, air, api dan angin) serta Allah, Muhammad dan
dajal. Kalendar Islam akan digunakan dan mereka berpendapat (tetapi tidak
sampai ke tahap syirik) hari yang dipilih mestilah jatuh pada tanah/air dan
Allah/Muhammad agar perkahwinan itu berkekalan. Apakah pandangan Islam
mengenai kaedah ini.

Apakah pendapat tuanBerdasarkan orang2 tua dahulu juga, biasanya mereka
berjumpa dgn orang2 alim dalam menetapkan tarikh pernikahan mereka. Apakah
pendapat tuan?

Segala kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah
yang mampu membalas jasa baik tuan.

Sekian.

REGARDS
Jazzakallahu Khairan Kathira

Re: SJ-2192 : PENETAPAN HARI PERKAHWINAN : BID'AHKAH IA ?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah saya akan cuba membincangkan pandangan diatas ini dengan kadar kemampuan dan pendapat yang terfikir pada masa ini. Insyaallah, Al-Fadhil Al-Fadhil yang lebih mahir didalam bidang ini terutamanya Ustaz ZainYS, Ustaz THTL, Ustaz Pendekar dan tak kurang juga Ustaz dan adik kita sdr Gayat dapat meluaskan lagi skop pendekatan perbincangan ini.

Penetapan tarikh perkahwinan di dalam Islam

Ini merupakan bahagian ilmu yang agak tua didalam sejarah hidup manusia berkeluarga. Aktiviti manusia dulu biasa dikaitkan dengan fenomena Alam didalam segenap pola-pola penghidupan mereka. Bukan sahaja perkahwinan sahaja yang dicari tarikhnya, tetapi apa-apa sahaja perkara yang berkenaan dengan jodoh dan reski, mereka mempunyai 'perkiraan' dan 'cara' yang tersendiri menetapkan hari yang sesuai. Apa yang mereka khuatiri ialah, samada ianya mendatangkan 'KEMUDHARATAN / SIAL' atau 'KEBAIKAN'.

Dengan datangnya Islam ke Nusantara, proses-proses mencari tarikh yang sesuai atau lain-lain amalan yang sewaktu dengannya diasimilasikan. Dengan katakan, dimasukkan unsur-unsur atau element-element Islam didalamnya. Sebagai contoh, mencari tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis Akad Nikah, dengan melihat kitab-kitab tertentu.

Cara dan methodologi mereka mungkin berlainan, tetapi matlamatnya tetap sama. Sebagaimana yang saya lihat didalam Kitab Mujarrobat : Madiinatul Asroor, terbitan M.A. Jaya, Jakarta,[1] dimana ia akan mengabungkan nama bakal si suami dan si isteri dan dijumlahkan nilai-nilai yang terdapat didalam huruf-huruf Arab dan dipadankan dengan permasalahan yang ada. Permasalahan itu kemudiannya akan di rujuk kepada Bintang-Bintang yang ada (macam horoskop). Dan bintang-bintang ini mempunyai 4 unsur-unsur yang disebut didalam soalan diatas :-Api, Air, Angin dan Tanah. Disini saya nyatakan bintang-bintangnya sebagai contoh:-

1. Bintang ke 1 - Bintang Al-Hamal - Al-marikh. Sifatnya ialah API.
2. Bintang ke 2 - Bintang Al-Thur - Al-Zuhrah. Sifat/Tabiat TANAH.
3. Bintang ke 3 - Bintang Al-Jauzaa' - Al-'Uthaarid. 2 watak : HANGAT dan BASAH.
4. Bintang ke 4 - Bintang Al-Sarthaan - Al-Qomar. Tabiatnya : SEJUK dan BASAH.

Disini dapat kita lihat assimilasi budaya dan agama didalam penyesuaian terhadap budaya dan cara hidup yang telah sedia ada. Konsepnya tetap serupa. Bulan atau bintang menjadi simbol atau petunjuk kepada sifat, tabiat dan baik-buruk masa depan manusia.

