Berita dan Artikel

  • Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan


    Dr Ahmad Farouk Musa (Diterjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front )



    Barangkali apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikiran rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukan semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan Islamik, tetapi juga memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi.


    Lebih kurang seabad lalu, terbit harapan yang Islam akan menemui jalan untuk merancang sebuah sistem yang menyerasikan antara keimanan dan kemodenan.




  • Muhammad Asad tentang Alquran

    Ahmad Syafii Maarif


    Di antara mufassir Alquran kontemporer, almarhum Muhammad Asad patut dicatat sebagai salah seorang yang paling terkemuka. The Message of the Qur'an barangkali merupakan magnum opus (karya besarnya) yang dikerjakan seumur hidup dengan menetap di Arabia selama beberapa tahun. Terjemahan tafsir yang aslinya setebal hampir 1.000 halaman ini ke dalam bahasa Indonesia akan diterbitkan Mizan dalam tempo dekat ini. Dengan munculnya karya Asad dalam versi Indonesia, maka bertambahlah literatur tafsir Kitab Suci umat Islam ini.


  • Di Persimpangan Jalan

    Oleh ROZAID A.RAHMAN


    APAKAH negara kita sekarang sedang berada di persimpangan jalan? Tidak pasti yang mana satu yang hendak dituju? Sejak akhir-akhir ini kita semua berhadapan dengan pelbagai polemik, perdebatan, perbahasan dan perbalahan.


  • Hadith Sahih Mazhab kami - Imam al-Syafie

    Apabila berbicara mengenai persoalan Mazhab dan hadith, sudah tentu ramai yang akan memetik kata-kata Imam Syafie ini :


    إذا صح الحديث فهو مذهبي
    “Apabila berjumpa dengan hadith sahih, maka itu adalah Mazhabku”


    Terdapat juga catitan bahawa beliau pernah berkata :


    إذا صح الحديث خلاف قولي، فاعملوا بالحديث واتركوا قولي
    “Jika berjumpa hadith sahih yang bertentangan dengan pendapatku, beramallah dengan hadith tersebut dan tinggalkan pendapatku”


    Kenyataan ini juga dikaitkan oleh Ibn Abdul Barr dan Imam Sya’raani ditujukan kepada Imam Abu Hanifa. Malah ada beberapa Imam-Imam besar telah dikaitkan dengan kenyataan ini. Jelas menunjukkan bahawa kenyataan ini tidak dapat dicabar, malah para ulama’ salaf benar-benar memahami maksud kenyataan ini. Termasuklah dikalangan murid-murid mereka yang begitu tinggi ilmu pengetahuan mereka didalam Syariah Islamiyyah.


    Diantara beberapa kesilapan mentafsir kenyataan Imam Syafie ini adalah :-


    1. Apabila kita bertemu dengan kalam Imam Syafie yang bertentangan atau tidak selaras dengan hadith Nabi :saw, hendaklah kita meninggalkan kalam Imam Syafie.


    2. Pandangan Imam Syafie mengenai sesuatu itu boleh ditarjihkan, kerana kalam ini menunjukkan beliau sendiri mengaku tidak sempurna (maksum).


    3. Kalam ini juga menunjukkan bahawa ada kemungkinan Imam Syafie sendiri terlepas pandang beberapa hadith sahih semasa mengeluarkan sesuatu hukum.


    4. Kenyataan ini juga merupakan dalil bahawa Imam Syafie sendiri melarang taqlid kepadanya.


    Kenyataan Imam Syafie ini hendaklah di tafsir menurut ulama’-ulama’ yang benar-benar memahami hakikat sebenar kenyataan beliau. Dengan kata lain, kenyataan ini tidak boleh dinilai sebagai zahir sahaja, tetapi hendaklah dilihat pada makna yang tersirat.Kenyataan ini juga hendaklah ditafsir menurut kedudukan keilmuan beliau yang tinggi, dan bukan dari kaca mata kita yang dhaif ini.


    Imam al-Nawawi didalam muqadimah Syarah al-Muhazzab berkata : “Apa yang Imam al-Syafie katakan itu tidak bermaksud sesiapa sahaja yang melihat sebuah hadith sahih akan berkata : Ini adalah Mazhab al-Syafie, lalu mengamalkannya secara zahir. Apa yang beliau nyatakan itu hanya boleh diaplikasikan kepada seseorang yang mempunyai tahap mujtahid didalam mazhab. Syaratnya tidaklah bersangka bahawa Imam al-Syafie tidak tahu akan hadith tersebut atau tidak tahu kesahihannya. Perkara ini hanya mungkin terjadi kepada individu yang menyelidiki dan mendalami semua karya al-Syafie dan buku-buku pengikut al-Syafie, mereka yang mengambil ilmu pengetahuan melalui al-Syafie dsb. Ini merupakan syarat yang sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit sahaja yang dapat memenuhi syarat ini”


    Berkata Imam  Ibn al-Salah (Shiekh Abu ‘Amr) :


    وليس هذا بالهيّن فليس كلّ فقيه يسوغ له أن يستقلّ بالعمل بما يراه حجة من الحديث
    “Bukanlah  satu perkara yang mudah kepada setiap faqih bertindak secara sendirian dengan hanya melihat sesuatu hujah dari hadith” [‘Adab al-Mufti wal Mustafti’, ms118].


