Berita dan Artikel

  • Dr Salman al-Audah : mengenai wacana Agama

    Beberapa petikan kata-kata Dr Salman bin Fahd al-Audah didalam twitternya di Bahrain semalam:-


     

    1. Ikhtilaf dari jalan-jalan Allah didalam ibadat, adalah warisan semulajadi jiwa manusia, dan tidak akan dapat diangkat ikhtilaf hingga akhirnya ke hari kiamat.

     

    2. Wacana agama hendaklah mengambil kira penghidupan manusia dan perkongsian peristiwa, dan bukan hanya mengeluarkan kembali isi kandungan yang telah lalu.

    3. Harapan kita ialah pembentukan wacana agama yang bertamaddun dan menjadi pemangkin untuk beramal, jauh dari konflik antara Mazhab, walaupun tidak menutup matanya dan tidak meminggirkan realiti.

  • 2 Kalimah Yang Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya Di Mizan

    Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:


    “2 kalimah yang ringan di lidah,


    berat di atas neraca timbangan


    dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:


    SubhanAllahi wa bihamdih,


    SubhanAllahil-`Azim


    (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)




  • Dr Salman bin Fahd al-Audah: Dunia Bukan Berakhir Pada 2012 Tapi Akan Bermula..

    Petikan kata-kata Dr Salman bin Fahd al-Audah di status Facebook-nya:
    Apakah dunia ini akan berakhir pada tahun 2012? Pengetahuan tentang yang ghaib hanya pada Allah. Namun saya sangat optimis bahawa alam ini akan bermula pada tahun 2012 yang akan membawa semangat baru, harapan yang cerah dan peluang yang menjanjikan.. Kita tidak boleh membiarkan kesudahan yang mengerikan itu sebagai pembunuh kegembiraan kita di masa depan. Allah memberikan jutaan jumlah kehidupan untuk setiap detik berbanding dengan sedikitnya jumlah kematian.


  • [Yang Ditunggu2!!] Isu Bersedekap: Kenapalah URD Tidak Mahu Mengakui Kesilapannya.?

    1. Ustaz Adlan Abd Aziz mengirimkan artikel baru ke al-ahkam.net. Artikel yang dinanti-nantikan... Apakah respond balas dari ustaz Adlan terhadap jawapan Ustaz Rasul Dahri (URD) mengenai isu bersedekap di atas dada ketika solat. Jawapan URD terhadap teguran ustaz Adlan ini disalurkan melalui mukadimah buku terbarunya (Bertaqwalah Kepada Allah! Perbaikilah Solat Safar Anda! Dengan Mencontohi Solat Jamak & Qasar Rasulullah).


    2. Dapat kita simpulkan bahawa kalaulah URD mengakui sahaja kesilapannya, sudah tentu banyak perkara akan selesai.



  • Penolakan total terhadap Nasionalisme : Gerakan Islam perlu nilai semula!

    Oleh: abu aiman muda


    Fahaman Nasionalisme atau Kebangsaan bermaksud, “perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam” (Kamus Dewan, ms.1072).


    Nasionalisme dengan makna ini jelas satu fahaman yang luhur dan murni. Semua orang menerima akan keluhuran dan kemurnian kecintaan kepada bangsa dan Negara.
    Ia bukan sekadar luhur dan murni.


    Tapi ia juga mendorong manusia mencetuskan tindakan yang juga murni dan luhur. Kerana kecintaan kepada bangsa dan negaralah, manusia berjuang dengan ikhlas.


  • [BARU TERBIT] Menyingkap Hukum Nyanyian

    HukumNyanyianTajuk Buku: Menyingkap Hukum Nyanyian
    Tajuk Asal: كشف الغطاء عن حكم سماع الغناء


    Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziyah
    Halaman: 327m/s
    Harga: RM52.00 (hardcover)
    Kod: PJ-2117



  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Keramat Tok Kenali (Siri 10 /Akhir)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    - Dr Ahmad Najib merupakan keturunan Tok Kenali.
    - Banyak cerita berkaitan keramat Tok Kenali dari mulut ke mulut. Sebahagiannya diceritakan oleh anak murid beliau yang mendakwa telah melihatnya.
    - Ayah Dr Ahmad Najib Ustaz Abdullah al-Qari ada menghimpunkan berkaitan keramat berkenaan.
    - Kesahihan cerita-cerita berkenaan tidak dapat disahkan.
    - Ada kemungkinan Tok Kenali dikurniakan karamah oleh Allah Taala.


