Berita dan Artikel

  • Transformasi Turki: Daripada Erbakan hingga Erdogan – Bahagian I

    Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF




    Turki merupakan sebuah negara yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sejarah dunia khasnya pada era moden. Ditinjau daripada lensa sejarah Islam, Turki memang penuh dengan konflik dan kedinamikan tersendiri dari segi perjalanan survival politik umat Islam. Perkara ini dilihat terutama pada usia-usia akhir pemerintahan Uthmaniyyah seperti era Sultan Abdul Hamid kedua dan era selepasnya.

     




  • MEMORANDUM Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia

    Berhubung dengan ini, patik sekalian rakyat Malaysia yang bermazhab Syiah menjunjung kasih kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapatlah kiranya meneliti dan menerima rayuan patik sekalian agar tidak diganggu serta ditangkap dan tidak dihapuskan. Kalau boleh patik sekalian dapat hidup dan bebas beramal seperti rakyat Malaysia yang lain. Patik sekalian bermazhab Syiah adalah minoriti umat Islam di Malaysia (200,000 – 300,000 orang), dari segi amalan tidak jauh berbeza dengan amalan umat Islam yang majoritinya bermazhab Syafie.


  • [Audio] Bahaya Syiah kepada akidah, syariah, akhlak, ummah dan negara

    Pembentang : Ustaz Ahmad Nasim bin Abd. Rauf
    Tarikh : 25.4.2012
    Tempat : UITM Permatang Pauh


    Download di http://www.mediafire.com/?tcd8x4yv28d26zn 


    Kredit www.kulliyyah.blogspot.com  


  • Mawdudi: Aktivis dan Revivalis

    Ahmad Nabil bin Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front




    Imam al-Jalil Abul A‘la al-Mawdudi dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, India. Beliau merupakan seorang filasuf, jurnalis, teoritis, muhaddith, mufassir, faqih, politikus, mujtahid, dan Hujjat al-Islam abad ke 20, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Idris dalam pengantarnya kepada buku Al-Hukumah al-Islamiyah karya Mawdudi:

    Sesungguhnya aku telah bertahun menarik ilham daripada setiap yang sampai ke tanganku dari tulisan-tulisan Hujjat al-Islam Ustadh al-Kabir Abul A‘la al-Mawdudi, sehingga bangkit kecintaanku terhadap kitab-kitabnya, dan mengalir kalimah-kalimahnya, garis-garis tulisannya, dan pandangan-pandangannya ke dalam fikiran, dhamir dan ruhku.”





  • Ulama Syiah: Damsyik Tak Akan Runtuh Selama Iran Bersekutu Dengannya

    Seorang ulama senior Syiah - Iran menegaskan dukungan Tehran terhadap rezim Damaskus di Suriah dengan mengatakan bahwa Suriah tidak akan runtuh selama Iran bersekutu dengannya.
    Sayid Ahmad Khatami,  pada Kamis (26/04/2012) mengatakan, "Selama Republik Islam berdiri di samping Suriah, pemerintah negara ini tidak akan runtuh," ujarnya dikutip Irib.


    Mantan presiden Iran itu menambahkan, meskipun Tehran mendukung Damaskus, bukan berarti setuju terhadap setiap langkah yang diambil pemerintah Suriah. Tetapi karena menuntut reformasi, katanya.


  • [Video] Syiah Merayakan Hari Melaknat Isteri Nabi Ummul Mukminin Saidatina Aisyah!

    Syiah Merayakan Hari Melaknat Isteri Nabi Ummul Mukminin Saidatina Aisyah!


    {youtube}7IUtlo-OKF0{/youtube}


  • Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 4)

    Mengetahui Maqasid Al-shari'ah mempunyai faedah akademik dan praktikal yang terlalu banyak. Maka pada halaqah kali ini saya mengkhususkan bagi faedah-faedah tersebut secara ringkas dengan menyentuh sejumlah faedahnya yang paling penting.


  • Sayyid Qutb dan Fi Zilālil Qur’an

    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF


     Sayyid Qutb (1906-1966) adalah seorang pemikir dan idealog penting yang banyak dikaitkan dengan gerakan jihadi dan haraki Islam yang fanatik dan ekstremis. Tohmahan sedemikian jelas tidak bersandar kepada kesahihan fakta dan kenyataan sebenar kerana lebih digerakkan oleh sikap prejudis dan sinis terhadap sosok dan gerakan Islamisnya.


