Berita dan Artikel

  • Menilai Kembali Negara Islam – Bahagian II

    Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)





    Romantisisme Khilafah dan Demokrasi



    Saya boleh menerima sekiranya terdapat seruan untuk mencontohi ketelusan dan kebijaksanaan para pemimpin Muslim yang terdahulu seperti Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman al-Naashir (Sepanyol), Sultan Muhammad al-Fateh dan lain-lain, namun sungguh ajaib apabila masih kedengaran suara yang menyatakan bahawa masalah umat Islam pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi satu kalimah, Khilafah!



    Simplistik dan keterlaluan dalam romantis terhadap zaman kegemilangan umat Islam hingga lupa bahawa zaman sudah terlalu banyak berlaku perubahan, begitu juga keadaan sesebuah negara, peraturan antarabangsa, sosio-ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya.



  • Dakwat Kekal: Fatwa Negeri Pahang

    Huraian Tajuk/Isu:
    ISU PENGGUNAAN INDELIBLE INK:


    1. Oleh kerana komposisi bahan asas dalam Indelible Ink adalah Silver Nitrate yang memberi kesan coklat kehitaman pada kawasan jari dan kuku yang dicalit. Ia telah menimbulkan beberapa persoalan. Adakah dakwat tersebut menembusi kulit dan menjadi sebahagian daripada kulit atau sekadar menyalut bahagian luar kulit.Pertukaran warna kulit bukan isu sebenar ketelapan air. Jika diperhatikan, kesan warna kulit turut berubah gelap kemerahan apabila kulit terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari (sunburn) kerana tindakbalas pigmen kulit manusia. Perubahan ini tidak menjejaskan sama sekali air untuk sampai kepada kulit.


  • Feminisme Ditinjau daripada Lensa Islamis


    Oleh Dr Ahmad Farouk Musa




    Diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir daripada “Feminism Through the Lens of the Islamists” | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)




    Diskusi pasca-modernisme tentang feminisme Islam adalah lapangan yang tidak lazim diterokai oleh kebanyakan tokoh Islamis. Dan sekiranya mereka dihadapkan dengan cabaran dalam wacana sepertinya, mereka cuba mengalihkannya kepada hujah yang berunsur retorik.



    Salah satu dari retorik yang biasa terdengar daripada sebahagian kelompok Islamis adalah al-Qur’an telah mengurniakan hak kepada wanita lima belas abad yang lalu dengan kemajuan yang besar berbanding situasi wanita di tanah Arab sebelum kedatangan Islam, maka apa lagi yang perlu diperjuangkan. Apa yang gagal difahami oleh kebanyakan golongan Islamis, atau mungkin sengaja diketepikan, adalah kenyataan bahawa  hak wanita dalam Islam mula merudum dan kembali ke zaman jahiliyah selepas kewafatan Rasulullah.




  • Dakwat Kekal: Apa Yang Perlu Anda Tahu

    Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


  • The Islamic Feminism of Zainab Al-Ghazali – Part I

    Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)



    Feminism is always a challenge for any community. This is because feminism, in essence, is more than just about the right for women to vote, drive or work. Feminism is ultimately about gender justice, and the improvement of the status of women and their empowerment, individually and collectively. Thus, while it is true that particular demands for changes in policy can be made and deadlines can be set, the question of whether those policies are just, and more importantly, empowering, is a more difficult question to answer.



  • Memperlekehkan Mazhab - Fahaman Yang Merugikan!

    Oleh alitantawi


    Terkadang kita merasa hairan dengan sebahagian ilmuan yang sentiasa menggambarkan kepada masyarakat bahawa Islam itu 'mudah' lagi 'memudahkan' tapi dalam masa yang sama mereka 'menyusahkan' dan 'menyempitkan'. Memang ia menghairankan!


  • Menilai Kembali Negara Islam – Bahagian I

    Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)



    Sejak kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20, umat Islam seakan-akan hilang arah. Kejatuhan Khilafah dianggap sebagai sangat bermasalah sekalipun umat Islam sudah bermasalah beratus-ratus tahun yang lampau dalam keadaan mereka “dipayungi” Khilafah. Pada awal abad ke-20 itu juga kegiatan kolonialisasi oleh golongan Barat berlaku dengan hebat, bumi umat Islam difaraidkan sesuka hati antara mereka, dan hal ini sangat menggusarkan cendikiawan Islam pada masa itu.



  • Mufti Mesir : Zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud!

    Oleh: Shamsul Muda




    Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.



    Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.



    Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.



  • Hudud Laws: Between the Literal and the Implicit

    Edry Faizal Eddy Yusoff | Ahmad Fuad Rahmat | Fellows, Islamic Renaissance Front (IRF)




    The hudud controversy has now returned to the eyes of the media after it was discussed at the National Syariah Seminar sponsored by the Department of Islamic Affairs of Kelantan. Pas indeed had taken a step forward in their comprehensive proposals for a welfare state but their preoccupation with the hudud issue clearly shows that they are still stuck in the framework of antiquarian politics.



    For this evidently shows that the Hudud laws are still a crucial part of their raison d'etre. It doesn’t look likely that this will change, since evoking the hudud is a convenient way to claim that they are the real fighters for Islam in Malaysia, as opposed to UMNO. It also somehow implies that the Islamic credentials of any party somehow hinges on their willingness to apply hudud laws.



  • Hudud: Antara yang Tersurat dan Tersirat

    Oleh Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic Renaissance Front [IRF]








    Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.



    Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO.  Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.



  • Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya?

