SJ - 3041 : Doa dalam majlis bercampur maksiat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3041 : Doa dalam majlis bercampur maksiat

:salam
Di Malaysia ini, yang agama rasminya ialah Islam, seringkali kelihatan pembukaan dan penutupan sesuatu majlis itu didahulukan dengan pembacaan doa. Tetapi kebanyakan majlis itu mengandungi unsur-unsur maksiat seperti pendedahan aurat, percampuran antara bukan mahram, peningalan solat, nyanyian melalaikan dan lain-lain lagi. Bahkan kadang-kadang isi doanya juga agak karut-marut.
1. Apakah hukumnya seseorang berdoa dalam majlis-majlis sebegini.
2. Apakah hukumnya hadirin itu mengaminkan doa itu?
3. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang bila menghadiri atau melihat majlis-majlis sebegini berlaku?

terima kasih...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3041 : Doa dalam majlis bercampur maksiat

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Secara umumnya, umat Islam wajib menghadiri majlis yang diadakan oleh orang Islam yang lain. Tuntutan ini kita dapat lihat dari sabda saw :-

[="#ff00000" size="3"]Ãóäøó ÃóÈóÇ åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ : " ÍóÞøõ ÇáúãõÓúáöãö Úóáóì ÇáúãõÓúáöãö ÎóãúÓñ ÑóÏøõ ÇáÓøóáóÇãö æóÚöíóÇÏóÉõ ÇáúãóÑöíÖö æóÇÊøöÈóÇÚõ ÇáúÌóäóÇÆöÒö æóÅöÌóÇÈóÉõ ÇáÏøóÚúæóÉö æóÊóÔúãöíÊõ ÇáúÚóÇØöÓö " .
"Sesungguhnya Abu Hurairah ra. berkata :'Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :'Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain ada lima : mengembalikan salam, melawat orang sakit, melawat janaazah, menerima jemputan, dan bertasmit orang yang bersin (Yarhamuk Allah)" - [Hadith riwayat Al-Bukhaari #1164, Muslim #4022].

Akan tetapi, majlis-majlis yang dituntut ialah majlis yang tidak ada maksiat didalamnya. Kita akan bincangkan syaratnya didalam menjawab soalan no:3.

1. Do'a ialah satu ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu untuk memohon kebaikkan dari Allah swt. Do'a-do'a ini dibaca dengan harapan bahawa Allah swt akan menerima dan mengkabulkan do'anya. Syarat-syarat diterima d'oa ini ada banyak. Salah satu syaratnya ialah seseorang yang memohon itu tidak melakukan maksiat atau berada didalam suasana maksiat!

Do'a yang dibaca pada majlis maksiat, contohnya majlis tari-menari atau minum arak, merupakan adat sahaja. Do'a ini sangat jauh dari peluang untuk dikabulkan. Malah jika diperhalusi, ia seolah-olah mempersendakan ibadat do'a itu sendiri. Tidak perlu berdo'a jika ingin melakukan perkara maksiat. Allah sudah pasti akan mengazab mereka yang melakukan maksiat. Fungsi do'a tidak langsung berguna didalam majlis seperti ini. Jika do'a dilakukan kerana adat, ia tidak mendapat apa-apa ganjaran. Jika do'a dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk, maka hukum berdo'a ini berdosa! Jika do'a dilakukan bagi memohon berkat kepada majlis maksiat ini, maka berdosa hukumnya. Akan tetapi, jika do'a mempunyai isi-kandungan yang MENGARUT atau mempunyai unsur-unsur tahayul, seperti memohon kepada Allah dan juga selain dari Allah, maka hukumnya adalah SYIRIK! Begitu juga jika do'a dibaca kerana mempersendakan hukum Allah (ibadat do'a), maka sesungguhnya dari segi aqidah, dia sudah terkeluar pada agama Islam, kerana DO'A bukanlah bahan sendaan!