-------------
Ramalan dan Penetapan yang tidak dibenarkan

Islam tidak meletakkan apa-apa syarat didalam meletakkan tarikh perkahwinan umatnya. Meletakkan tarikh yang sesuai kerana bertujuan menyamaai tarikh cuti sekolah, atau tarikh yang ditetapkan oleh jurunikah tidaklah menjadi satu kesalahan didalam Islam. Akan tetapi, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mempercayai bahawa TARIKH tersebut MEMPUNYAI IMPLIKASI terhadap BAIK atau BURUKnya perkahwinan. Contoh darjat kesalahan ini boleh kita kaitkan dengan fatawa ulama tersohor, Sheikh Ibnu Utsaimin[2] dibawah ini :

"Ilmu bintang terbahagi kepada 2:

1. Ia berperanan sebagai Sains pengaruh
2. Ia berperanan sebagai Sains Petunjuk

Bagi jenis pertama, di terbahagi kepada tiga :-

A- Mempercayai bahawa bintang mempunyai pengaruh didalam hidup seseorang, dimana ia mengawal masa depan seseorang, dan dibelakangnya ialah KEBAIKAN dan KEBURUKAN yang menjatuhkan seseorang; mempunyai kepercayaan demikian akan menyebabkan seseorang itu kafir (tidak beriman) kerana ia menyekutukan ALLAH swt.

B - Mengambil bintang sebagai tanda menzahirkan yang ghaib, sebagai contoh kanak-kanak yang baru lahir akan menjadi gembira kerana ia dilahirkan disaat bintangnya berada di langit semasa tersebut, atau kanak-kanak itu akan menjadi malang kerana dilahirkan pada malam yang mana bintang-bintang yang tertentu berada di langit. Mempercayaai kepercayaan sebegitu membuatkan seseorang itu melakukan SYIRIK BESAR (Akbar), kerana sesiapa sahaja yang mendakwa bahawa ia melihat sesuatu yang akan datang (dan ghaib) dimana pengetahuan ini hanya dimiliki oleh Allah swt, Yang Maha Mengetahui! Firman Allah :

[="#ff00000" size="3"]Þõáú áóÇ íóÚúáóãõ ãóäú Ýöí ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖö ÇáúÛóíúÈó ÅöáøóÇ Çááøóåõ
"Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! "- (An-Naml: 65)

C - Menganggap bahawa bintang ada sebab dibelakang sesuatu peristiwa baik atau buruk, eg: mempercayai bahawa Hujan diakibatkan oleh Bintang terlah mencapai sesesuatu hatap di langit, dsb. Mempercayaai kepercayaan sedemikian ia telah melakukan SYIRIK KECIL (Asghar). Kerana ada riwayat yang melapurkan terdapat setengah golongan yang mengatakan bahawa :"Ia hujan kerana sesesuatu bintang yang berkenaan muncul dilangit".

bagi jenis yang kedua pula, Sains penunjuk, ia menggunakan bintang bagi mengetahui waktu dan cuaca pada tahun tersebut. Perkara ini adalah dibenarkan.

-----------

Elok juga kita melihat pandangan Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengenai melihat masa depan seseorang. Al-Qardhawi didalam buku masyhurnya Halal & Haram didalam Islam, didalam Bab ke 4 mengatakan [3]:

"Mempercayai peramal nasib menyebabkan seseorang itu Kufr. Skop Islam tidak hanya terhad kepada Pakar Ramal dan Nujum sahaja, malah ia termasuklah mereka yang pergi kepadanya, bertanyakan pertolongan dari mereka, dan percaya dengan keajaiban dan kesesatannya. Nabi saw bersabda :"Sesiapa yang mendatangkan 'Araafaa (para Pakar ramal) dan bertanya dengannya mengenai sesuatu, mempercayai apa yang ia katakan, Solatnya tidak akan diterima selama 40 hari"[="#0000ff" size="3"]{ãä ÃÊì ÚÑÇÝÇ ÝÓÃáå Úä ÔíÁ¡ ÝÕÏÞå ÈãÇ ÞÇá¡ áã ÊÞÈá áå ÕáÇÉ ÃÑÈÚíä íæãÇ} - Riwayat Muslim..

