Berita dan Artikel

  • JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH

    Oleh alitantawi


    1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini kerana…


    2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.


  • Video: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat: Dato Harun Taib: Membongkar hakikat Syiah di Iran, Iraq dan Leb

    Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Harun Taib dalam kuliahnya 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam.


    Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq sekarang ini di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni samada orang awam dan para ulamanya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka.


    Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka.


  • Khadam Ayat - Penjelasan Yg Menimbulkan Tandatanya

    Petikan: Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.


  • Preview Buku: Sejarah dan Dokumen-dokumen Syiah


    Sebuah buku yang baik yang membahaskan tentang Syiah Imamiah. Ditulis oleh bekas menteri waqaf Mesir, Syeikh Dr Abdul Munim al-Nemr. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan untuk membaca isikandungan buku, kata pendahuluan dan biografi penulisnya.




  • Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni...

    Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.


    Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (ááå Ëã ááÊÇÑíÎ)


    Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.


    Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi.


  • Video: Al-Quran mereka 3 x ganda dari al-Quran kita...


    Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”.



    Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.


    TONTON VIDEO BERIKUT..


  • Video: Inilah Syiah! Meratap pada hari Asyura

    Syiah Imamiyah tidak sesat? Mereka adalah dari kalangan syiah yang sederhana? Mereka sama seperti mazhab-mazhab empat yang lain? Sebelum anda memberikan jawapan, Saksikan video ini.. Fikir.. Dan nilai berdasarkan akal fikiran anda yang waras.


  • Dengar! Azan Syiah yang pelik...

    Dengar sendiri azan Syiah (Imamiyah) yang berbeza dengan azan kita Ahlus Sunnah. Disertakan juga penjelasan berkenaan dengan kalimah Syahadah Syiah.


  • Syiah Mula Tunjuk Taring

    Menggunakan hadith-hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Muslim tentang al-Mahdi; Syiah cuba menyeludup masuk ajaran sesatnya. (Lihat gambar 1&2)


    Yang lain pula bertopengkan organisasi perubatan alternatif, mereka cuba menyebarkan ajaran kufur mereka. (Lihat gambar 3)


    Dua buah risalah ini disebarkan dimasjid-masjid secara terbuka.


  • Mungkin Sahih? Mungkin Dhaif? - AT

    Oleh alitantawi


    Sebahagian daripada mereka yang mempelajari ilmu hadith terkadang ‘tergelincir’ daripada landasan sebenar dalam kaedah pengkajian hadith. Begitulah sifat manusia yang tidak sempurna dan serba kekurangan. Semakin bertambah ilmu, semakin bertambah pula kesedaran bahawa ilmu itu hanyalah sedikit dan masih banyak yang perlu dicari.


  • Kajian Hadith, Pintu Yang Tidak Dapat Ditutup - AT

    Oleh alitantawi


    Persepsi golongan agamawan (kebanyakannya yang bergelar ustaz dan ustazah) terhadap bidang kajian hadith adalah berbeza mengikut latar belakang ilmu serta kecenderungan masing-masing. Berdasarkan pengalaman diri dan juga pengalaman orang lain, saya dapat merumuskan bahawa di antara bentuk perbezaan pendapat golongan agamawan terhadap bidang kajian hadith adalah seperti berikut:


    a) Ada yang menganggap bahawa ilmu hadith telah selesai dikaji oleh ulama silam dan kita di zaman ini hanya menuai hasil daripada kajian mereka. Ulama silam disifatkan lebih mengetahui dan lebih arif berbanding ulama di zaman kita ini. Bahkan ada di antara golongan ini yang menganggap kajian ulama masa kini terhadap hadith adalah tidak wajar dan menjadi satu kesalahan kerana kita belum sampai ke tahap ulama silam.


    b) golongan lain yang menganggap bahawa ilmu hadith boleh dikaji tetapi tidak ada lagi orang yang mampu mengkaji seperti ulama silam. Mereka tidak melarang tetapi mereka seolah-olah berputus asa terhadap wujudnya golongan pengkaji moden.


    c) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith adalah ilham daripada Allah SWT semata-mata dan ia tidak ada kaitan dengan kajian saintifik atau kajian akademik. Mereka akan menonjolkan ulama hadith sebagai manusia terpilih yang mendapat ilmu daripada Allah SWT dan bukannya daripada jalan pengajian seperti manusia lain.


    d) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith amat mudah dan sesiapa sahaja boleh mengkaji hadith tanpa perlukan asas yang kukuh. Golongan ini akan gopoh dalam menentukan kedudukan hadith atau maksud hadith dengan sekadar kajian ringkas tanpa merenung kembali kajian para ulama zaman berzaman.


    e) Ada pula yang menganggap bahawa kajian hadith berlegar di sekitar kajian maksud hadith tanpa melibatkan kajian kesahihan hadith. Bagi mereka, ilmu hadith hanyalah berkaitan pembacaan dan pengajian maksud hadith. Mereka tidak peduli sama ada hadith yang digunakan itu sahih atau tidak bahkan mereka menganggap bahawa semua hadith yang telah ditulis di dalam kitab-kitab adalah sahih semuanya.


