Berita dan Artikel

  • Batu Tergantung di Baitul Maqdis

    Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.


    SOALAN:
    Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.


  • Yang Mana Pilihan Hati.. Hukum Demonstrasi Halal atau Haram?

    Demonstrasi.. Ada yang kata halal. Yang seorang lagi kata haram. Yang mana pilihan anda?


    Kiriman ini bukanlah bahan kempen untuk menggalakkan orang berdemonstrasi ataupun menghalang mereka dari menyertainya. Tetapi lebih kepada mengajak atau kempen kepada semua untuk belajar meneliti, menelaah dan melakukan perbandingan ke atas pandangan semua pihak yang berbeza dengan dada lapang dan fikiran yang terbuka.


  • Mustafa Sa‘id al-Khin (1922-2008M) : Ulamak Usul Fiqh Terkemuka dari Syria.

    Oleh: Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali

    Nama penuhnya ialah Mustafa bin Sa‘id bin Mahmud al-Khin al-Syafi’i al-Maydani al-Damasyqi. Beliau dilahirkan pada tahun 1922M.  Bapanya Sa‘id al-Khin adalah penghulu di daerah Maydan, Damsyik dan Mustafa adalah anak ke 11 daripada 18 orang adik beradik. Pada usia lapan tahun beliau telah memasuki sekolah peringkat rendah dengan menghafal al-Quran dan kemudian memasuki sekolah al-Jam‘iyyah al-Ghara’ dan guru besarnya ialah Muhammad Hasan Habannakah.


  • Syeikh Hassan Habannakah al-Maydani-(1908-1978M) Tokoh Ulama dan Pembina Para Pendakwah di Syria

    Al-Maydan merupakan satu kawasan yang penduduk Arab yang asal dan amat memelihara syiar Islam dan tradisi Arab.  Kawasan  ini dinamakan al-Maydan kerana pada zaman dahulu ia merupakan tempat perlumbaan kuda. Dalam kawasan ini terdapat tiga masjid yang terkenal iaitu Masjid bab al-Musolla,  Masjid Manjak iaitu masjid yang dibina dibina oleh seorang pemerintah yang bernama Manjak dan Masjid Sayyidi Suhaib iaitu nisbah kepada sahabat yang bernama Suhaib al-Rumi yang dimakamkan berdekatan di situ bersama dengan para sahabat yang lain.


  • Apa Maksud al-Hafiz Dalam Bidang Hadis?

    Gelaran dalam bidang hadis:
    Al-Musnid: Orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya, samada dia ada pengetahuan tentang hadis berkenaan ataupun hanya semata-mata meriwayatkannya.

    Al-Muhaddis:
    Orang yang menekuni dalam bidang ilmu hadis samada secara riwayah atau dirayah dan menelaah banyak periwayatan dan keadaan perawinya.

    Al-Hafiz:
    Ramai ahli hadis berpendapat ia sama makna dengan muhaddis.
    Sebahagian yang lain berpendapat ia lebih tinggi kedudukannya berbanding muhaddis. Apa yang diketahuinya pada setiap tahap lebih banyak dari yang tidak diketahuinya.


  • Isu al-Hafiz al-Iraqi: Ustaz Adlan Jawab Abu SyafiQ!!

    1- Terima kasih kpd ust Abu Syafiq di atas teguran beliau terhadap buku saya yang telah ditulis pada tahun 2006. Teguran yang tepat dan membina perlu diterima sebagai bukti kita adalah penuntut ilmu. Soal bahasanya yang kasar, itu mungkin kerana beliau merasakan saya sebagai 'musuh' sedangkan saya menganggapnya sebagai 'saudara' yang sudi menegur kesilapan saudaranya sendiri. Itu bukan persoalan untuk dibincangkan di sini. Persoalannya adalah seperti berikut:



  • Nota: Sahih Muslim 17/06/2009 - Larangan Mencampur Rendaman Buah Tamar Dan Zabib

    Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali. Mengapa larangan ini dibuat? Apa latarbelakangnya? Mengapa orang Arab dahulu merendam kurma kering ke dalam air?


  • Mana Mungkin al-Hafiz Iraqi Menghina Imam al-Ghazali!!

    Berikut ini adalah jawapan dari al-Ustaz Adlan Abd Aziz ekoran tuduhan liar yang dilemparkan ke atas dirinya dan ke atas diri al-Hafiz al-Iraqi rhm. kononnya mereka menghina al-Imam al-Ghazali rhm. Anda boleh membaca tuduhan berkenaan di link ini..


  • Melampau!! Tak kanlah Sampai al-Iraqi Pun Hang Tak Kenal?

    Anda baca petikan berikut, kemudian anda baca apa yang tertera pada gambar yang dipaparkan di bawah ini, apa pandangan anda  wahai kawan-kawan..


    Petikan: "Lihat betapa biadap & kurang ajarnya WAHABI bernama al-Iraqi & penulis buku, Adlan Bin Abdul Aziz memperlekehkan Imam al-Ghazaly sehingga berani mengatakan Imam al-Ghazaly tidak tahu antara hadis yg. sohih dgn. yg palsu dlm. Kitab Ihya' Ulumiddin."


  • Pertemuan Ilmuan Dan Da’i Malaysia

    Saling berpesan untuk kebenaran bersama kesabaran, bukanlah agenda kecil.


    Ia mengiringi untung rugi hidup sebagai hamba Allah yang menghargai masa kehidupannya.



    Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang telah melimpahkan kurniaan rezeki untuk para asatizah berhimpun di dalam sebuah ‘usrah’, dengan inisiatif al-Fadhil Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman yang mengambil inspirasi usaha Sheikh Yusof al-Qaradhawi dalam hal ini.


     


  • Layanan Nabi s.a.w terhadap aduan rogol tanpa empat saksi

    Dalam perundangan Islam, mangsa rogol yang membuat aduan dirinya dirogol seseorang, diberikan pembelaan. Nasibnya dibela. Aduannya itu diterima, diambil kira dan disiasat. Samada aduan yang dilakukannya itu disokong empat saksi, atau disokong bukti-bukti lain yang berwibawa, yang menunjukkan berlakunya kes rogol.


  • Racau Sebuah Negara Berkebajikan

    Kredit foto: MalaysiakiniSemasa PAS bersama Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) mengenengahkan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2008, tiada siapa mengendahkannya.


    PAS dan Barisan Alternatif menang besar.



  • Syiah Malaysia saman Utusan, JAIS, Khusrin

    Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya.


    Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.
    Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.


  • Tak Berpuas Hati Dengan Artikel Tentang Syed Qutb Ini?

    Kalau anda rajin, anda boleh baca sampai habis artikel oleh pengikut salafi ekstrem di bawah ini nanti yang menghentam keras Syed Qutb. Setelah itu, jika anda tak berpuas hati banyak perkara di dalamnya.. Anda adalah orang yang patut mendaftar dan pergi ke Seminar Pemikiran Politik Islam as-Syahid Sayyid Qutb. Anda boleh kongsikannya atau luahkannya atau mencari jawapannya di seminar ini.


    Seminar Pemikiran Politik Islam as-Syahid Sayyid Qutb
    Tarikh: Sabtu 16 Julai 2011
    Masa: 9.00 am - 1.00 pm
    Tempat: ISTAC


  • Jangan Asyik Seronok Nak Berdemonstrasi Saja, Pelajari Juga Adab-adabnya

    Demonstrasi: Sertailah Jika…..


    Oleh Ustaz Abu Umair


    Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai. Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.


  • Harus ‘berduaan’ dalam kereta dengan syarat : Mufti Mesir

    Oleh: Shamsul Muda




    Mufti Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah ditanya tentang hukum seorang wanita menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.


    Apakah dibolehkan sedangkan dalam kereta tersebut, hanya terdapat mereka berdua sahaja, iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita?


    Menjawab soalan itu, Syaikh Ali Jum’ah menfatwakan, secara dasarnya, seorang wanita BOLEH menaiki kereta bersama seorang lelaki.



  • Nota: Sahih Muslim 03/06/2009 - Proses Cuka Dan Bolehkah Berubat Dengan Arak?

    Tajuk yang dibincangkan: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka. Pengharaman berubat dengan arak. Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak. Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali


  • Ulasan Buku: Hukum Membid’ahkan Dalam Masalah Ijtihad – حكم التبديع في مسائل الاجتهاد

    Oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman (www.abuanasmadani.com)


    Buku ini telah ditulis seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Islam Madinah, al-Madinah Munawwarah, iaitu Syeikh Prof Dr Muhammad bin Husain Al-Jizani hfz. Beliau adalah salah seorang guru ana dalam subjek Usul-Fiqh di UIM, seorang yang baik dan petah berhujjah. Telah mendapat gelaran “Ustaz” Professor Usul al-Fiqh pada tahun 2010. 




  • Mengapa Empayar Besar Islam Biasanya Mengguna Pakai Mazhab Hanafi?

    Kenapa empayar Islam yang besar akan menggunakan mazhab Hanafi sebagai sumber rujukan utama? Jawabnya, adalah kerana Imam Abu Hanifah agak teliti dalam hal yang berkaitan dengan hukuman hudud dan hal-hal kenegaraan.


  • Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar - (Keunikan Pendapat Imam Abu Hanifah)

    Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.


  • Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar / Arak

    Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.