Dan sabda Nabi saw :"Barangsiapa yang datang kepada kahin-kahin (Tukang ramal) dan percaya dengan apa yang dikatakan, maka telah kufur ia atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad saw" [="#0000ff" size="3"]{ãä ÃÊì ßÇåäÇ ÝÕÏÞå ÈãÇ ÞÇá¡ ÝÞÏ ßÝÑ ÈãÇ ÃäÒá Úáì ãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã}.

Perintah diatas adalah berdasarkan dalil yang dinyatakan kepada Nabi Muhamamd saw, menegaskan bahawa pengetahuan Ghaib milik Allah swt dan Muhammad saw gtidak pengetahuan mengenainya, kurang lagi orang-orang yang lain. Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]Þõáú áóÇ ÃóÞõæáõ áóßõãú ÚöäúÏöí ÎóÒóÇÆöäõ Çááøóåö æóáóÇ ÃóÚúáóãõ ÇáúÛóíúÈó æóáóÇ ÃóÞõæáõ áóßõãú Åöäøöí ãóáóßñ Åöäú ÃóÊøóÈöÚõ ÅöáøóÇ ãóÇ íõæÍóì Åöáóíøó
"Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. " (Al-An`aam: 50)

Jika setelah jelas dan terang dengan apa yang dinyatakan didalam Al-Quran, dan seorang Islam itu percaya bahawa ada manusia yang boleh menceritakan nasib masa depan dan tahu persoalan ghaib, dia sebenarnya telah menafikan apa yang telah diturunkan kepada Rasulullah saw."

---------------
Apakah perkara yang boleh diramal?

Menurut Fatawa Da'imah Saudi yang bernombor : 3421 (1/433) bahawa :"Ilmu mengira dan mengetahui kemunculan bintang bukanlah ilmu kaahin (meramal nasib), dan tidak haram mengikutinya, akan tetapi TIDAK BOLEH mengambil ilmu tersebut digunakan didalam amalan-amalan syar'ie, seperti Puasa, Haji dan sebagainya."[4]. Malah menurut fatwa tersebut bahawa ilmu mengira atau falak digunakan bagi menentukan permulaan setiap bulan, waktu solat dan sebagainya. Ia bukanlah termasuk dari perkara-perkara ghaibiyat.

Penentuan tarikh bila atau masa untuk diadalah perkahwinan bolehlah dilihat dari kajian cuaca setempat. Apakah musim hujan pada itu, atau kemarau yang amat sangat dan sebagaimana. Faktor-faktor lain yang boleh menentukan tarikh tersebut ialah samada terdapatnya cuti pada tarikh tersebut dan yang paling penting ialah tarikh yang telah ditentukan oleh jurunikah.

-------------------------------------
Berjumpa dengan orang-orang alim bagi menetapkan Tarikh.

Alhamdulillah. Majlis walimah akan berbarkah sekiranya ramai dikalangan mereka yang datang itu terdiri dari mereka-mereka yang diredhai Allah swt amalan mereka, dan mereka-mereka ini bukanlah ahli bid'ah. Sebagaimana yg dilakukan oleh Nabi saw yg riwayatkan oleh Muslim, dimana Anas mengatakan bahawa Rasulullah saw telah menjemput orang ramai datang ke majlis walimahnya. Ini bagai mengelakkan dari menjemput hanya orang kaya sahaja tanpa orang-orang fakir sebagaimana hadis yg dari Abu Hurairah r.a. -

