SJ - 2726: Hak ibubapa terhadap anak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2726: Hak ibubapa terhadap anak

:salam
:)
Apakah hak ibubapa terhadap anak? Apakah hak itu berbeza jika anak itu belum atau sudah berkahwin?

:2guin

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2726: Hak ibubapa terhadap anak

:wassalam
Jawab:

Soalan ni juga sudah 2 minggu tak terbalas. Salah satu sebabnya ia merupakan soalan yg memerlukan jawapan yg panjang. Hak dan tanggungjawab ibubapa ini pernah ditulis dalam dua jilid kitab yg tebal. Misalnya kitab 'Tarbiyatul Awlad fil Islam' karya Prof Naseh Ulwan (2 Jld). Juga kitab 'Ahkam alAwlad fil Islam karya Syaikh Zakaria Ahmad alBary.
Juga karya Dr Hasan Ali dari AKRAB ada beberapa jodol membicarakan hak dan peranan ibubapa terhadap anak-anak.
Hak-hak yg crucial (penting) dibahaskan ialah hak2 ibubapa terhadap anak yg belum dewasa (bawah 18 atau 21 tahun) yg meliputi hak nafkah, hadhanah (asuhan), tarbiyah (pendidikan), ta'adib (pembenturan akhlaq/adab), hak wali.
Bila dewasa, hak yang utama ialah hak kerabat dan hak ibubapa yg wajib ditunaikan pula oleh anak2. Kami syorkan dapatkan jodol kitab2 tersebut atau rajin2lah ke kedai buku agama dan milikilah mana2 kitab di atas. Juga kitab Syakhsiyatul Muslim oleh Dr Ali alHasyimi dan Minhaj alMuslim oleh Syaikh Abu Bakar Jabir aljazairy dari Universiti Medinah. (kebanyakan kitab2 itu sudahpun diterjemahkan) WA