Berita dan Artikel

  • Perkongsian Antarabangsa: Apa sebenarnya berlaku di Syria?

    SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.


     


  • Kerana Tiada Muslim Disekelilingnya, Aysha Belajar Sembahyang Melalui Internet

    1. Bersyukur Dapat Belajar Islam
    Bagi Aysha, Islam bukanlah sesuatu yang asing. Wanita yang berasal dari Hungary Utara ini, biasa mendengar perkataan Islam itu sejak di bangku sekolah  menengah rendah lagi. Apa tidaknya, negara tempat tinggalnya merupakan salah satu bekas 'jajahan' Turki selama 150 tahun.


    Pengetahuannya tentang Islam banyak diperolehinya melalui subjek sejarah. Islam cukup memberi kesan di dalam benaknya. Lulus sekolah menengah atas, dia mengambil jurusan biologi molekuler.


  • Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia

    Oleh Ustaz Aizam Mas'ud (JAKIM)


    Dalam tempoh sebulan ini, penulis berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa penganut tegar Syiah di Malaysia. Satu di Melaka anjuran Jabatan Mufti Melaka dan satu lagi di Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak (sepatutnya satu lagi di Johor tetapi dibatalkan tanpa diketahui sebabnya, wallahu a'lam). Apa yang mengujakan apabila ketua Syiah Malaysia, "Hujjatul Islam" Kamil Zuhairi Abdul Aziz sanggup turun sebagai panel utama Syiah dalam dialog di Perak. Apa pun, berdasarkan pemerhatian dan penelitian penulis dalam siri-siri dialog tersebut, golongan Syiah dapat disimpulkan seperti berikut:


  • (Download MP3) Ustaz Nasim & Ustaz Aizam Berdepan Dengan Tokoh Syiah Malaysia

    Ustaz Nasim (Abu Naaielah): "Alhamdulillah semalam berlangsung dialog dgn pihak Syi'ah. saya bersama Ustaz Aizam Mas'ud berdepan dgn tokoh syi'ah m'sia Kamil Zuhairi bersama Dr Azmi seorang doktor homoepati di Kemunting Perak. Dengar bagaimana pihak syi'ah mengelak dari menjawab soalan dan berbelit2 lari dr tajuk.. Insyaallah video akan diberikan oleh pihak jaip kpd saya tidak lama lagi.."


  • [BARU TERBIT] Antara Sunnah Dan Bid'ah Oleh Syeikh al-Qaradhawi

    Tajuk buku: Antara Sunnah Dan Bid'ah
    Penulis: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
    Penterjemah: Muhammad Abdul Kadir Bin Sahak
    Halaman: 102m/s
    Harga: RM7.90 (SM) / RM8.90 (SS)
    Kod: PJ-2135


    Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya:


  • Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

    Parameter Pelaburan Emas


    Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia



    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:



  • PAS Itu Syiah? PAS Diresapi Syiah? Apa Penjelasan Ketua Pemuda PAS

    Petikan dari FB Ustaz Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat menjawab asakan sebahagian orang yang menuduh PAS sebagai sarang Syiah. PAS sebagai telah diresapi oleh Syiah. PAS juga dipaksakan untuk mengaku dengan semua yang dituduh itu. Mari kita baca apa penjelasan dari beliau. Kita pertimbangkanlah dengan akal yang waras:


  • Dengan Ilmu, Tiada Istilah Buang Masa

    Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz


    "Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan"


    Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan?


  • [Syarah Sahih Muslim] Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w.? Ke Syurga Atau Neraka?

    Oleh zain-ys (Berdasarkan syarah Sahih Muslim Maulana Mohd Asri)



    Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah



    Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”




  • Menangani Fir’aunisme


    Marwan Bukhari | Abduh Study Group | Islamic Renaissance Front



    Ali Shari’ati (1933-1975), seorang intelektual Islam yang ulung yang juga merupakan pakar sosiologi pernah  menegaskan betapa adanya “triniti sosial” yang selalu bergabung untuk melakukan penindasan dalam masyarakat. Fir’aun (kuasa), Bal’am (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga individu di dalam al-Qur’an yang telah dihuraikan oleh Shari’ati sebagai pewaris legasi Qabil dalam pergelutan antara haq dan batil, antara keadilan dan kezaliman. (Tugas Cendekiawan Muslim, diterjemahkan oleh Amien Rais daripada Man and Islam, Mashhad: University of Mashhad Press, 1982 – terjemahan daripada judul asal berbahasa Parsi)



    Di antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, terdapat kecenderungan mengenali simbol kekuasan dan politik dengan lebih dekat, iaitu Fir’aun, kerana menerusi perbincangan ini akan juga terserlah penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.



     


  • Reaksi Ekoran Diskusi Ilmiah Tentang al-Albani

    Dari facebook Ustaz Adlan Abd Aziz: Apabila ada sahabat-sahabat pendakwa salafi yg berpandangan positif pada kritikan dan diskusi ilmiah, ada sebahagian pula yang bangun dengan slogan 'jangan buang masa dgn perkara2 ini'! Saya tersenyum. Begitu sekali mereka ingin mengawal minda manusia yg telah matang dan bijak berfikir! Teruskan dan anda akan gagal!


