Di antara Sirah dan Sunnah : Penyebab kekeliruan dan kesilapan

Salah satu sebab punca kesalahan dan kekeliruan di dalam Feqh As-Siasi ialah kekeliruan  menggunakan sirah sebagai hujjah. Di dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama. Sementara Sunnah adalah sumber syariat dan hujjah yang kedua selepas Al-Quran. Sunnah ialah penerang, pentafsir dan praktikal baginya.

Akan tetapi kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan meletakan sirah di tempat Sunnah dan menjadikan sirah sebagai dalil dan hujjah sepertimana peranan Al-Quran dan Sunnah.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Berikut ini adalah Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM cetakan 2009. Setebal 80 halaman, mengandungi 8 bab yang terdiri dari:
Bab 1: Aqidah
Bab 2: Ibadah
Bab 3: Sosial/Syariah
Bab 4: Muamalat/Ekonomi

Memiliki Pandangan Kontroversi?

Artikel Syekh Salman Audah kali ini sangat menarik untuk sama-sama kita renungi, kerana kita adalah salah seorang yang sangat gemar melontarkan sesuatu pandangan yang kontroversi dan sering mempertahankan apa yang kita pegangi. Di dalam masa yang sama kita sangat gemar mengkritik pendapat orang lain dengan cara yang sangat salah. Terima dan ubahlah sikap seperti mana yang telah disarankan oleh Syekh Salman Audah ini walaupun terpaksa memusnahkan tembok keegoan kita.

Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W

Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

 

Cintai Nabimu: Siri Pemurnian Sirah: Nur Muhamad

Cintai Nabimu! Bersihkanlah apa yang tidak benar tentang dirinya. Murnikan sirahnya dari sebarang bentuk pembohongan. Antaranya ialah tentang Nur Muhammad.
-Asal Usul Nur Muhamad - Apakah ada hadis sahih mengenainya - Bila munculnya - Siapa dan kitab apa yang menyebarkan idea ini - Bahaya Nur Muhamad terhadap aqidah umat Islam

Maulid Nabi dalam Perspektif Sejarah

Oleh Prof K.H. Ali Mustafa Yaqub, M.a (Sedutan bukunya: Islam masakini)

Dalam pengajian-pengajian maulid, para muballigh di surau-surau sering mengumandangkan ucapan-ucapan yang diklaim sebagai sabda Nabi saw. Ucapan-ucapan itu adalah,

"Barangsiapa mengagungkan hari kelahiranku, maka kelak ia akan tinggal di surga bersamaku,"

atau 'hadis' lain seperti,

"Barang­siapa mendermakan satu dirham untuk merayakan hari kelahiranku maka tak ubahnya ia mendermakan emas sebesar Gunung Uhud,"

dan lain sebagainya.

Maulid Tak Ada Fadhilat: Faisal Tehrani Sanggah TG Nik Abd Aziz

Oleh Faisal Tehrani

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)