Cerca Aisyah r.a.: Kalaulah Aduka Taruna mendengar penjelasan ini..

Mengapa berlaku peperangan Jamal? Mengapa Saiyidah Aisyah r.a. pergi kepada Saidina Ali r.a.? Benarkah beliau memang ingin memerangi Ali ra.? Siapakah yang ikut serta bersama Aisyah r.a.? Dalam peristiwa Jamal, ada satu golongan yang dikutuk Allah iatu golongan yang melampau. Siapakah mereka? Aisyah r.a. atau Ali r.a. atau ada golongan lain? Benarkah wanita tidak boleh menjadi pemimpin?

 

Fatwa: Dibolehkan penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia

Oleh zain-ys
Umat Islam dibenarkan menggunakan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja. Demikian fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan. Menurut fatwa berkenaan, dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

Ulasan Terhadap Hadith '9/10 rezeki adalah dalam perniagaan'

Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.

Kategori Berita: 

Ust Nasim: Syarah Hadis 40: Hadis ke 5: Masalah Bid'ah

" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

Jaundis Neonatal (penyakit kuning bayi juga disebut demam kuning)

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini.

Kategori Berita: 

Buku Cadangan Untuk Bacaan Hadith

Seringkali saya disoal tentang buku-buku tertentu yang boleh dijadikan bahan bacaan 'permulaan' berkaitan hadith dan ilmu-ilmunya. Berikut adalah beberapa buku yang saya rasakan perlu untuk mereka yang berkenaan. Mungkin ia bersifat terlalu asas atau permulaan..tapi bermula dengan baik itulah antara perkara yang menjadikan kita sampai ke tempat tujuan.

Komentar Ringkas buku - Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali

Artikel ini tulisan Ust Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail( pensyarah KIAS, Nilam Puri, Kelantan) dipetik dari
http://tasekpauh.blogspot.com/2009/12/komentar-ringkas-buku-wasiat-nabi.html

Wasiat Nabi Kepada Saidina Ali

Pada hari rabu yang lepas (09/12/09), salah seorang pelajar saya menunjukkan kepada saya sebuah buku berjudul “Wasiat Nabi S.A.W. Kepada Sayyidina Ali”. Buku tersebut adalah hasil terjemahan seorang murabbi yang terkenal, iaitu al-Fadhil Ustaz Yahya bin Haji Othman. Beliau menunjukkan buku tersebut kepada saya untuk mengenal pasti kedudukan hadis dalam buku tersebut.

BEBASKAN MALAYSIA DARI NEO-AHBASH

Oleh: Al-Bakistani
Golongan takfiriyah (mengkafirkan orang) dalam perkara yang tidak jelas sememangnya wujud. Di Lubnan, wujud satu golongan yang disebut sebagai Ahbash. Pemikiran asyairah dan bermazhab Syafie, tidak menjadi sebarang masalah. Tetapi, apabila mereka mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka, ia merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku.