Soaljawab Islam

SJ-05-0312 : Roomate x solat

:salam

SJ-07-0098 : Apa makna doa nie?

:salam

ni ade kawan tanye...
"Subhanamanyusabbihuroghdubihamdihiwamalaikatuminkhifatih"
apa maknenye...adakah doa ini tsabit dari Nabi?

jzk.

SJ-13-0345 : Tanah Wakaf Utk Dinamakan Atas Nama Arwah

:salam

Moga kita dirahmati Allah SWT hendaknya,

Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai perkara pemberian atau pembelian bangunan utk wakaf dihadiahkan pahalanya kepada arwah.

Gini ceritanya....Seorang waris telah mendapat duit pusaka si arwah...si waris ingin menggunakan duit pusaka tersebut utk diberikan atau beli bangunan atau tanah utk diwakafkan sama ada kepada pihak masjid atau bdn kebajikan lain dan mungkn juga utk laman2 web islamik utk pengurusan dan dinamakan wakaf tersebut atas nama si arwah....

SJ-03-0089 : najis...

:salam

saya ingin dptkan pencerahan ttg perbezaan antara najis yg ditanggung dan najis tak ditanggung. adakah benar pengkelasan najis ada spt yg disbutkan td?

tq.

SJ-12-0221 :suami suruh sy cukur kening sy yg tebal,bolehke?

salam

bolehke sy cukur kening sy krn suami yg suruh?
bukan cukur semua tapi nak menipiskan dan mecantikkanya lagi.
sy cukur krn perintah suami.bole ke ustaz?

SJ-05-0305 : hukum tak solat jumaat selama 3 hari berturut

assalam mualaikum wrt. saya ada soalan yang nak ditanya berserta dalil, insyAllah.ada seorang pemandu van sekolah, yang berkerja mengangkat pelajar sek cina, maklumlah sek cina ni walaupun hari jumaat dia balik tetap kul satu.so, pemandu ni pn minta tolong 2 org kawan dia utk mengangkut pelajar2 itu setiap hari jumaat , dan apa yang berlaku dia masih lewat juga menyelesaikan kerjanya.sehingga telah tinggalkan solat jumaat , yakni hanya solat zohor saja, dan perkara ini telah berlaku selama 3 minggu berturut2.

SJ-03-0086 : warna kuning,keruh,kelabu hijau dikira haid.?

asslamua'laikum..saya ingin btanya dlm tempoh 15 hari(tempoh maksimum haid)..biasanya dari hari pertama saya haid hingga ke hari 10 darah haid saya bwarna merah..bila tiba hari ke 11 hingga ke 15 ada keluar cecair kuning, kadang2 hijau dan kadang2 kelabu@keruh..adakah itu masih dikira haid..

utk pengetahuan panel dlm waktu suci pun saya mmg ada keluar cecair seperti warna di atas(kuning,hijau,kelabu@keruh) kerana saya mengalami keputihan

SJ-06-0058 : bolehker jamak qasar dlm hutan 7hari

asslamua'laikum..saya seorg student ada field work(kerja lapangan)..kami bermalam@tinggal@duduk di hutan selama 7hari utk mbuat penyelidikan..dlm masa 7hari tersebut boleh kata masa kami sentiasa padat dgn mencari bahan kajian kami..bolehker kami buat jamak qasar kerana kami mmg tidak bniat tinggal di hutan tersebut dan tinggal di hutan hny atas urusan kerja kajian

SJ-04-0063 : betulker kentut tak bbunyi xbatal wuduk..

asslamua'laikum..saya nak btanya betulker kentut yg tidak bbunyi atau tidak bbau wuduk tidak batal..kentut hny batal apabila kentut bbau atau bbunyi..harap panel dapat membantu saya beserta dalil..

SJ-03-0087 : air...

:salam

1. adakah pengkelasan jenis2 air yg dipelajari spt air mutlak,musta'mal,musyammas dan mutannajis ada sandarannya pada Al-Quran atau hadis?
2. Atau adakah ia hanya pengkelasan oleh ulama' feqh bg memudahkan umat Islam?
3. Jika ia adalah hanya dibuat oleh para ulama' feqh, dari manakah mereka menyandarkan hal ini?

terima kasih.

SJ-12-0229 : memikat jodoh

askm, mcmne cara2 utk memikat si dia yg kita minati menurt sunnah?

SJ-12-0228 : lelaki baik pikat saya

assalamualaikum,

saya adalah seorg remaja yg berumur 22 tahun, ada seorang rakan lelaki yang saya kenal, dia seorang yg baik dan beragama. dia cuba memikat saya, saya dapat rasakan melalui reaksi dan gayanya yag baik melayan saya.

bagaimanakah untuk saya respon hal ini?

SU-00383 : Imam Memakai Mike Klip di baju

:salam

Ana tidak pasti sama ada soalan ini pernah di tanya. Ada satu pendapat di kampung ana bahawa imam tidak boleh pakai mike di baju kerana bimbang mungkin wayar bersambung dengan najis (tahi cicak atau sebagainya). tolong beri pencerahan.

:wassalam

SJ-12-0220 : Pukul suami dan cerai dlm keadaan marah

Saudara, saya dan suami telah berselisihan faham dan mengakibatkan kemarahan yang amat sangat kepada suami kerana saya telah memukulnya. Dalam keadaan yang sangat marah hingga hilang pertimbangan suami telah melafazkan cerai keatas saya. Kami berbaik semula dan dia mengatakan dia melafazkan cerai tanpa niat kerana terlalu marah. Apa kah lafaz cerai suami sah?

SJ-11-0145 : Mengenai Duit Tabung Masjid

:salam

Moga dirahmati Allah,

Saya ingin mendapatkan pandangan ahli panel tentang penggunaan duit tabung masjid....

1) Adakah duit kutipan sumbangan orang ramai kepada masjid hanya boleh digunakan utk perkara khusus dalam masjid saja cth..pembiayaan eletrik dan air saja???...adakah duit derma tersebut tidak boleh digunakan utk pembangunan masjid dan kebajikan kepada ahli kariah yg lain???