Assalamualaikum...
Minta maaf. Di sini saya inginkan kepastian. Apabila kita mengetahui bahawa KWSP masih diurus secara konvensional adakah ia bermakna dividen KWSP itu riba? dan oleh kerana pencarum tidak ada pilihan untuk menentukan pelaburannya, maka apa kita boleh buat dengan dividen itu? Ia dikira halal atau haram digunakan? Terima kasih di atas jawapan sebelum ini.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2893: Masih KWSP
Primary tabs
Tue, 05/08/2003 - 10:13pm
#1
SJ - 2893: Masih KWSP
:wassalam
Jawab:
Kami memohon ma'af kerana soalan ini sudah sebulan dalam Bank Soalan. Kami menjangkakan Ust Gayat kami akan memindahkan ke Ruangan Soalan Ulangan. Kerana kita sudah menjawabnya beberapa kali.
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah skim mandatori dan umat Islam tidak boleh mengelakkan diri dari KWSP. JUga Umat Islam juga tiada kawalan terhadap pelaburan dan instrumen kewangannya seperti mana mereka tidak boleh menyelidiki dari mana punca gajinya jika datang dari Perbendaharaan Negara. Tidak dinamakan riba ke atas sesuatu yg seseorang tiada kawalan atasnya (Dalil: AQ 2 alBaqarah: 173). Cuma kebelakangan ini KWSP membenarkan tabung 1 dikeluarkan (mengikut formula yg ditetapkan: 10% dari balance melebihi RM 50K) utk dilaburkan dalam skim unit trust yg diluluskan kerajaan) , maka gunakanlah peluang itu utk menyuburkan pelaburan KWSP anda dlm skim yg halal. WA