    "Seringkali mereka yang melakukan ibadat Umrah bertanya-tanya diantara mereka mengenai jumlah umrah yang telah mereka tunaikan. Ini merupakan satu fenomena sudah pasti berlaku pada setiap musim Haji dan Umrah. Artikel ringkas kali ini cuba melihat secara kasar apakah amalan Umrah berkali-kali ini merupakan amalan yang utama semasa seseorang itu menziarahi Makkah"



  • Saya, Anda dan Sikap Suka Bertangguh Kita

    Oleh: Abong


    Bagaimana Menghadapi Sikap Bertangguh-tangguh
    Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (39) - Maryam


    Dalam hidup kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka bertangguh. Apakah perkara itu? Untuk saya, anda dan orang lain, mungkin ia perkara yang berbeza diantara kita. Sama ada kerja atau urusan berkaitan kerja di pejabat, perhubungan, keluarga, kesihatan; kesemuanya termasuk dalam kategori urusan yang kita suka menangguhkannya. Pada hakikatnya kita sedar ia adalah perkara yang penting, tetapi kita pasti bijak mencari idea untuk menangguhkannya.


  • Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan
    Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)


    Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar.


  • Fenomena gerakan tawhib (mewahabikan orang)

    Dalam banyak-banyak fenomena, "gerakan tawhib" adalah salah satu fenomena yang jelas menunjukkan betapa implikasi hati yang rosak itu bertindak. Bak kata pepatah, 'membujur lalu melintang patah', golongan ini tanpa menghiraukan sesiapapun, apapun keadaan dan situasi yg sebenar, faktanya, kesahihannya..hanya jika boleh dikaitkan dengan Wahhabi maka dicoplah orang yang dituduhnya itu Wahhabi walaupun mungkin orang yang dituduh langsung tidak tahu menahu apa itu Wahhabi, bahkan mungkin orang itu juga sebenarnya adalah penentang Wahhabi! (Ust Aizam Mas'ud)


  • Naik taraf Maktabah Syamilah Anda Ke Versi 3.45

    Masa untuk menaiktaraf Maktabah Syamilah anda ke versi terkini, versi 3.45. Hanya berukuran lebih kurang 12 MB boleh di muat turun di sini [LINK..]


    Terdapat beberapa perkara yang dikemaskini untuk versi ini, antaranya ialah perbaikan pelbagai perkara kecil, memperbaik dan meningkatkan kepantasan proses import serta menyertakan sekali dengan simbol-simbol font. Diikutsertakan juga font unicode Majma’ al-Malik Fahd, untuk font resam Othmani Hafs.


  • Berjalan Semasa Tidur di Siang Hari

    Oleh: Abong

    (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah (matlamat dan pandangan) dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. - Ar Ruum, 30


  • Kita Adalah Bekas Tanah Jajahan British: Respon kepada Dr. Zainal Kling dan MPN

    Oleh Ahmad Fuad Rahmat|Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front (IRF)


    Dr Zainal Kling bersama Majlis Professor Negara (MPN), yang mendakwa mempunyai jumlah keahlian sehingga 1500 orang, baru-baru ini berhujah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British. Seperti yang dilaporkan Malaysiakini[1] dan Berita Harian[2], inti utama hujah mereka adalah seperti berikut:



  • We Were a British Colony: A Response to Dr. Zainal Kling and MPN


    By Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)




    Dr. Zainal Kling together with Majlis Profesor Negara (MPN), which claims up to 1500 members, recently argued that Malaysia was never colonized by the British. As reported in Malaysiakini [1] and Berita Harian [2], Their argument in essence reads as follows:



  • Kenyataan Media IRF: Sepuluh Tahun Setelah 11 September: Masanya untuk Meninjau Semula

    11-09-2011


    Dalam dekad lalu, kita telah melihat bagaimana kemusnahan dan keputus-asaan akibat daripada serangan 11 September telah bertukar menjadi perang sejagat.



    Sekurang-kurangnya, ia telah meninggalkan kesan bagi penganut Islam dan bukan Islam dengan sikap saling menaruh kebencian dan syak wasangka, paling tidak pun rasa sinis terhadap harapan untuk memulihkan keamanan. Permasalahan ini menjadi lebih genting kerana kita tidak melihat kemungkinan untuk mengharapkan perubahan atau kemajuan terhadap pertikaian ini dalam waktu terdekat.


  • Timb. Mufti Perak - Tragedi Bukit Kepong: Hormatilah Mayat!

    Oleh: Hj Zamri Hashim | Timbalan Mufti Perak |Timbalan YDP Ikatan Muslimin Malaysia (Perak)

    Salah satu ciri keindahan ajaran Islam ialah ia adalah satu cara hidup yang mengatur hubungan sesama manusia bukan sahaja semasa masih hidup, bahkan ada beberapa adab yang perlu dipertahankan walaupun sesudah kematiannya. Antara adab yang perlu dijaga tetapi sejak-sejak akhir-akhir ini semakin tidak diendahkan ialah pencabulan terhadap kehormatan maruah mayat lebih-lebih lagi apabila mayat berkenaan adalah mayat orang Islam. Dalam media cetak seperti suratkhabar, majalah mahupun media elektronik seperti laman sesawang dan tulisan-tulisan blog sejak-sejak akhir ini semakin tidak menghiraukan adab-adab yang perlu dijaga dengan orang-orang yang telah mati ketika membuat ulasan mengenai isu sensasi peristiwa serangan Bukit Kepong.


  • [Download] Video Al-Qaradhawi; Menurut Pandangan Pencintanya

    Tajuk: Al-Qaradhawi; Menurut Pandangan Para Pencintanya (القرضاوى فى اعين محبيه)
    Bahasa: Arab
    Sarikata: Tiada
    Durasi: 00:32:54
    Terbitan: Channel Iqra'