SJ - 3105 : Solat iftitah & pembuka witir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3105 : Solat iftitah & pembuka witir

:salam

Soalan saya.
1) Apakah solat iftitah. Bagaimana mengerjakannya?
2) Bagaimana melakukan solat witir lagi selepas mengerjakannya pada masa Terawih.

Re: SJ - 3105 : Solat iftitah & pembuka witir

wa'alaikumussalam, ramadhan mubarak!

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan sdr MAYaakub dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

(1) Soalan 1 telah pun dijawab didalam SoalJawab dibawah ini:-

SJ - 3101 : Solat Iftitah

(2) Sebelum menjawab soalan sdr, kamin ingin berkongsi bersama mengenai satu ibadat solat baru yang telah diwar-warkan diinternet mengenai bagaimanakah jika seseorang yang telah selesai witir semasa menunaikan tarawih ingin melakukan solat malam (Qiam al-lail). Ustaz yang menjawab itu kata :-

Quote:
Kalau selepas kerjakan witir immediately selepas tarawih, kemudian pada masa tahajjud saudari hendak solat malam, saudari kena "membuka" semua solat sunnat yang sudah ditutup.

Kalau tak buka, maka sesia sahaja lah solat sunnat malam saudari. Sebab witir dah tutup "acara" solat sunnat kita sepanjang hari.

Ini adalah satu masalah yg sepatutnya dihuraikan oleh imam-imam atau ustadz ustadz yg melakukan solat tarawih, malang tidak.

Cara membukanya ialah dengan pertama sekali saudari solat 1 rakaat mutlaq atau dengan niat untuk "membuka atau membatal" witir yang sudah dilakukan. "Membatal atau membuka" semula solat sunnat tidak bererti solat witir saudari semasa selepas tarawih tiada pahala, ada, dont worry.
......
Selepas solat 1 rakaat, kemudian boleh saudari solat tahajjud berapa banyak yang mampu, kemudian saudari tutup semula solat malam tadi dengan solat witir, solat witir paling sedikit satu rakaat dan paling banyak 11 rakaat.

Cerita mengenai hukum membuka witir ini dah banyak tersebar dah semasa bulan puasa ini. Pada asasnya, sesuatu amalan yang hendak dilakukan, baik solat sunat mutlaq untuk membuka witir ke, dan apa jenis perkara yang berbentuk ibadat, mesti ada NAS, dalil, hadith atau pun Ijtihad ulama'. Hukum Solat witir diawal waktu dan kemudian melakukan Solat Naafil (sunat) yang lain telah pun dibincangkan didalam kitab-kitab muktabar baik Mazhab Syafie maupun mazhab-mazhab yang lain. Apabila kita melihat kepada mail attachement tersebut, terdapat TIGA kesalahan besar.

1. Mengadakan satu jenis solat yang baru, iaitu solat mutlak untuk tujuan mengenapkan solat witir, atau membuka witir. Perkara ini tidak pernah dijelaskan oleh Nabi saw, baik para sahabat atau tabien, maupun Imam-Imam Mazhab. Mengada-adakan perkara yang baru didalam soal-soal ibadat, hukumnya HARAM! Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ãä Úãá ÚãáÇð áíÓ Úáíå ÃãÑäÇ Ýåæ ÑÏ
"Barangsiapa yang melakukan amalan yang bukan dari perintah kami maka ia adalah tertolak"

Perintah Solat ini sangat spesifik didalam hadith baginda saw. Kita diperintah agar menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh didalam melakukan Solat. Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí
"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat Aku bersolat"

2. Membenarkan Solat Witir dilakukan semula merupakan sesuatu yang menyalahi hadith Nabi saw. Telah diriwayatkan bahawa Talq ib Ali berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

[="#800000" size="3"]áÇ æÊÑÇä Ýí áíáÉ
"Tidak ada dua witir didalam satu malam" - [Hadith riwayat Al-Tirmudzi #470, al-Nasaai #1679, Abu Daud #1439. Hadith dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Al-Jami' #7567]

3. Menunaikan solat Sunat Mutlak 1 rakaat. Tidak ada Solat sunat dimalam hari selain dari Witir yang mengandungi 1 rakaat sahaja. Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÕóáÇÉõ Çááøóíúáö ãóËúäóì ãóËúäóì
"Solat malam dilakukan 2 rakaat 2 rakaat" - [Hadith riwayat Al-Bukhari #472, Muslim #749. Lihat Al-Mughni 2/539]

Al-Hafiz berkata :

[="#0000ff" size="3"]æóÇÓúÊõÏöáøó Èöåö Úóáóì ÚóÏóã ÇáäøõÞúÕóÇä Úóäú ÑóßúÚóÊóíúäö Ýöí ÇáäøóÇÝöáóÉ ãóÇ ÚóÏóÇ ÇáúæöÊúÑ
"Telah diketahui dari ini bahawa Solat Sunat tidak boleh kurang dari 2 rakaat, melainkan witir"

----------------------
Bolehkah dilakukan Solat Sunat selepas Witir?