    Gambaran kata-kata Imam al-Nawawi dan Ibn Salah ini sangat jelas menunjukkan bahawa kalam Imam Syafie mempunyai maksud yang tersirat dan tinggi nilainya. Diantara kesimpulan yang dapat kita ambil dari kenyataan Imam Syafie ini adalah :


    1. Imam Nawawi rh mengatakan bahawa kalam Imam al-Syafie ini hanya boleh digunakan oleh mujtahid sahaja. Shiekh Taqiyudin al-Subki  mengatakan bahawa sangat sukar untuk mendapati seseorang yang boleh mencapai tahap itu pada zaman sekarang [Ma’na Qawl Al-Imam Al-Muttalibi Iza Sahha Al-Hadithu Fahuwa Madhhabi]. Kalaulah benar-benar wujud kepakaran tersebut, maka bolehlah berlepas diri dari pandangan Imam Syafie.


    2. Ini menunjukkan Imam al-Syafie sudah meneliti semasak-masak persoalan fiqh yang beliau bincangkan, pasti tidak ada nas-nas yang tidak benar, sehinggakan beliau sanggup mencabar dengan berkata, kalaulah benar ada yang bertentangan dengan hadith sahih, sila kemukakan. Ternyatalah pandangan Imam Syafie sangat kukuh sehingga kini.


    3. Kata-kata Imam Syafie ini juga menunjukkan bahawa beliau sangat faqih didalam bidang hadith.


    4. Ini merupakan kata-kata tawaddu’ dan merendah diri seorang Imam yang hebat. Janganlah kita mengambil kata-kata Imam ini secara zahir tanpa melihat maksud tersirat yang terkandung didalamnya. Kata-kata ini semata-mata menjadi satu pemisah diantara kitab beliau dengan al-Quran dan sunnah.


    5. Hampir semua Imam-Imam Mazhab dikaitkan dengan kenyataan ini menunjukkan bahawa kesemua Imam-Imam ini selagi boleh telah mengumpulkan semua maklumat yang benar didalam kitab-kitab mereka. Malahan, melalui ratusan tahun, kitab-kitab mereka ini dibawa oleh fuqaha’-fuqaha’ yang menjadi pelapis mereka yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tetap utuh. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Shiekh Zafar Ahmad Uthmani bahawa kata-kata ini menjelaskan bahawa Imam-Imam Mazhab ini mempunyai keupayaan didalam melihat nas-nas dan mempunyai pengetahuan yang luas didalam fiqh.


    Pada zaman sekarang ini, tidak mungkin ada yang boleh mengatakan bahawa seseorang faqih itu mempunyai pandangan yang rajih dari Imam-Imam empat ini. Tidak mungkin Imam Syafie dan Imam-Imam lain terlepas pandang beberapa hadith sahih, kerana mereka ini hidup dizaman periwayatan hadith dan mereka juga salah seorang dari perawi hadith di zamannya. Mana mungkin ulama’ sekarang yang hanya berdasarkan kitab semata-mata menilai semula atau mentahqiq pandangan Imam-Imam yang hebat ini. Seolah-olah Imam Taqiyudin al-Subkhi mengatakan agak tipis untuk melahirkan seseorang yang boleh mencabar pandangan-pandangan Imam-Imam ini pada zaman sekarang. WA.


    Sekian, wassalam 7 Zulhijjah, 3 Nov 2011


  • Feminisme Islam Zainab Al-Ghazali – Bahagian II

    Di sana, terdapat, suatu elemen sufistik yang kuat dalam susuk feminismenya. Elemen sufistik ini agak unik dalam konteks Mesir kerana ia mengapungkan pandang hagio-sentrik, berdasarkan ajaran atau contoh yang biasanya diterajui dan dipelopori oleh mistikus lelaki. Dalam kes Zainab al-Ghazali, pemimpin yang sering dirujuk dan dijejak inspirasinya adalah Hasan al-Banna, pendiri Gerakan Ikhwan [al-Ikhwan al-Muslimun]. Beliau malah pernah mengucapkan: “Saya telah mengikrarkan bai’ah yang utuh kepada Hasan al-Banna bahawa saya akan mati di jalan Allah…”


  • Beberapa Soalan Untuk Yang Menerima Kajian al-Albani

    Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz


    Soalan-soalan berikut adalah untuk anda (pengguna pendapat al-Albani dalam hadith) agar anda dapat menetahui sejauh mana anda telah menjadi seorang pengkaji yang tahu cara membuat kajian berbentuk perbandingan, atau anda sekadar pengikut dan pentaqlid semata-mata.