  • Pengambilan Ubat Herba Antara Punca Sakit Buah Pinggang

    Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubat herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang.


  • [SEGERA!] [sms] Ust Adlan BANGKIT Mencabar

    SMS diterima dari Ustaz Adlan Abdu Aziz sebagai respond dari video penjelasan Ustaz Abd Rasyid Idris berkaitan bersedekap di atas dada. Berikut SMSnya:


    Ustaz Adlan: Utk mengelakkan kekeliruan, saya tegaskan beberapa perkara secara ringkas:
    1. Sememangnya saya berpegang bahawa sedekap di atas dada BUKAN sunnah salafussoleh.
    2. Kepada yg tidak bersetuju, sila kemukakan hujah bahawa ada salafussoleh yg pernah BERAMAL/BERFATWA 'sedekap di atas dada'.
    3. Kepada yg mendakwa mereka 'terbuka', sila nyatakan adakah pandangan berikut terbuka? - rujuk buku Asl Sifat Solat anNabi, jilid 1,m.s. 218.
    Sekian.


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Nasihat Berkaitan Tafsir al-Quran (Siri 9)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    Nasihat Berkaitan Tafsir al-Quran:
    - Pemerintah hendaklah menyediakan kepada rakyat awamnya satu bentuk kitab tafsir yang terbaik.
    - Tafsir Pimpinan ar-Rahman adalah terbaik, namun perlu penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa. Diperlukan juga kitab-kitab tafsir lain untuk rujukan.
    - Untuk pihak ustaz/guru agama kebanyakannya tahu membuat rujukan, cuma mereka perlu belajar tentang manhaj tafsir.
    - Mereka perlu saling belajar dan bertanya kepada ustaz/guru yang lebih pakar.
    - Perlunya sebuah rumah sebuah kitab tafsir.


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Jenis2 Tafsir dan Aliran Tafsir Syiah (Siri 8)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah.
    Asas ilmu tafsir dan pembahagian tafsir
    - Asas tafsir al-Quran adalah Hadis Nabi s.a.w.
    - Dua jenis tafsir al-Quran: 1. Bil Ma'tsur 2. Br-Ra'yi
    - Perlu pendedahan tentang asas ilmu hadis agar periwayatan tidak sahih dapat dihindarkan.
    - Mimpi tidak boleh digunakan untuk hujah.


  • Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah

    KUALA LUMPUR, 9 Mac - Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir Baharom.


    Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.


  • [DUNIA BUKU] Kisah Israiliyat Dalam Tafsir dan Hadith

    Tajuk Buku: Kisah Israiliyat Dalam Tafsir dan Hadith


    Penulis: Dr Muhammad Hussin al-Zahabi
    Halaman: 272m/s
    Harga: RM45.00 (hardcover)
    Kod: PJ-2115


    “Dan telah Kami beri keputusan kepada Bani Israil di dalam kitab. Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” al-Isra’: 4


  • Pelajar Indonesia Lebih Ramai Di Iran Berbanding Di al-Azhar!!

    Upss Jumlah Pelajar Kita di Iran Melebihi di Al-Azhar!!


    Ahmad Sarwat, Lc

    Tidak kurang dari 7.000-an mahasiswa Indonesia diperkirakan sedang dan telah belajar ke Iran, sebuah negara yang notabene pusat cuci otak untuk menjadi pendukung Syiah. Kabar ini dikemukakan oleh salah seorang anggota DPR Komisi VIII, Ali Maschan Musa, termuat di www.republika.co.id dengan link http://www.republika.co.id/berita/breaking-news/nasional/11/03/03/167288....


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Israiliyat & Jenisnya (Siri 7)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    -Apa itu Israiliyat?
    - Nabi tidak larang ambil cerita Israiliyat dengan mematuhi syaratnya
    - Perlunya Feqh Israiliyat.
    - Jenis-jenis Israiliyat  dan jenis mana yang membawa masalah kepada umat Islam?



  • Membongkar lubuk hati pencela sahabat Nabi s.a.w

    Oleh: abu aiman muda



    Ada 'sesuatu' yang mendorong segelintir umat Islam, mencela dan merendah-rendahkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.