Solat sunat boleh ditunaikan selepas witir. Menunaikan Solat witir pada awal waktu (contohnya selepas selesai Solat Tarawih) dibolehkan sebagai didalam hadith nabi saw :

[="#0000ff" size="3"] ãä ÎÇÝ Ãä áÇ íÞæã ãä ÂÎÑ Çááíá ÝáíæÊÑ Ãæáå ¡ æãä ØãÚ Ãä íÞæã ÂÎÑå ÝáíæÊÑ ÂÎÑ Çááíá ¡ ÝÅä ÕáÇÉ ÂÎÑ Çááíá ãÔåæÏÉ ¡ æÐáß ÃÝÖá
"Barangsiapa yang takut bahawa dia tidak akan dapat bangun pada akhir malam, maka bersolat;ah diawal malam, tetapi jika dia merasakan boleh bangun bersolat pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam, kerana solat diakhir malam akan disaksikan [oleh malaikat], dan ia lebih afdal"

Menurut Ibn Hazm didalam kitabnya al-Muhalla (2/92-93) :

[="#0000ff" size="3"]æÇáæÊÑ ÂÎÑ Çááíá ÃÝÖá . æãä ÃæÊÑ Ãæáå ÝÍÓä , æÇáÕáÇÉ ÈÚÏ ÇáæÊÑ ÌÇÆÒÉ , æáÇ íÚíÏ æÊÑÇð ÂÎÑ
"Witir pada akhir malam lebih afdal, akan tetapi barangsiapa yang solat witir pada awal malam dibenarkan, dan tidak boleh mengulangi witir"

Terdapat dalil didalam Sahih Muslim #738 dari A'ishah ra. bahawa Nabi saw bersolat dua rakaat setelah witir dengan solat duduk. Menurut Al-Hafiz Imam Nawawi didalam buku beliau Al-Majmu' :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÕøóæóÇÈ : Ãóäøó åóÇÊóíúäö ÇáÑøóßúÚóÊóíúäö ÝóÚóáóåõãóÇ Õóáøóì Çááøóå Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÈóÚúÏ ÇáúæöÊúÑ ÌóÇáöÓðÇ ; áöÈóíóÇäö ÌóæóÇÒ ÇáÕøóáóÇÉ ÈóÚúÏ ÇáúæöÊúÑ , æóÈóíóÇä ÌóæóÇÒ ÇáäøóÝúá ÌóÇáöÓðÇ , æóáóãú íõæóÇÙöÈ Úóáóì Ðóáößó , Èóáú ÝóÚóáóåõ ãóÑøóÉ Ãóæú ãóÑøóÊóíúäö Ãóæú ãóÑøóÇÊ ÞóáöíáóÉ . . .
"Yang sebetulnya : Nabis saw melakukan solat 2 rakaat setelah witir sambil duduk ialah untuk menunjukkan bahawa dibenarkan bersolat selepas witir, dan menunjukkan bahawa dibenarkan bersolat sunat sambil duduk. Beliau tidak membuatnya selalu. Beliau melakukannya sekali atau 2 kali atau beberapa kali."

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas mufti Arab Saudi juga menjelaskan mengapa Nabi saw bersolat 2 rakaat selepas Witir, katanya :

[="#0000ff" size="3"]æÇáÍßãÉ Ýí Ðáß – æÇááå ÃÚáã- Ãä íÈíä ááäÇÓ ÌæÇÒ ÇáÕáÇÉ ÈÚÏ ÇáæÊÑ
"Hikmahnya begitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui - adalah untuk menunjukkan kepada manusia bahawa adalah dibenarkan bersolat selepas witir" - [Fataawa islamiyah (1/339)].

----------------------------------

Kesimpulannya :

a. Solat witir dibenarkan pada awal malam, tetapi tidak dibenarkan mengulangi solat Witir. (Satu witir didalam satu malam)
b. Dibenarkan Solat sunat selepas solat witir.
c. Tidak ada Solat sunat Mutlaq 1 rakaat bagi membuka witir. Ini BID'AH didalam ibadat Solat.
d. Cuma Solat witir sahaja yang dibolehkan 1 rakaat, akan tetapi solat sunat adalah tidak kurang dari dua rakaat.

Witir hanya boleh dilakukan sekali didalam satu malam. Walaupun sudah melakukan witir, seseorang itu masih boleh melakukan solat sunat yang lain. Solat ringan atau pembuka (iftitah) sebelum Nabi saw ingin melakukan Solat Qiam Al-Lail, bukanlah solat pembuka witir!! Lagipun solatnya 2 rakaat. Ia boleh diibaratkan sebagai warm-up sebelum solat yang panjang. Apabila berjumpa pandangan seperti ini, apa yang perlu kita minta ialah NAS, DALIL, HADITH dan juga kitab rujukan. Orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang baru didalam agama adalah mereka yang sengaja menempah tempat mereka di api neraka kelak!! Wallahu'alam.

-wassalam-

خيرالأمين