  • The Islamic Feminism of Zainab Al-Ghazali – Part II

    Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)





    There was, for one, a strong sufistic and spiritual element to her feminism. This sufistic element is particularly unique to the Egyptian context in that it was hagio-centric, based on the teachings or example of a usually male mystical leader. In the case of Zainab Al-Ghazali, the leader who she had turned to most for inspiration was Hasan Al-Banna founder of the Muslim Brotherhood [al-Ikhwan al-Muslimun]. She had even said once that “I have sworn an oath of fealty to Hasan al-Banna that I shall die in God’s path…” [1]



     


  • Kasihanlah….

    “Demi jiwa dan Tuhan yang menyempurnakan (ciptaan)Nya, lalu mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketakwaaannya; sesungguhnya berjayalah sesiapa yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang merosakkan (dan mengotorkan)nya.” (Surah asy-Syams 91: 7-10)


  • Murtad: Sudut Pandang Anak Muda

    Oleh: Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman


    Sebenarnya saya agak keliru nak letak tajuk apa bagi artikel cetusan pemikiran kali ini, namun, fokusnya satu – gejala murtad dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Dah lama sebenarnya nak karang pasal ini, cuma idea tak tercetus secara ‘lengkap’. Alhamdulillah, sekarang rasa ok nak sebut pasal hal ini mengikut perspektif saya sebagai umat Islam yang masih kurang ilmu, yang pastinya orang boleh terima, boleh tak nak terima. Terpulang. Soalan yang sering diajukan oleh masyarakat: Kenapa berlakunya kes-kes murtad dalam kalangan umat Islam pada akhir zaman ini? Apakah puncanya? Salah siapa?


  • Sunan Abi Daud: Batalkah Wudhuk Kerana Menyentuh Isteri

    Kuliah penuh syarah Sunan Abi Daud oleh Maulana Mohd Asri Yusoff berkenaan apakah batal wudhuk bila menyentuh isteri berdasarkan tajuk Bab: Wudhuk Kerana Mencium Isteri


  • TGNA Betulkan Kekeliruan Karpal Tentang Hudud

    Dari FB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat:
    Saya tertarik dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh YB Karpal Sing seperti yang tersiar di dalam portal berita Malaysiakini. Katanya, hudud boleh menyebabkan penjenayah terlepas kerana pembuktian empat orang saksi yang sukar diperolehi. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memantapkan kefahaman mereka.


  • Perumusan Semula Demokrasi Islam oleh Ghannouchi

    Dr Ahmad Farouk Musa [Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front]


    Perkembangan dunia Islam sejak revolusi Iran pada 1979 telah memperlihatkan dengan jelas bahawa perhubungan antara demokratisasi dan kebangkitan Islam adalah fenomena yang kompleks; dan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam dinamika politik yang melingkari dunia Islam kontemporer. Bagi kebanyakan manusia di Barat, konsep “Demokrasi Islam” mungkin, merupakan suatu fahaman yang jengkel.



  • Ghannouchi’s Reformulation of Islamic Democracy

    Dr Ahmad Farouk Musa


    Developments in the Islamic world since the Iranian Revolution in 1979 have clearly demonstrated that the relationship between democratization and the Islamic resurgence is complex; and is a very important element in the political dynamics of the contemporary Muslim world. For many in the West, the concept of “Islamic democracy” is perhaps, anathema. Since democracy is in essential, a contested concept; it is imperative to understand the perception of democracy within the movements of the current Islamic resurgence. In the Muslim world, this contestation raises the challenge of defining Islamic democracy in a way that is appropriate both to the demands of the increasing popular political participation and to the desire to establish a clearly and authentically Islamic polity.




  • Tak Wajib Terikat Dengan Satu Mazhab Sahaja

    Dalam kebanyakan masalah, mazhab Hanafi menjadikan Ibnu Mas'ud r.a. sebagai sumber rujukan utama. Manakala mazhab al-Syafi'i pula menjadikan Ibnu Abbas r.a. sebagai rujukan utama. Namun dalam masalah menyentuh isteri ketika berwudhuk masing-masing mazhab bersilang mengambil rujukan. Mazhab al-Syafi'i mengambil pendapat Ibnu Mas'ud r.s. dan Mazhab Hanafi mengambil pendapat Ibnu Abbas r.a.