  • Berhujah Tentang Negara Islam

    Ahmad Fuad Rahmat | Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front (IRF)


    Sejak bertahun yang lampau, banyak yang telah diulas dan diputuskan tentang “Negara Islam”. Sudut perhatian yang ketara, bagaimanapun, difokuskan terhadap polisi yang kontroversial yang bertaut rapat dengannya, seperti hudud dan polisi moral. Sedikit sangat ruang sebenarnya yang menggarap dan membincangkan apakah hakikat kerajaan Islam yang sebenarnya? Apakah corak yang terlakar pada kerajaan yang sepertinya? Apakah bentuk masyarakat yang diasaskannya? Adakah ia mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi?


     


  • Hijratul Rasul bukanlah satu perayaan suka-suka

    Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah


    بسم الله الرحمن الرحيم


    وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا


    “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


    – Surah al-Nisa’ ayat 100



  • [Video] Masalah: Masjid Tak Mesra Kanak-kanak & Masjid Berkunci

    Masalah masjid yang tidak mesra kanak-kanak:





    - Tidak membenarkan kanak-kanak sembahyang di dalam saf





    - Berpendapat bahawa ada hadis Nabi s.a.w. yang memerintahkan agar menjauhkan masjid dari orang gila dan kanak-kanak





    - Berpendapat bahawa saf jamaah terputus dengan adanya kanak-kanak dalam saf berkenaan.





    - Berpendapat bahawa kanak-kanak yang belum berkhatan ada najis pada kemaluannya.





  • Arguing About the Islamic State


    Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)



    Over the years, much has been said and judged about the “Islamic State”. A great deal of the attention, however, has fallen on controversial policies that are supposedly associated with it, such as hudud and moral policing. Little has in fact been discussed over what an Islamic Government is in the first place. What should such a government be like? What kind of a society would it produce? Will it be democratic?



    It was with the hope to further explore such questions that hundreds gathered at the main auditorium of the International Islamic University of Malaysia for the forum “Revisiting the Islamic State” on Wednesday night, 16 November 2011.



  • Menuju pilihanraya: Tribulasi demokrasi Mesir

    Meskipun Ikhwan Muslimin bukanlah punca utama tercetusnya revolusi 25 Januari 2011 yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan diktator Mubarak, sesiapa pun tidak mampu menafikan peningkatan mendadak sokongan dan populariti Ikhwan Muslimin, dan parti politiknya yang baru ditubuhkan, Hizb Hurriyyah wa ‘Adaalah, semenjak 25 Januari hingga kini.



    Selaku parti dan gerakan yang sehingga kini terbukti paling tersusun secara organisasi dan mempunyai ahli yang komited serta wawasan yang jelas dan Islamik, pengaruhnya di dalam masyarakat berjaya mengakar umbi, dan dijangkakan akan diberi kepercayaan besar oleh masyarakat untuk menjadi suara mereka di dewan Parlimen Mesir.




  • [Mantap!] Ulasan Buku Dr Farish A. Noor Tentang Perjalanan Sejarah PAS

    Islam Embedded—The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-003) [Islam Dipadu - Perjalanan Sejarah Parti Islam Se-Malaysia PAS (1951-2003)]


    Pengulas: Yoginder Sikand


    Penulis: Farish A. Noor


    Penerbit: Malaysian Sociological Research Institute (MSRI), Kuala Lumpur


    Tahun: 2004


    ISBN: 983-99866-8-6


    Dianggap oleh kebanyakan rakan Muslim yang lain sebagai ‘model’ terdekat sebuah negara Islam, Malaysia adalah negara berbilang kaum di mana penganut Muslim membentuk hampir enam puluh peratus dari populasi rakyat keseluruhan. Hampir semua etnik Melayu adalah Muslim, yang mana hasilnya Islam dan bangsa Melayu pada umumnya dilihat tidak dapat dipisahkan. Politik di Malaysia telah lama didominasi dengan wacana yang tertumpu pada isu agama dan bangsa, dan salah satu pemain utama dalam pentas politik Malaysia yang berliku adalah Parti Islam se-Malaysia (PAS); yang menjadi subjek perbahasan yang menarik dan mengujakan yang dibincangkan dalam buku ini oleh seorang penganalisis politik dan penggiat sosial di Malaysia Farish Noor.


  • Parlimen: Fahaman Wahabi Tak Sesuai Diamalkan Di Malaysia : Jamil Khir

    KUALA LUMPUR, 23 Nov - Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


  • Ini Rahsia Kejayaan Harimau Muda

    Oleh Ahmad Sharidan


    Kata-kata ini diucapkan oleh Pelatih Timnas Harimau Muda, Ong Kim Swee sebelum sepak mula final Sepak Bola Sea Games 2011 tempohari,
    They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.


  • Khutbah SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI - DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS

    TERJEMAHAN TEKS KHUTBAH JUMAAT OLEH DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS
    “SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI”
    Masjidil Haram, Makkah Mukarramah15 Zulhijjah 1432H /11 November 2011M


    Alih Bahasa Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki [Pembimbing Jemaah Haji Ash-Har Travel] Makkah Al-Mukarramah, 18 Zulhijjah 1432H.


  • Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

    Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus



    “Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.


    “Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.



    Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.