    Di kalangan mereka, mungkin ada yang menyedari kewujudan 'sesuatu' ini dalam sanubari mereka. Mungkin juga ramai di kalangan mereka yang tidak menyedarinya.


    Imam Malik radhiyallahu 'anhu mendedahkan 'sesuatu' itu, yang tersemat dalam sanubari orang-orang yang tergamak mencela para sahabat Nabi s.a.w.


  • Penceramah Itu Manusia Biasa

    “Hari ini ustaz free. Ustaz nak pergi jalan-jalan ke mana? Kami boleh bawakan”, saya memberitahu Ustaz Dr. Abdul Aziz Hanafi yang bermalam di rumah kami di High Street Kensington.


    Ketika itu Dr. Abdul Aziz Hanafi baru sahaja pulang ke Malaysia selepas perkhidmatan panjangnya sebagai pensyarah di sebuah universiti di Brunei Darussalam. Kami menjemputnya sebagai tetamu Perhimpunan Musim Sejuk 1999.


    “Tak ada program?”, tanya Ustaz Aziz seakan terkejut.


     


  • Wawancara Dr Ahmad Najib: Penceramah & Ahli Motivasi Gemar Kisah Israiliyat (Siri 6)

    Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
    Isu Israiliyat
    - Isu Israiliyat isu lama yang tak banyak usaha untuk menyelesaikannya
    - Israiliyat bukan semata isu cerita tetapi berkait rapat dengan disiplin ilmu Hadis.
    - Untuk membendungnya para ulama perlu didedahkan dengan disiplin ilmu Hadis.
    - Sukar dibendung kerana tabiat manusia gemar kepada cerita-cerita pelik dan sensasi.
    - Golongan yang banyak terdedah dengan Israiliyat ialah penceramah dan ahli motivasi untuk dijadikan modal cerita.
    - Sebahagian cerita Israiliyat dapat menggugat aqidah.
    - Antara ulama yang banyak membantu mendedahkan isu Israiliyat ialah: Imam Ibnu Kathir,
    - Membuang kita atau membakar kitab yang bermasalah tidak menyelesaikan masalah.
    - Ada pelbagai sebab dan latarbelakang mengapa pengarang memasukkan cerita Israiliyat.


  • [Memang HOT!] Jawapan Mantap URD Atas Ustaz Adlan Tentang Sifat Solat

    Berikut ini adalah jawapan dari Ustaz Rasul Dahri terhadap artikel Ustaz Adlan mengenai masalah bersedekap di dada ketika solat. Dan artikel Ustaz Adlan yang mengkritik tulisan Ustaz Rasul Dahri boleh dibaca di link ini.. :


    Pada hadis tersebut pada cetakan pertama dan di cetakan kedua ditulis pada nota kakinya: "Disebut oleh al-Bukhari dalam sahihnya. Di dalam al-Muwatta'. H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syeikh, Tirmizi menghasankan salah satu hadis ini".


    Sebenarnya apa yang saya tulis di nota kakinya dengan ayat: "Disebut oleh al-Bukhari" adalah dengan maksud: "Didapati maknanya (secara makna) di dalam hadis riwayat al-Bukhari sebagiamana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Albani di dalam kitabnya Sifat Solat Nabi dan bukan bermaksud hadis riwayat al-Bukhari, kerana tidak ada di dalam riwayat al-Bukhari hadis seumpama itu.



  • [DUNIA BUKU] Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutub

    Tajuk Buku: Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutub


    Penulis: Salim Al-Bahnasawi
    Halaman: 245m/s
    Harga: RM45.00 (hardcover)
    Kod: PJ-1715



  • Memuktamadkan dakwaan Tok Guru Nik Aziz mengkafirkan UMNO!

    Isu dakwa mendakwa antara dua tokoh besar tanah air, Tun Mahathir dan Dato’ Nik Aziz boleh selesai jika kaedah yang muktamad dijadikan rujukan.


    Dalam pertikaian antara dua tokoh ini, kaedah yang dinyatakan jumhur (majoriti) ulama, iaitu ‘Lazim al-Mazhab Laisa Bi Mazhab’ (dibaca Lazimul Mazhab Laisa Bi Mazhab), perlu dijadikan rujukan.


    Kaedah ini bermaksud, ‘rentetan atau cetusan (dalam Bahasa Arab disebut lazim) daripada sesuatu mazhab atau pandangan, bukan merupakan mazhab’.