SJ-15-0032 : Apakah Benar Ibnu Sina Seorang Syiah Bathiniyah?

2 posts / 0 new
Last post
Afnan Zul Kamal's picture
Offline
Joined: 08/05/2015 - 9:33pm
SJ-15-0032 : Apakah Benar Ibnu Sina Seorang Syiah Bathiniyah?

Assalammualaikum betulkah Ibnu Sina ini Syiah Batinniyah? Syaih Batinniyah itu apa? Betulakah falsafah Ibnu Sina dikritik Oleh Imam al Ghazali tetapi disokong oleh Ibnu Rusd?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-15-0032 : Ibnu Sina
wa'alaikumussalam
 
Alhamdulillah. Saya akan cuba menjawab soalan ini sekadar mana yang mampu kerana perbahasan ini sangat 
panjang, InSyaAllah.
 
Ulama Syiah sendiri seperti Qadi Nurullah Shustari didalam kitabnya Majaalis Mukminin menyatakan bahawa mazhab Ibnu Sina adalah Syiah Ismailiyah.
 
Ibn Qayyim rh menyatakan bahawa bapa Ibn Sina sendiri adalah pendakwah Qaraamitah Baatiniyyah. Manakala al-Zahabi rh mencatatkan bahawa bapa Ibn Sina adalah penulis Ismailiyyah [Siyar A'lam Al-Nubala' (2/241)].
 
Ibnu Taimiyah rh didalam Majmu' Fataawa (9/134) menyebut :
 
وأحسن ما يظهرون دين الرفض وهم في الباطن يبطنون الكفر المحض
"Yang terbaik dizahirkan agamanya adalah al-Rafidah (Syiah Rafidah), manakala didalam hati mereka 
tersembunyi kekufuran yang tulen"
 
Syiah Ismailiyah juga dikenali sebagai mazhab 7 imam dan telah menjadi satu mazhab setelah Imam 
Muhammad bin Ismail mati atau "hilang" menurut kepercayaan pengikutnya. Ajaran ini menekankan lebih  
kepada aspek batiniah berbeza dengan Syiah Imam 12 lebih menumpukan kepada aspek zahiriyah seperti  
syariah dan sunnah ahlul Bait.
 
Antara konsep pengamalan batiniah adalah mentakwil segala perkara itu didalam bentuk kebatinan, misalnya :-
 
-Ka'bah dan (bukit) Safa bermaksud Nabi Muhammad
-al-Bab dan (bukit) Marwah bermaksud Ali bin Abu Thalib
-Tawaf mengelilingi Baitullah bermaksud setia kepada Imam yang tujuh
-Dajjal bermaksud orang yang hanya mengamalkan syariat, dan ketua mereka adalah Abu Bakar.
 
Antara kekeliruan aqidah Ibn Sina :-
 
- Allah tidak menciptakan langit dan Bumi dalam 6 hari
- Allah tidak mengetahui sesuatu apapun
- Allah tidak berbuat sesuatu dengan Qudrat
- Allah tidak membangkitkan manusia dari Kuburnya.” (Ibn Qayyim. Ighatsatul lahafan 2/266).
 
- Allah tidak mempunyai kuasa apa2 pun
- Tidak beriman dengan Malaikat, kerana Malaikat adalah khayalan para Nabi (Ibn Qayyim. lghatsatul-Lahafan 2/261)
 
- beliau mengatakan bahawa Falsafah adalah kenabian khas, adapun kenabian adalah falsafah umum (Ibn  
Qayyim. lghatsatul-Lahafan, 2/262).
 
Imam Ghazali didalam kitabnya Fadaih al-Batiniyah membahaskjan tentang kesesatan ajaran Batiniah ini. Malah Imam al-Ghazali sendiri semasa pemerintahan Sultan Nidzamul Muluk pernah mengikuti pasukan tenteranya menangkap Syiah Batiniyah. Bukan Imam Ghazali sahaja yang menyanggah fahaman ini, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim menyatakan kufur pemikiran Ibn Sina.
 
Imam al-Ghazali didalam kitabnya Tahafut al-Falasifah telah menjelaskan kesesatan ahli-ahli falsafah, termasuklah Ibn Sina. Ibn Rusd menulis sebuah buku lain yang bertajuk Tahafut at-Tahafut menjawab tuduhan Imam al-Ghazali. Apa yang dilihat disini, beliau cuba menjelaskan tentang wujudnya falsafah yang tidak sesat. Ibn Rusd mengkritik beberapa periwatan hadith2 palsu yang dibawa oleh beberapa individu lain yang mengharamkan falsafsah secara total. Antara hadith adalah "sesiapa yang berfalsafah dia telah menjadi zindiq". 
 
Beliau (Ibn Rusd) dilihat cuba menjernihkan beberapa pandangan falsafah dan bukannya menyokong pendapat Ibnu Sina. Malah, Ibn Rusd sendiri mengkritik fahaman Ibn Sina yang mengatakan Allah tidak mengetahui secara detail apa yang berlaku dan termasuklah beberapa ajaran Neoplatonisme yang dibawa oleh Ibn Sina. 
 
WA.

خيرالأمين