  • Tentang Muslim Taksub dan Melayu Radikal

    Oleh: Dr Ahmad Farouk Musa (Diterjemah daripada artikel asal “Of Muslim Bigots and Malay Zealots” oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front)



    Setelah hangat digembar gembur, rapat umum Himpun di Stadium Shah Alam akhirnya bukanlah suatu perisitwa yang historik. Kehadiran yang dingin yang hanya berhasil menarik sekitar lima ribu jiwa yang dahaga merupakan suatu kegagalan mutlak dari segi jangkaan untuk mengerahkan satu juta umat.



  • Konon Perangi Taqlid.. Tapi Tanpa Sedar Diri Sendiri Adalah Pentaqlid Tegar

    Satu perkara yg perlu difikir bersama oleh para protaz khasnya para salafi moden - anda meminta masyarakat jgn taqlid tp anda taqlid kpd Syeikh al-Albani.


  • KTS Dakwa Suami Boleh Lakukan Hubungan Jenis Secara Roh

    Apa sudah jadi? Sila baca petikan kulit belakang buku Seks Islam terbitan Kelat Taat Suami:
    "
    Selaku pemimpin roh, kebolehan yang Allah izinkan kepada mereka ialah boleh serentak dengan semua isteri-isteri melakukan hubungan jenis. Manakala kalau isteripun orang roh, lagilah hebat. Ke mana-mana terbang untuk atau sambil melakukan hubungan sulit itu dalam keadaan lebih nikmat dan lebih ringan dibanding dengan perlakuan yang menggunakan fizikal. Untuk itulah Abuya sedang proses isteri-isterinya ke arah roh."
    [Petikan Buku Seks Islam terbitan KTS]


  • Dr Maszlee: Nilai Ilmu dan Kehormatan Para Ilmuwan

    1) Ketika saya berada di Universiti Al Bayt,di Mafraq Jordan untuk pengajian pra-siswazah, kami mempunyai seorang pensyarah yang amat diminati dan disayangi oleh para pelajar, termasuk juga pelajar-pelajar non-Muslim. Beliau adalah Dr Bahjat. Beliau disukai kerana sikap terus terang, jujur, berani dan ketegasannya di dalam menyampaikan kebenaran dan mesej Islam. Sebelum saya menyudahkan pengajian, dia pernah bercerita kepada kami bagaimana beliau telah diminta surat tunjuk sebab, dipanggil ke ibu pejabat Mukhabarat (SB) di Amman, diugut dan diberikan tekanan kerana kelantangannya.


  • Dua Wajah Islam Literal di Malaysia

    Oleh: Dr Ahmad Farouk Musa |(Diterjemahkan daripada artikel asal “Malaysia’s Two Faces of Literal Islam” oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front)




    Dunia Islam dalam rangka idealoginya tidak bersifat monolitik dan terpadu dalam lingkungannya spektrum dan perspektif jamak yang berkisar daripada satu sudut ekstrim kepada sudut yang lain. Era milenium yang baru menyaksikan persaingan antara pelbagai kumpulan idealogi yang mewakili interpretasi berbeza tentang agama Islam. Tanpa mengambil kira kerencaman ideologi dalam mazhab Islamisme, persamaan utama yang dikongsi bersama adalah diskursif politik dan etika yang bertujuan mematahkan wacana yang dilancarkan oleh musuh mereka.





  • Apa Yang Boleh Dipelajari dari Steve Jobs: Pakar Dalam Bid'ah Hasanah Abad Ini

    Oleh Abong


    Saya bukanlah pengkagum kepada Steve Jobs. Saya lebih mengagumi Nabi kita Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Apalah sangat Steve Jobs jika dibandingkan dengan 4 Imam Besar Mazhab dan juga Khalifah Umar Abdul Aziz, saya lebih mengagumi mereka semua berbanding Steve Jobs.



     Namun dunia sekarang memang terasa kehilangan Steve Jobs diatas kehilangannya. Bagi saya dia boleh dikategorikan antara insan yang hebat kerana mampu meninggalkan kesan sebagai seorang innovator yang berjaya.


  • [Terkini] Kemaskini Maktabah Syamilah Ke Versi 3.46

    Jika anda masih menggunakan Maktabah Syamilah versi lama, kini tiba masanya untuk menaik taraf ke versi 3.46. Ia boleh dimuat turun di sini [LINK]


    Berikut ini kemaskini untuk versi 3.46: