Berita dan Artikel

  • Darul Ifta’ Mesir : Penduduk UK boleh berbuka sebelum tenggelam matahari!

    Ada satu persoalan menarik tentang puasa. Persoalan ini berkaitan secara langsung dengan umat Islam di sesetengah Negara Barat. Iaitu, waktu berpuasa yang menjangkau hingga ke 18 jam sehari! Persoalannya, bagaimanakah umat Islam di negara tersebut berpuasa?


  • Penjelasan Kepada Pelayar al-ahkam.net tentang “Akta Jenayah Agama”

    Berdasarkan kenyataan Islamic Renaissance Front (IRF) melalui Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi dan Pengarahnya, yang di siarkan di al-ahkam.net [LINK] berkaitan akta jenayah agama, terdapat reaksi dari pengunjung al-ahkam.net dan warga grup maya Islam lainnya.


    Kenyataan IRF ini dibuat ekoran dari pemeriksaan oleh pihak JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Serbuan berkenaan dibuat berdsarkan aduan bahawa terdapat umat Islam di dalam gereja ini yang didakwa akan dimurtadkan.


  • Blog Screwkuat69 Siarkan Video JAIS Periksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)

    Blog  Screwkuat69 yang sebelum ini memaparkan bahagian pertama video pemeriksaan JAIS ke atas DUMC, hari ini memaparkan bahagian keduanya.


    Dari video ini kita akan dapat menonton pegawai JAIS berunding dengan pihak penganjur mahu kepastian samada ada ataupun tidak orang Islam dalam majlis ini. Dan ada juga babak pegawai JAIS bertanya sesuatu kepada penganjur tentang apa yang tertulis di dalam sehelai dua kertas yang tertulis Alhamdulillah dan Allahu Akbar.


  • AWAS!! KKM Kesan 40 Minuman Kopi Beracun!

    Cuba semak betul-betul, apakah kopi yang anda minum tersenarai..?
    Eksklusif Berita Harian 15 Ogos 2011:
    Kopi beracun


    Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.


    Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.


  • Kiamat bermula Ramadhan tahun depan?


    "Ramai yang berbicara mengenai kiamat yang akan berlaku pada tahun 2012 dengan dikatanya terbongkarnya kod rahsia dari Perjanjian Lama, pendedahan kalendar kaum Maya dan fenomena Planet Nibiru. Diperkuatkan lagi dengan hadith suara atau jeritan kuat pada pertengahan Ramadhan 2012 yang kebetulan berlaku pada hari Jumaat. Apakah sikap kita apabila berdepan dengan perkhabaran ini?"





     


  • Tak Tepat Kata Islam Itu Semata-mata Hujah

    Islam tertegak atas al-Quran dan kekuasaan – Ustaz Hazizi


    BANGI, 10 Ogos – Pandangan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah semata-mata adalah satu pandangan yang tidak tepat dan dikhuatiri boleh membawa kepada salah faham masyarakat terhadap hakikat sebenar agama Islam.


  • Hadis-hadis Popular (8): Kamu telah berbuat baik!

    Ia adalah sabdaan Rasullullah s.a.w. kepada Ali Karramallahu Wajhah ketika beliau diarahkan agar melaksanakan hukuman sebat ke atas seorang penzina wanita, dan didapati penzina itu sedang nifas (baru melahirkan anak). Lalu beliau menangguhkan hukuman berkenaan sehingga wanita itu selesai menjalani masa nifasnya.


  • Jawapan IRF Berhubung Isu Undang-undang Murtad

    14-08-2011



    First of all, thanks for all the comments. An overall view clearly seems like the netters missed the woods for the trees.



    The essence of the statement is to say that state has NO business whatsoever in matters concerning faith. Faith is a personal issue and state should abstain from trying to enforce its authority in such matter. The Qur'an was silent on the worldly punishment for apostates. So any forms of punishment is deemed against the spirit of the Qur'an as the main principle is "There shall be NO coercion in matters of faith" [2:256]



     


  • Hadis-hadis Popular (7): Cintailah sesama manusia sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri.

    Dari Yazid bin Asad, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Cintailah sesama manusia sebagaimana kamu mencinta dirimu sendiri.


    (Sahih) (Al-Bukhari - At-Tarikh)


  • Ada bezakah antara tunjuk perasaan dan rusuhan?

    Demonstrasi: Aman dan teraturTunjuk perasaan
    Tunjuk perasaan atau demonstrasi ialah perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai secara aman. Bentuk-bentuk tunjuk perasaan termasuklah perhimpunan dan perarakan. [wikipedia.org]


    Rusuhan
    Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.


