assalamualaikum..
ikut solat bersama orang arab,saya dapati ada perbezaan antara cara menunaikan solat tarawikh.kalau di negara kita antara rakaat2 solat tarawikh,selalunya bilal akan berselawat diikuti oleh makmum.tetapi berlainan dengan orang arab,imam meneruskan solat tanpa diselangi selawat.Minta pandangan tuan2 dalam perbezaan ini.mengapa wujud perbezaan ini dan cara mana yang disepakati ulama`?Minta juga disertakan hadith2 rujukan.
sekian.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-08-0012 : solat tarawikh
Primary tabs
Fri, 22/10/2004 - 11:16pm
#1
SJ-08-0012 : solat tarawikh
wa'alaikumussalam
Sepakat ulama' bersetuju bahawa solat tarawih boleh dilakukan secara jemaah, cuma mereka khilaf mengenai jumlah rakaat yang dilakukan. Terdapat riwayat yang sahih mengenai zikir selepas witir, yang wujud didalam amalan solat tarawih di Nusantara ini dan telah ditambah beberapa amalan lain seperti selawat dsb.
Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rihat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyag Saqr :-
Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawikh, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi :
Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa'
Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu2 yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan2 yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :
Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, adan yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat2. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, dimasa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keImanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit2 tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan. WA.
wassalam
=============
Rujukan :
1. Sheikh Atiyyah Saqr. Ahsan al-Kalaam ; fi al-Fataawa wa al-Ahkam - 2. Dar al-Ghad al-'Arabi, 1994. ms 234, dan 103.
خيرالأمين