Berita dan Artikel

  • Kurang penghayatan sunnah dalam berakhlak punca huru hara dalam dunia keilmuan

    Oleh: Lukhman Abdul Taib


    Penyakit sesat-menyesatkan kian menular dalam diri penuntut ilmu. Dengan kemudahan informasi di hujung jari, penyakit ini semakin parah dan terus menerus merebak dalam diri setiap pelajar.


    Sudah pasti, yang menjadi mangsa ialah orang awam dan pelajar itu sendiri. Penyakit yang ditulari menyebabkan mereka sukar dalam berkomunikasi dengan dunia, kerana kurang selidik dalam menilai seseorang.


    Lebih malang lagi, bidang agama bukannya bidang pengkhususan buat pelajar itu. Maka, semakin bingung pelajar itu dengan dunia yang dilihatnya. Itu sesat, ini sesat, semuanya sesat, hanya kerana sekelumit ciri yang ada pada seseorang! Siapa lagi yang tidak sesat menurut kaca matanya?


  • 4 Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

    Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.


    Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  Mereka ialah:



  • Kau Bukan Ustaz, Elok Kau Diam

    Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz


    Ada satu penyakit dalam kalangan mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Penyakit ini pasti bukanlah berlaku kepada semua, tetapi wujud pada sebahagian mereka.


    Penyakit itu ialah menutup mulut orang-orang yang bukan 'ustaz/ustazah' untuk memberikan pandangan dalam ilmu agama atau menyumbangkan tenaga dalam dakwah. Alasannya hanyalah 'kau bukan ustaz, kau bukan ustazah'.


    Adakah ini alasannya untuk kita menafikan dan tidak memberikan hak untuk mereka yang bukan ustaz/ustazah untuk bercakap? Seharusnya kita mencari banyak lagi alasan lain untuk menegur mereka. Sebagai contoh, kemukakan kesalahan mereka - dalam ucapan atau penulisan - maka tegurlah mereka berdasarkan kesalahan mereka tadi dan perbetulkan.


  • Kematian adik saiful, apa ceritanya?

    Kematian adik saiful, apa ceritanya?


    Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.


    Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )


  • [BARU TERBIT] Biografi Ulama Sunnah India

    ulamaindia


    Tajuk Buku: Biografi Ulama Sunnah India


    Penulis: Muhammad Abdulloh Suradi
    Halaman:
    127m/s
    Harga:
    RM8.90
    ISBN: 978-967-308-276-6



    Buku ini menghimpunkan 8 biografi ulama sunnah di India. Hubungan keagaman antara Benua India dengan rantau Nusantara sudah terjalin sejak sekian lama. Begitu juga hubungan keilmuan Islam antara negara India sendiri dengan Tanah Melayu kita sudahpun melakarkan sejarahnya yang tersendiri.


  • [GEMPAAAQ!] Pengikut Syeikh Rabi' Calonkan Diri Jadi Presiden Mesir!

    Syeikh Mahmud Amir, seorang pengikut Syeikh Rabi' seorang syeikh dari aliran keras mengisytiharkan melalui webnya bahawa dia mencalonkan dirinya sebagai Presiden Mesir. Menurut katanya, ia adalah demi Allah kemudian demi rakyat Mesir.


  • Artikel Orang Muda: Berlapang Dada Tetapi Tegas!

    Hakikatnya, jika kita memerhatikan insan di sekeliling kita maka kita akan dapati sememangnya insan terbahagi kepada banyak ‘jenis’. Ada yang berlapang dada dengan selapang-lapangnya, ada yang agak keras tetapi tidak begitu tegas, ada yang keras dan tegas, tidak kurang juga yang berlapang dada tetapi tegas. Maka, sudah pasti akan ada yang bertanya antara kesemua ini, manakah yang terbaik untuk menjadi prinsip kita?




    Secara peribadi saya, prinsip yang saya pegang adalah seperti dalam tajuk di atas. Berlapang dada tetapi tegas. Apakah itu berlapang dada? Menurut kefahaman saya, ia merujuk kepada keterbukaan kita dalam menerima dan menghormati pandangan, pegangan dan hujah orang lain dalam sesuatu perkara manakala ketegasan pula merupakan refleksi kepada sikap kita terhadap sejauh mana kita berpegang dengan manhaj, metodologi dan prinsip kita itu.



  • [BERITA BAIK!!] Ikhwan, Salafi dan Tabligh Sepakat Bersatu

    Para ulama Badan Perwakafan, Al Ikhwan Al Muslimun, Salafi, Jama’ah Al Islamiyah serta Jama’ah Tabligh berkumpul di Aswan Mesir untuk membentuk sebuah badan yang berfungsi untuk menyatukan umat Islam di Mesir, dari berbagai komunitas dan organisasi, demikian lansir onilsam.net (3/4)


  • Pengharaman poco-poco : Ambil kira realiti di Malaysia, bukan di Jamaica

    Seperti dijangka, Jawatankuasa Fatwa Perak mengharamkan tarian poco-poco kerana ia merupakan ‘cara ibadat bukan Islam’. Ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Perak, Sohibus Samahah, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau dipetik sebagai berkata, "saya kata haram sebab itu (tarian poco-poco) berasal dari cara ibadat bukan Islam, walau apa jua tujuan yang kita buat termasuk senaman, ia tetap haram". (Lihat: themalaysianinsider.com) Secara prinsipnya, tata cara ibadat bukan Islam, memang tidak boleh dipraktikkan oleh umat Islam. Ini kerana, Islam menegah penganutnya menyerupai perlakuan yang khusus bagi bukan Islam.


  • [DUNIA BUKU] Ancaman Neraka & Kesengsaraannya

    Tajuk Buku: Ancaman Neraka & Kesengsaraannya

    Penulis: Ibnu Rejab al-Hanbali

    Halaman: 262m/s

    Harga: RM56.00 (hardcover)

    Kod: PJ-1970


  • Q&A with Bahrain Sunni leader: Shias seek to create state loyal to Iran

    Dr. Abdullatif al-MahmoodBahrain's Shias seek the overthrow of the country's Sunni leadership in an effort to create a Shia state loyal to Iran, National Unity Gathering spokesman Dr. Abdullatif al-Mahmood told Al-Masry Al-Youm. Al-Mahmoud accused Tehran of bolstering Shia movements in Saudi Arabia, Kuwait and Bahrain in an attempt to control the Gulf region.


    He described Iran as radical and revolutionary while accusing the US of aiding the Shia regional power in its plot to gain control of Gulf oil reserves.


    In Al-Masry Al-Youm's exclusive interview, al-Mahmoud warned of the spread of Shia ideology in Islamic countries, calling on Sunni states to unite to confront the threat posed.


  • [Video] Biar Betul..! Kerana Kuburan Gang Sufi Dan Gang Syiah Bersatu Lawan Salafi Di Mesir

    Kelompok Sufi dan Syiah Mesir Bersatu Serukan Perlawanan Terhadap Salafi


    Pemimpin dan pengikut sufi mengancam akan melancarkan sebuah perang sufi terhadap mereka yang bertanggung jawab atas penghancuran tempat suci milik keluarga Nabi Muhammad SAW, kelompok Sufi Mesir ini menggambarkan diri mereka sebagai tentara Allah yang dibebankan untuk mempertahankan tempat 'keramat' dan makam ini.


    Beberapa pengikut tasawuf baru-baru ini menuduh kelompok Salafi menyerang dan menghancurkan tempat pemujaan milik ulama sufi di berbagai wilayah Mesir, termasuk Alexandria, Beheira dan Monufiya.


  • JK Fatwa Negeri Perak: Tarian Poco-poco Haram!

    Perak haramkan tarian poco-poco
    IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.


    Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.


