Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron. Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Berita dan Artikel
-
Majlis Al-Arqam diserbu JAIS
-
“Kita menyeru tafsiran baru terhadap al-Qur’an” – Dr Jasser Auda
Sebuah pusat penyelidikan di Qatar berusaha memberi fokus dan penumpuan yang lebih terhadap dimensi etika dalam Islam. Pengasas pusat tersebut dan pengarahnya, Tariq Ramadan, menyeru ke arah pentafsiran baru al-Qur’an untuk melonjakkan kefahaman Islam kontemporer berkait isu etika alam sekitar dan gender. Christoph Dreyer bercakap dengan timbalan pengarah pusat, Jasser Auda.
-
Fakta Ekslusif – Sejarah Tercetus Program Imam Muda & Ustazah Pilihan
1. Pertama sekali kita semua hendaklah merafa’kan syukur ke hadhrat Allah SWT atas limpah dan izin-Nya program siri pencarian Imam Muda telah diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat bahkan ia telah menjadi satu gelombang baru dalam dunia hiburan yang berpaksikan keagamaan di Malaysia. Malahan , program Imam Muda juga yang telah memulakan langkahnya pada tahun 2010 telah berjaya menggamit kedatangan para media asing untuk melihat dari dekat keistimewaan program Imam Muda yang diterbitkan di Malaysia.
-
'Kafir harbi' umpama lampu hijau untuk membunuh- Dr Maszlee Malik
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
-
Benarkah Nabi Melarang Makan Ikan Bersama Susu?
Soal: Adakah Nabi s.a.w. mengajar supaya jangan makan ikan bersama dengan susu?
Jawab: Tidak terdapat dari Nabi s.a.w. larangan minum susu bersama makan ikan.
-
Kebangkitan Arab: Permulaan kepada Keadilan Sosial, Multi Parti Demokrasi dan Pluralisme Agama
Satu peristiwa yang paling penting yang telah tercetus di dunia Islam pada tahun-tahun belakangan tidak lain daripada Musim Semi Arab atau apa yang diungkapkan sebagai Kebangkitan Arab oleh Profesor Tariq Ramadan dalam bukunya yang terbaru.
Ramai yang curiga dengan kebangkitan Arab. Bagi Barat, kekhuatirannya adalah ia mungkin membawa terobosan kepada Revolusi Islam. Kebangkitan ini akan menurut jejak revolusi Iran yang berwatak demagog, ganas, keras pendirian, perluasan dan paling penting anti-Barat.
-
AWAS!! Kepalsuan Hadis Kelebihan Sembahyang Tarawih..!
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
-
Hentam Syiah: S.M Mohamed Idris Dakwa TV al-Hijrah Pecahbelahkan Islam
Seperti biasa harakahdaily.net, jika membabitkan isu membela Syiah akan sepantas kilat.. Itu semua kita sedia maklum. Cuba anda hantar email yang kritik penyebaran Syiah di Malaysia, confirm tak akan disiarkan.
-
Benarkah 12 Imam Syiah Terdapat Dalam Kitab Hadis Ahlus Sunnah?
Syiah Imamiyah mendakwa ada hadis dalam sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang jelas menunjukkan wujudnya 12 imam mereka. Benarkah dakwaan ini? Apa pula yang dimaksudkan dengan 12 orang amir (riwayat al-Bukhari) dan 12 orang khalifah (riwayat Muslim)? Maulana Mohd Asri Yusoff menjawab persoalan ini.
-
Ramadhan: Jangan Cemarkan Hati Anak-Anak Yatim & Penuntut Ilmu Agama
Kebiasaannya, apabila munculnya Ramadhan, anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu (khususnya penghafaz al-Quran) akan diberikan perhatian oleh masyarakat untuk berbuat kebajikan kepada mereka. Alhamdulillah, itulah sebaik-baiknya. Sewajarnya kita semua berlumba-lumba berbuat kebajikan demi mendapatkan keredhaan ALLAH setiap masa, apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
-
Mengapa Tak Reti Berdoa?
{ 1 } YANG BIASA DITEMUI
“ Bukan saya tak mahu berdoa , tapi saya ini jahil agama. Bahasa Arab pun tak tahu. Jadi, bagaimana saya hendak berdoa ? “
“ Anak saya nak masuk akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Minta tolonglah ustaz / imam / pak lebai tu doakan anak saya ya “ .
“ Bagaimana saya hendak berdoa jika awak yang tahu pun tak pernah ajar saya bagaimana caranya “ .
-
Ustaz Aizam JAKIM: Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam karya "Perempuan Nan Bercinta"
Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. Tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h.
-
Inilah Rahsia Besar Kenapa IRAN Dokong Rejim Basyar al-Assad
Dalam isu yang berlaku di Syria sekarang, di antara kuasa yang menyokong rejim Basyar adalah Iran. Rupa-rupanya, apabila diselak sejarah, Iran telah menyokong rejim Asad sejak peristiwa penyembelihan Hama yang mengorbankan lebih 40 ribu rakyat Syria lagi.
-
[Video] Membongkar Jaringan Islam Liberal (JiL) Di Indonesia
Petikan dari TV al-Hijrah - Isu Akidah (27/06/12) Jaringan Islam Liberal (JiL) Indonesia.
Menyingkap jaringan Islam Liberal Indonesia berdasarkan kacamata Tv al-Hijrah. Untuk mengetahui akar pemikiran JiL ini adan boleh menyingkapnya di sumber asalnya di sini: http://islamlib.com/id
Maaf! Kualiti video kurang memuaskan.
-
Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (bahagian 9)
Telah disebut pada halaqah sebelum ini bahawa para sahabat r.a terutamanya khlulafa' rasyidin dahulunya , sentiasa menjadikan al-masalih al-mursalah sebagai kaedah mengeluarkan hukum dan menggunakannya dalam apa-apa perkara yang tidak ada nas menyentuh tentangnya.
-
Benarkah Dakwaan Agensi Berita Syiah Sekitar Laporan Ceramah Ust Nasim Di Masjid SPU
Berikut ini petikan dari abna.ir iaitu agensi berita Syiah Imamiyah di sekitar isu ceramah Ust Nasim di Masjid SPU. Saya sendiri hadir dalam ceramah berkenaan dan akan cuba menjelaskan apa yang termampu:
-
Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah ( bahagian 8)
Saya telah membicarakan pada halaqah yang lepas tentang dua jenis masalih iaitu : al-masalih al-mu'tabarah dan al-masalih al-mulghah.. dan masih lagi berbaki jenis yang ketiga iaitu apa yang dinamakan "al-masalih al-mursalah "
-
[VIDEO] Jadi Kecoh! Majlis Penerangan Syiah Oleh Ust Nasim Di Pulau Pinang
Sedikit kekecohan berlaku dalam majlis penerangan tentang Siapa Syiah oleh Ustaz Nasim Abd Rauf di Masjid Daerah Seberang Perai Utara, anjuran masjid berkenaan, pada tarikh: 15/06/12.
Mujur pengerusi majlis mampu mengatasi masalah berkenaan.
Ia berlaku di akhir majlis apabila salah seorang bangkit dan menyatakan rasa tak puas hati dan menuduh ustaz Nasim memfitnah Syiah selama 2 jam ceramahnya.
-
Uraian Dr Mujahid Yusuf Rawa tentang Wacana Pemikiran Reformis
Oleh: Dr Mujahid Yusof Rawa
Islam menentang pemikiran jumud yang tidak sedia untuk mendepani zaman. Kemajuan berfikir dalam Islam adalah ciri utama Islam, ia bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan. Sejak dari awal wahyu diturunkan, keperluan memartabatkan keupayaan intelektual melalui pembacaan adalah asas permulaan wahyu. Sepanjang sejarah wahyu, terpasaknya kepentingan ilmu didahului dengan ketawhidan yang mutlak kepada Sang Pencipta.
-
Pelbagaikan kepakaran demi jaga kehebatan Islam
Oleh Fadlan Mohd Othman
Setiap individu memiliki kelebihan tersendiri yang saling melengkapi antara satu sama lain
SUDAH beberapa kali saya diajukan soalan yang menunjukkan ketidakpuasan terhadap kemahiran dan kelebihan yang dikurniakan Allah Taala kepada seseorang hamba. Guru berasakan dia jauh daripada Allah kerana dia hanya mengajar bahasa Inggeris atau ilmu Sains. Doktor tertekan dengan kepadatan jadualnya lalu tiada masa untuk Allah dan agama.
-
Dr Morsy Calon al-Ikhwan Menang Pilihanraya Presiden
"Dr Muhamad Morsy telah memenangi jawatan Presiden Republik Arab Mesir." Demikian kenyataan rasmi pihak parti Kebebasan dan Keadilah sayap politik al-Ikhwan al-Muslimin di facebook Dr Morsy. Menurut kenyatan ini, Dr Mursy memperoleh 13,237,00 (Tiga belas juta dua ratus tiga puluh tujuh ribu) pungutan suara, iaitu 52% berbanding pencabarnya Ahmad Syafiq yang memperoleh 12,338,973 (Dua belas juta tiga ratus tiga puluh lapan ribu sembilan ratus tujuh puluh tiga, iaitu 48% dari seluruh pungutan suara.
Bagaimanapun pihak suruhanjaya pilihanraya Mesir masih belum mengeluarkan keputusan rasmi.