    Sedangkan pada hakikatnya…


    Ilmu hadith adalah hasil kajian para ulama zaman berzaman dengan berpandukan kaedah-kaedah ilmiah. Ia bukannya sangkaan atau ilham apatah lagi mimpi. Kajian para ulama hadith sejak dahulu hingga kini merupakan ijtihad ke arah mencari natijah paling tepat. Pintu ijtihad ini tidak akan dapat ditutup sehingga hari kiamat. Setiap zaman pasti akan menyaksikan munculnya pencinta dan pengkaji hadith yang akan menyumbang ke arah mengayakan khazanah kajian. Kalaulah (sekadar contoh) kita menyatakan bahawa kajian hadith hanya dikuasai oleh Imam al-Bukhari dan rakan-rakan pada sekitar tahun 200-300 Hijrah, maka bagaimana pula dengan kemunculan ulama hadith terkemuka selepas mereka seperti Ibn Abi Hatim (327H), Ibn Hibban (354H), al-Daraquthni (385H), al-Hakim (450H), al-Khathib al-Baghdadi (463H), Ibn al-Jauzi (597H), Ibn al-Solah (643H), al-Nawawi (676H), al-Mizzi (742H), al-Zahabi (748H), al-Iraqi (806H), Ibn Hajar al-Asqalani (852H), Ali al-Qori (1014), al-Syaukani (1250H) sehinggalah zaman moden ini yang menyaksikan kemunculan nama-nama seperti Ahmad Syakir (1958M), Ahmad Ibn Siddiq al-Ghumari (1960M), Abd. Fattah Abu Ghuddah (1996M), Muhammad Nasiruddin al-Albani (1999M), Abd. Qadir al-Arnaouth (2004M) dan ramai lagi yang menurut jejak langkah para pengkaji silam. Setiap zaman menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh hadith yang sentiasa menyajikan kita dengan penemuan-penemuan baru dan kajian-kajian ilmiah yang tidak pernah kita temui sebelum itu. Nama-nama yang saya sebutkan di atas hanyalah segelintir nama yang popular dan disanjung pada zaman masing-masing. Apakah kita ingin menyatakan bahawa nama-nama itu tidak patut terlibat dalam kajian hadith hanya semata-mata kerana mereka tidak hidup sezaman dengan al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi dan lain-lain yang sezaman dengan mereka? Sudah tentu pernyataan ini langsung tidak dapat diterima oleh mereka yang mempunyai akal yang waras atau memiliki sedikit ilmu berkaitan Islam!


    Sikap yang sepatutnya kita ambil ialah…


    Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam bidang kajian hadith. Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai sifat ikhlas dan mendalami asas-asas yang diperlukan dalam kajian. Sekiranya anda tidak mampu untuk turut serta mengkaji, janganlah menjadi batu penghalang atau bersikap ingin melemahkan semangat orang-orang yang ingin menjadi pengkaji hadith. Bantulah, tegurlah sebarang kesilapan dan berikanlah nasihat-nasihat berguna agar para pengkaji hadith tidak terpesong daripada landasan yang benar dan tidak lari daripada kaedah-kaedah Mustolah al-Hadith. If you can’t be among them, support them! (betul ke grammar ni?)


  • Menangani Gejala Murtad dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih

    Daripada: ustaz.blogspot.com oleh Ustaz Emran bin Ahmad


    Menangani Gejala Murtad dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih


    Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan atau perkataan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam.


    “ Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianya itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannya di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-baqarah : 217).

  • Majlis Fatwa dan Kajian Eropah: Perayaan Non Muslim; Boleh Ucap Selamat Tapi Haram Merayakan



    Fatwa: Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka
    Soalan:
    Sila terangkan hukum mengucapkan selamat kpd non-Muslim pada hari perayaan mereka. Tolong huraikan isu ini dgn terperinci, spt mengucapkan selamat kpd mereka utk pelbagai perayaan mereka termasuk perayaan nasional dan juga bertukar hadiah.




  • Adakah Syiah HERO kita?

    Adakah Syi’ah HERO kita?