  • [DUNIA BUKU] Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci dan Solat)

    Tajuk Buku: Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci dan Solat)

    Penulis: Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashimi

    Halaman: 391m/s

    Harga: RM59.00 (hardcover)

    Kod: PJ-2095


  • [Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau

    Rakaman penuh berdurasi 2 jam 35 minit.
    Pembentang: Maulana Mohd Asri Yusoff
    Anjuran: Persatuan Ulama Kedah
    Tarikh: 24 Sept 2005


  • [Bacaan Untuk Anak Muda Sahaja!] Dan Mereka Berkata Saya Menghina al-Albani

    Oleh: Ustaz Adlan Abd. Aziz

    *Tulisan ini hanya untuk mereka yang mengikuti perkembangan 'Analisis Kajian Hadith al-Albani' dan isu yang berkaitan sahaja. Buat mereka yang tidak ada idea tentang soal ini, saya persilakan untuk membaca artikel-artikel yang lain semoga berfaedah untuk semua.


    ....izinkan saya untuk bercerita agar mereka yang menuduh itu boleh memikirkan kembali catatan tangan mereka - adakah ia benar atau sangkaan atau suka-suka?


    ...dan mereka melagukan lagu yang sama kepada sesiapa yang ingin mengetengahkan 'analisis' atau 'kritikan' terhadap 'beberapa' pandangan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Lagu itu ialah 'orang itu menghina al-Albani', 'orang ini merendahkan al-Albani'...dan yang senada dengannya.


  • Huh!! Siapa Kata Nikah Di Masjid Tak Bagus??

    Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani


    Oleh: Shamsul Muda


    Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.


    1.Pandangan Mazhab Syafie
    Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.
    Pertama
    : Fathul Ma'in karangan Imam Zainuddin al-Malibari; 
    Kedua
    : I'anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan
    Ketiga
    : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.


  • [DUNIA BUKU] Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i

    Tajuk Buku: Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i

    Penulis: Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti

    Halaman: 892m/s

    Harga: RM130.00 (hardcover)

    Kod: PJ-2096


  • Pengajaran Tsunami Jepun: Erti Sebenar Kemajuan

    Mengenang tragedi gempa bumi dan tsunami juga diikuti dengan letupan loji nuklear di Fukushima, saya berasa terpanggil untuk menulis. Apa yang ingin saya sentuh bukan berkenaan tragedi yang menyayat hati itu, tetapi tentang maju nya jiwa dan rohani masyarakat Jepun seiring dengan kemajuan teknologi dan ekonomi mereka.


  • Elektrik murah daripada nuklear tidak berasas

    Oleh: Aziz Muda


    KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kenyataan para pemimpin Umno BN yang mengatakan negara perlu melibatkan diri dalam pembinaan nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah, ternyata amat tidak berasas.


    Sebaliknya, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar dan mengalami kerugian berlipat kali ganda jika memajukan tenaga nuklear dan membina empangan besar seperti yang dirancangkan itu, memandangkan Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain.


  • Revolusi Bahrain Bukan Revolusi Rakyat Tapi Revolusi Mazhab Syiah!

    Ada penganut Syiah Malaysia yang nampaknya agak terdesak dan terhimpit bila Dr Yusof al-Qaradhawi membuat kenyataan "Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab.." Kita dapat lihat hal ini bila di dalam blognya usaha propaganda Syiah dilipat gandakan. Macam biasa sentimen anti barat dimainkan. Sentimen bersatu tanpa mengira mazhab dicanang. Dicanang juga al-Qaradhawi sebagai ulama di kerusi empuk.


    Apa katanya dengan penuh menggelabah:
    "Kasihan Qaradhawi, ilmunya 'tinggi' akan tetapi hatinya penuh kesumat dan keji. Ekoran empuk di Qatar maka ia tidak lagi terdaya bersuara. Dia tidak lagi nampak bahawa penindasan harus dibela oleh Islam dan itulah puncak kejihadan seperti yang dilakukan Rasulullah saw.."