  • Artikel Dakwah: Nabi Yunus a.s. Itu Dekat Dengan Kita

    Oleh Solleh Al-Fatimi


    Penat, letih, sakit, sedih, putus asa, mengalah, tidak bersemangat, rasa keseorangan tiada penyokong dan pelbagai lagi perasaan yang sering melanda diri kita tatkala berhadapan dengan ujian dakwah. Kadang-kadang diri terduduk lantaran bayu ujian menerjah diri. Kadang-kadang tangan penat menabur baja akibat tangan lain berterusan menabur racun. Mematikan pohon harapan. Namun apa yang harus diri ini lakukan? Apakah diri ini harus melangkah ke belakang. Meninggalkan pohon harapan yang terpikul dibahu. Atau terus memikulnya dan membajainya sekalipun diri penat dan sedih sudah menjadi sahabat karib.


  • Kedudukan Al Hadits Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam

    Kertas kerja yang mengandungi hujah al-Sunnah adalah sumber kedua Islam. Ia wajar dibaca oleh setiap muslim yang mencintai sunnah Rasulullah s.a.w.  Terutamanya ketika masih ada lagi di sana kelompok yang meragui kehujahan Sunnah sebagai sumber kedua Islam selepas al-Quran. Di samping golongan orientalis ada juga golongan ini yang mengaku dirinya Islam tetapi meragui dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam tentang hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Kertas kerja ini ditulis sekitar tahun 1995, namun isinya masih terus relevan untuk dibaca.


    Anda juga boleh memuat turun audio pembentangan oleh penulisnya sendiri iaitu Maulana Mohd Asri Yusoff dari darulkautsar.


  • Hadis-hadis Popular (6): Carilah yang baik dalam mencari dunia

    Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan carilah yang baik dalam mencari dunia. Sesungguhnya satu jiwa tidak akan mati hingga terpenuhi rezekinya sekalipun tersendat-sendat. Bertakwalah kepada Allah, carilah yang baik dalam mencari dunia, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram."


    (Sahih) (Sunan Ibnu Majah - Kitab Tijaraat - Bab al-Iqtishad Fil Ma'isyah: 2135, 2133)


  • Feminisme, Persamaan Gender dan al-Qur’an

    Oleh Ahmad Nabil Amir (PhD Usuluddin)
    Diterjemahkan daripada artikel "Feminism, Equality and the Qur’an"oleh Dr Ahmad Farouk Musa.


    Terdapat banyak tafsir yang muncul sepanjang zaman, tetapi sedikit yang menekankan tentang isu persamaan gender seperti yang diketengahkan dalam al-Qur'an. Banyak pentafsir yang gagal menjarakkan diri mereka daripada rangka pandang misoginis yang dominan dalam masyarakat mereka ketika mengusahakan tafsiran al-Qur'an. Tafsiran mereka berdampak kukuh dalam pemikiran Muslim hari ini dan dianggap sebagai puncak kebenaran yang mana tafsiran lain dianggap sebagai pendobrak atau, lebih buruk, zindik.


  • Hadis-hadis Popular (5): Peliharalah diri kalian dari neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebutir kurma

    Dari 'Adiy bin Hatim r.a berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Peliharalah diri kalian dari neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebutir kurma". (Sahih) (Muttafaq Alaih dan lafaz riwayat al-Bukhari)


    [Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]


  • Nak Tahu Ke Mana Zakat Diagihkan? Baca Laporan Ini

    Oleh zain-ys


    Ke mana wang zakat diagihkan? Mungkin laporan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh memberi gambaran umum mengenainya.


    Pada tahun 2010 kutipan zakat LZS sebanyak RM336.8 Juta dengan bilangan pembayar sebanyak 167,990 orang. Agihan pula sebanyak RM330.3 juta dengan bilangan penerima sebanyak 287,101 orang.


  • Hadis-hadis Popular (4): Takutilah pada firasat orang mukmin

    Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah."
    Lalu beliau membaca: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Al Hijr: 75)


  • [Video] Tahukah Anda Bagaimana Zakat Diurus dan Diagihkan?

    Oleh zain-ys


    Kita tahu bagaimana zakat dikutip dan mungkin kita adalah salah seorang dari pembayar zakat itu sendiri. Namun kita kurang tahu bagaimana zakat diagih-agihkan.


    Berikut ini adalah paparan video yang mengandungi maklumat tentang pengagihan zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dengan menontonnya, kita akan dapat gambaran sepintas lalu bagaimana dan ke mana wang zakat disalurkan. Di bawahnya pula adalah maklumat ringkas senarai jenis-jenis bantuan LZS untuk asnaf zakat.



  • Hadis-hadis Popular (3): Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi

    Ibnu 'Abbas r.a. berkata; Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam berkata, kepada Mu'adz bin Jabal r.a. ketika Baginda mengutusnya ke negeri Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab, jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka untuk bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka telah mentaati kamu tentang hal itu, maka beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka shalat lima waktu pada setiap hari dan malamnya.


  • ‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!
    By Shahmuzir

    Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.



  • Hadis-hadis Popular (2): Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian

    Dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian."


    (Sahih) (Sunan Abi Daud, Kitab Talaq: 1863, diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabrani dalam al-Kabir dan Ibnu Adi dalam al-Kamil)


    [Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]