Majlis maksiat bukanlah majlis ZIKRULLAH, walaupun ada do'a dipermulaannya. Nabi saw pernah memberi amaran mengenai majlis yang tidak berzikir kepada Allah swt, sabdanya :-

[="#ff00000" size="3"]" ãóÇ ÌóáóÓó Þóæúãñ ãóÌúáöÓðÇ áóãú íóÐúßõÑõæÇ Çááøóåó Ýöíåö æóáóãú íõÕóáøõæÇ Úóáóì äóÈöíøöåöãú ÅöáøóÇ ßóÇäó Úóáóíúåöãú ÊöÑóÉð ÝóÅöäú ÔóÇÁó ÚóÐøóÈóåõãú æóÅöäú ÔóÇÁó ÛóÝóÑó áóåõãú " .
"Tidak duduk sesuatu kaum dimajlis yang tidak mengingati Allah atau berselawat keatas Nabi mereka, tetapi mereka akan menyesal, jika dikehendaki Allah akan mengazab mereka, dan jika dikehendaki Allah swt akan mengampunkan mereka" -[Hadith riwayat Tirmudzi, kata beliau bahawa hadith ini hadith hassan. Sheikh Al-Albani juga mengkelaskan hadith ini sebagai sahih didalam Sahih Al-Tirmudzi. 3/140].

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :- Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah ra. berkata :

[="#ff00000" size="3"] ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : " ãóÇ ãöäú Þóæúãò íóÞõæãõæäó ãöäú ãóÌúáöÓò áÇ íóÐúßõÑõæäó Çááøóåó Ýöíåö ÅöáÇ ÞóÇãõæÇ Úóäú ãöËúáö ÌöíÝóÉö ÍöãóÇÑò æóßóÇäó áóåõãú ÍóÓúÑóÉð " .
"Nabi bersabda : 'Kaum yang bangun dari majlis yang tidak mengingati Allah didalamnya, hanyalah mereka seolah-olah bangun dari bangkai keldai, akan menyebabkan penyesalan bagi mereka" - [Al-Nawawi didalam Riyaadh Al-Salihin #321 mengatakan ia sahih dan juga oleh Al-Albani].

2. Mengucap 'Amin' apabila do'a dikemundangkan merupakan proses membenarkan apa yang dipohon secara kolektif. Jika yang dipohon itu berunsur maksiat, maka berdosalah ia. Jika mengaminkan do'a Imam yang memohon selain dari Allah swt, didalam keadaan mereka mengetahuinya, maka hukumnya sama dengan yang membacanya, iaitu syirik, kerana ia membenarkan dan bersubhat dengan perkataan Imam. Jika mulut sahaja yang mengaminkan, tidak terlintas didalam hati, maka do'a itu hanyalah sia-sia sahaja. Maka termasuklah mereka itu didalam golongan yang rugi....mensia-siakan masa.

3. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin didalam Al-Qaul Al-Mufeed telah memberi beberapa panduan mengenai menerima jemputan kesesuatu majlis, diantara syarat-syaratnya adalah :-

a. Tidak terdapat sesuatu yang mungkar ditempat diadakan majlis tersebut. Jika terdapat sesuatu yang mungkar dan ia dapat ditangani (kemungkaran dapat dihapuskan), maka adalah wajib menghadirinya berdasarkan dua alasan: menerima jemputan dan mengubah kemungkaran. Jika tidak berupaya mengubahnya maka adalah haram menghadirinya.

b. Orang yang menjemputnya tidaklah seseorang yang wajib atau sunat ditinggalkan (seperti mereka yang terang-terang melakukan dosa, dimana meninggalkannya kemungkinan bermunafaat kerana membawa kepada penyesalannya).

c. Orang yang menjemputnya mestilah seorang Islam. Jika ia bukan seorang Islam maka tidak wajib menerima jemputannya, kerana Nabi saw bersabda :"Hak seorang Islam keatas seorang Islam adalah lima...." (lihat hadith diatas).

d. Makanan yang dihidangkan adalah halal di makan.

e. Menerima jemputan tidaklah boleh membawa kepada melalaikan kewajiban (seperti meningalkan solat!), jika ia berlaku, maka adalah haram menerima jemputan tersebut.

f. Tidak menyusahkan bagi orang yang dijemput. Contohnya, jika dia perlu bermusafir atau meninggalkan keluarganya yang memerlukannya, dan sebagainya.

