(Ringkasan Sirah) 3. Kelahiran dan Penyusuan Baginda s.a.w.

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

3. Kelahiran dan Penyusuan Baginda s.a.w.

  1. Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal, Tahun Tajah.
  2. Tahun kelahiran baginda s.a.w. dinamakan dengan nama Tahun Gajah kerana raja Habsyah pada tahun kelahiran baginda s.a.w. telah mengirim tentera ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Terdapat seekor gajah besar di dalam tentera ini. Kemudian Allah Taala memusnahkan tenteraini kerana memuliakan kelahiran baginda s.a.w.
  3. Yang menyusukannya selepas ibu baginda s.a.w. ialah Tsuwaibah al-Aslamiah, hamba bapa saudaranya Abu Lahab. Kemudian baginda s.a.w. disusukan oleh Halimatus Sa’diah sehingga berusia 4 tahun.

Soalan-soalan

  • Bilakah baginda s.a.w. dilahirkan?
  • Di mana baginda s.a.w. dilahirkan?
  • Mengapakah tahun kelahirannya dinamakan dengan Tahun Gajah?
  • Siapakah yang menyusukan baginda s.a.w. selepas ibunya?

Ringkasan

  • Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada Tahun Gajah.
  • Baginda s.a.w. disusukan oleh Tsuwaibah al-Aslamiah, kemudian oleh Halimatus Sa’diah.