[="#0000ff" size="3"]Ü Ãä ÑÓæá Çááå Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü ÞÇá: "ÔÑøõ ÇáØÚÇãö ÇáæáíãÉõ íõãäóÚõåÇ ãóä íÃÊíåÇ æíõÏÚóì ÅáíåÇ ãóä íóÃÈÇåÇ¡ æãóä áã íõÌÈö ÇáÏÚæÉ ÝÞÏ ÚÕóì Çááåó æÑÓæáóå"
"Seburuk-buruk makanan ialah walimah yg didatangkan dan dijemput mereka yg ingkar, dan siapa yg tidak menunaikan jemputan maka ia telah menderhaka kepada Allah dan Rasulnya".(Riwayat Muslim)

þMenurut Dr Bakar Ismail bahawa tidak boleh dilakukan walimah yg khas untuk orang-orang kenamaan sahaja. Malah mereka harus menjemput golongan-golongan yg miskin dan fakir dimana memudahkan mereka makan, minum dan mengambil manis-manisan. [5].

Disinilah kita lihat betapa penting menentukan tarikh yang sesuai bagi menjemput mereka-mereka yang disunatkan datang ke majlis tersebut. Kalau mereka menetapkan tarikh berdasarkan kepada perkara-perkara yang akan datang (ghaibiyat), maka samalah seperti yang dikatakan oleh Al-Qardhawi, iaitu mereka telah menafikan apa yang disampaikan oleh Allah swt kepada Rasulnya, dimana hanya Allah swt yang mengetahui akan apa yang akan berlaku dimasa akan datang.

--------------
Kesimpulannya, Islam tidak menggariskan kaedah atau cara mengira tertentu bagi menetapkan majlis perkahwinan. Malah Islam melarang keras (bid'ah yang sesat) umatnya mempercayai bahawa sesuatu pengiraan, tarikh atau bintang mempunyai kesan kepada Majlis perkahwinan atau pengantin tersebut. Manakala Islam tidak melarang kita meramalkan cuaca yang baik yang dijangka akan dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan. Tidaklah dikatakan BID'AH jika berbincang dengan mereka-mereka yang alim bagi mendapatkan tarikh bila mereka boleh menghadirkan diri dan menjemput dikalangan orang-orang miskin adalah merupakan satu adab yang baik. Moga-moga dapatlah kita buangkan perkara-perkara yang pelik-pelik yang kita sendiri rasakan tidak relevan dan ianya tidak padan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, agar kita tidak jatuh kepada lembah kesyikrikan. Akhir kata, renungi hadith berikut:

[="#0000ff" size="3"]Úä ÃÈí ãÍãÏ ÇáÍÓä Èä Úáì Èä ÇÈí ØÇáÈ ÓÈØ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÑíÍÇäÊå ÑÖí Çááå ÚÜäåÜãÇ ¡ ÞÜÇá : ÍÜÝÜÙÜÊ ãÜä ÑÓÜÜæá Çááå Õáì Çááå ÚÜáíÜå æÓáã : ( ÏÚ ãÇ íÜÑíÜÈÜß Åáì ãÇ áÇ íÜÑíÜÈÜß ).
Dari Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah saw dan kesayangannya telah berkata: Aku telah hafal (sabda Nabi) dari Rasulullah: "Tinggalkanlah apa-apa yg meragukan kamu, kerjakan apa yg tidak meragukan kamu" - Riwayat Tirmidzi no: 2520 dan Nasai 5711 dan telah berkata Tirmidzi : "Hadith Hasan Shahih"

Wallahu 'alam

-wassalam-
----------------

Rujukan :

1. Mujarrobat : Madinatul Asroor. Jakarta : M.A. Jaya, 1980.

2. Fatwa islam Online. Fatwa melihat bintang. url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=57809

3. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam. Cetakan ke 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.

4. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - 1. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

5. Prof. Muhammad Bakar Ismail. Fatwa Hukum mengadakan walimah. IslamOnline. 2001. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=31698

خيرالأمين