Tambahan ulama lain :

h. Jika jemputan tersebut berbentuk umum, mengajak semua orang hadir, maka tidaklah wajib menerima jemputan tersebut.
----------

Jika kita boleh mengubah kemungkaran, maka bolehlah kita menyertainya, dengan niat untuk menerima jemputan dan menghalang kemungkaran. Akan tetapi, jika kita tidak mampu mengubah keadaan maksiat tersebut, maka lebih elok tidak menyertainya (seperti point Ibn Utsaimin no: a).

Sepertimana didalam hadith yang terdapat didalam buku Hadith 40 karya Imam Nawawi, jika seseorang itu melihat kemungkaran hendaklah dia menegah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah ditegah dengan lidah dan jika tidak mampu jika, maka tolaklah kemungkaran itu dengan hati. Begitulah prinsip Islam bilamana berhadapan dengan perkara-perkara mungkar atau maksiat. Sheikh Atiyah Saqr (seorang ulama besar Al-Azhar) memberi contohnya :-

[="#0000ff" size="3"]æÇáÌÇáÓ ãÚ ÌãÇÚÉ Ýí ÍÝá Ãæ ãÃÏõÈÉ æÝíåã ãä íÔÑÈ ÇáÎãÑ Ãæ íÝÚá Ãí ãäßÑ íÌÈ Úáíå ÃæáÇ Ãä íÞæã ÈÇáÊÛííÑ ÈãÇ íÓÊØíÚå ãä Úãá Ãæ Þæá¡ æÐáß ÅÐÇ ßÇäæÇ ãÓáãíä ÝÇáÎãÑ ÍÑÇã Úáíåã¡ ÝÅä áã íäÊåæÇ æÌÈ ÇáÇäÓÍÇÈ ãä ÇáÍÝá
"Duduk bersama kumpulan didalam sebuah party atau banquet, dan didalamnya orang sedang minum arak, atau melakukan apa-apa kemungkaran, wajib keatas nya mula-mula sekali melakukan perubahan didalam perbuatan tersebut atau berkata, dan jika ,mereka itu Islam, maka katakan bahawa arak adalah haram bagi mereka, dan jika mereka tidak berhenti, maka WAJIB BEREDAR dari majlis tersebut".

Menurut Sheikh Atiyah Saqr lagi :

[="#0000ff" size="3"]æÞÏ ÞÑÑ ÇáÚáãÇÁ Ãä ÅÌÇÈÉ ÇáÏÚæÉ áæáíãÉ ÇáÚÑÓ æÇÌÈÉ¡ ÅáÇ ÅÐÇ æÌÏ ãäßÑðÇ¡ ÝáÇ íÌÈ Úáíå Ãä íõáóÈøöí ÇáÏÚæÉ Èá Úáíå Ãä íäÕÑöÝ Åä áã íÓÊØÚ ÊÛííÑ ÇáãäßÑ.
"Ulama telah memutuskan bahawa wajib menjawab panggilan sesuatu walimah (wajib datang), melainkan jika terdapat kemungkaran, maka tidak wajib keatasnya mengembalikan jemputan, akan tetapi wajib ia meninggalkan [majlis] jika tidak mampu mengubah kemungkaran"

Didalam kitab Fiqh Al-Shafie, Kifaayah Al-Ikhyaar (2/6) membenarkan menghadiri majlis yang ada unsur kemungkaran didalamnya, kerana tidak mendengar akan kemungkaran darinya (tidak diketahui akan adanya perkara mungkar), bahkan ia wajib menolaknya didalam hati. Pegangan ini masih berada didalam hadith 40 Al-Nawawi (hadith no:34), iaitu menolak kemungkaran didalam hati, akan tetapi ini adalah serendah-rendah Iman! Yang baik ialah tidak menyertai majlis-majlis seperti ini. Wallahu'alam.

wassalam
-----
Rujukan :-

1. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin. al-Qaul al-Mufeed - 3. Riyad : Muassasah Al-Risalah, ms 111.

2. Sheikh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"]ãÌÇáÓ ÇáãäßÑ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13361

خيرالأمين