    Oleh: Zahid Naser (barudati@gmail.com)


    Akhir-akhir ini nama Syi’ah mendapat banyak tempat di mulut manusia di seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Dengan entiti besarnya diketuai Iran maka Syi’ah dinobat secara tidak disedari sebagai hero besar umat Islam. Sebelum mengulas lebih lanjut harus ditekan terlebih dahulu penulis tidak menafikan usaha Iran yang menongkah arus melawan Amerika dan sekutunya yang menzalimi seluruh rakyat dunia dengan polisi mereka. Tetapi perlu kita sedari dan insafi, ramai lagi yang memerangi Amerika seperti Venezuela, Korea, Ivory Coast, Vietnam dan banyak lagi negara yang marah dan tidak bersetuju dengan Amerika. Jadi, ini tidak menjadi satu kayu pengukur untuk terus menobatkan Syi’ah yang membayangi Iran dan Hizbollah sebagai hero kita, umat yang mengakui syahadah yang suci.


  • Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #2

    Oleh alitantawi


    tulisan ini adalah sambungan artikel #1 tentang seorang ahli hadith yang berketurunan Albania dan masih hidup di Jordan. semoga Allah memelihara beliau daripada sebarang keburukan....


  • Pendapatku Tentang Sanad

    Oleh alitantawi


    Tajuk yang saya pilih bukanlah satu perbincangan ilmiah yang teliti dalam menceritakan tentang peranan sanad dalam ilmu kajian hadith. Tulisan ini hanya ingin mengajak para pembaca membezakan antara keperluan sanad di zaman silam (di kalangan ulama hadith) dan keperluan terhadap sanad di zaman ini (di kalangan ulama hadith, fiqh, tasauf dan sebagainya).


  • Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #1

    Oleh alitantawi


    Sesampainya saya dan rakan-rakan di Jordan penghujung tahun 1996, kami sibuk diberi taklimat tentang keadaan di sana oleh para ‘senior’. Bermula daripada cara mendaftar subjek hinggalah kepada cara mendapatkan bekalan makanan di kedai, semuanya diceritakan kepada kami. Termasuk juga kami dibawa melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tapi saya tidak pernah tahu bahawa di Jordan terdapat seorang alim yang berpengalaman khususnya dalam bidang hadith. Mungkin maklumat itu tidak penting atau mungkin kerana kami baru saja sampai, nak berkomunikasi pun masih merangkak-rangkak, bagaimana pula nak menghadiri kuliah seorang syeikh hadith?


  • Mengkritik, Bukan Menghina

    Oleh alitantawi


    Saya pernah bertemu dengan orang-orang yang cepat melenting apabila kita mengetengahkan kepadanya pendapat yang berbentuk kritikan atau menolak pendapat ulama terdahulu. Mereka akan cepat menggunakan beberapa alasan untuk menolak kritikan tersebut. Di antara alasan mereka ialah :


    • Siapa kamu untuk menolak pendapat ulama yang terkenal?

    • Dah habis ke kamu kaji untuk menolak pendapat mereka?

    • Pendapat mereka betul, cuma kita saja yang tak faham.

    • Kita perlu mendalami semua ilmu berkaitan Islam untuk kita mengkritik.

  • Siapa Yang Layak Digelar Pakar Hadith?

    Oleh alitantawi


    Sejak saya mula mengenali hadith (SPM ada subjek Al Quran Sunnah) sampailah ke peringkat belajar hadith di universiti secara formal atau tidak, saya sering tertanya, siapakah yang benar-benar layak digelar ahli hadith/pakar hadith/muhaddith? Orang yang banyak hafal hadith? Orang yang hafal matan mustolah hadith (kaedah-kaedah kajian hadith)? Orang yang banyak beli buku hadith? Orang yang banyak tulis buku hadith? Orang yang boleh check setiap hadith sahih atau tidak? Orang yang banyak beramal dengan hadith? Orang yang mampu membaca kitab-kitab hadith dalam Bahasa Arab? Orang yang hafal nama buku-buku hadith? Dan sebagainya…


    Bila melihat ulama-ulama silam, boleh dikatakan semuanya pakar hadith. Tapi siapa lebih hebat? Al Bukhari? Ibn Hajar?


    Bila melihat ulama-ulama moden, siapa pula yang boleh digelar pakar? Al Albani? Abu Ghuddah? Al Ghumari?


  • Aqidah rufaqa: Abuya boleh runding ttg sakit, nazak dan kematian (dengan sarikat

    Berikut ini adalah sarikata petikan video di bawah:


    Baik ya.. Nak bagi ceritalah siapa mursyid sebenarnya dengan kita.
    Baiklah.. Katalah kita ni dah ditaqdirkan nak jatuh sakit, mula-mula yang dapat tahu, yang dibagitahu Abuya dulu. Kalau kita ni murid Abuya lah.


    Abuya dulu yang dapat tahu yang kita bakal nak jadi sakitkan Tuhan. Abuya boleh tanya pulak tu, sakitnya macamana, berat tak berat? Sekian-sekian sakitnya. Lepas tu Abuya tengok pula kita punya iman. Huh! Dia ni iman dia ni boleh tahan. Sakit-sakit tara ni ni, dia boleh ni. Ok! sakitlah..