    Tulisan Qutb banyak merangka dan mengungkapkan idealisme pembaharuan yang dipancang di atas kemurnian tawhid dan syiar La-ilaha-illallah. Asas pemikirannya diilhamkan daripada idealisme perjuangan yang diungkapkan oleh reformer mazhab seperti Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Imam Hassan al-Banna.



  • Sang Pencerah: Ahmad Dahlan dan Gerakan Muhammadiyah – Bahagian II

    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF



    Kegiatan Islah


    Kiyai Dahlan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan Muhammadiyah dengan menyusun aktiviti dakwah dan sosial yang konsisten dengan matlamat islah. Kegiatannya bercorak keagamaan dan pendidikan berteraskan usaha pemerkasaan wanita, pemberdayaan masyarakat, penyebaran ilmu dan pemacuan dakwah yang intens. Dalam tahun 1922, beliau meninggalkan Yogya untuk berdakwah, mendirikan cabang, dan menghadiri rapat di pelbagai daerah, dan menambahkan tenaga guru di Madrasah Mu‘allimin Muhammadiyah Yogya.





  • Adab Penuntut Ilmu Hadis

    Para ulama Hadis dengan tekun telah menghimpunkan sebahagian adab-adab yang menurut pandangan mereka perlu ada pada setiap penuntut ilmu. Ini kerana peri penting dan mulianya ilmu Hadis ini. Apa tidaknya, kerana dengan ilmu yang penting inilah kita semua dapat mengetahui mana-mana yang mujmal (umum) di dalam al-Quran. Dari al-Quran dan al-Sunnahlah digali segala hukum-hakam Syariah yang ditetapkan.


  • [Dr Maszlee Malik] Parti politik Salafi: Aktor Politik Baru di Mesir

    Dr Emad Abdel Ghafour, Presiden Parti NourOleh: Dr Maszlee Malik


    Pada Pilihanraya umum (PRU) Mesir untuk memilih anggota parlimennya yang lepas, Hizb al-Nour (Parti Nour) telah berjaya mendapat hampir 25% daripada kerusi parlimen dan juga lebih satu pertiga dari undi popular. Parti Nour telah menjadi front untuk gabungan tiga parti lain beraliran Salafiyah, iaitu parti Asalah, parti Fadilah dan Parti Tanmiyah wa Salamah. Hasil dari kemenangan mereka, kini parlimen Mesir dipenuhi oleh anggota parlimen yang berjanggut panjang, berseluar senteng dan juga melaungkan azan di dalam parlimen.


  • Sang Pencerah: Ahmad Dahlan dan Gerakan Muhammadiyah – Bahagian I

    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF




    Semua ibadah diharamkan kecuali yang ada perintahnya dari Nabi Muhammad” [KH Ahmad Dahlan]


    Kiyai Haji Ahmad Dahlan adalah seorang ulama’ reformis dan pemikir penting yang telah mencetuskan revolusi perjuangan yang besar dalam rangka pembaharuan di Indonesia. Beliau dilahirkan di Kauman, Yogyakarta pada tahun 1868 sebagai Muhammad Darwis. Bapanya, Kiyai Haji Abu Bakar bin Kiyai Mas Sulaiman adalah khatib di Masjid Besar Kesultanan Yogya, dan ibunya, Nyai Abu Bakar adalah puteri kepada H. Ibrahim bin Kiyai H. Hasan, seorang penghulu kesultanan Yogya juga pada masa itu.





  • Antara Pandangan Salaf dan sebahagian Salafi : Tazkirah Sebelum Khutbah Jumaat

    Telah disebutkan sebelum ini dalam beberapa pandangan dan tulisan, bahawa mereka yang menggunakan istilah 'salafi' perlu menilai kembali apakah mereka benar mengikuti salafussoleh (generasi terawal dan terbaik), atau mereka mengikut pandangan sebahagian tokoh salafi moden tanpa disedari? Saya ingin memudahkan dengan memberikan satu nasihat dan satu contoh untuk mudah difahami:


    1. Nasihat saya ialah: buatlah rujukan dan kajian agar kita benar-benar tahu adakah sesuatu pegangan itu adalah memang datangnya daripada generasi awal iaitu salafussoleh, atau ia hanyalah dikatakan 'pegangan salaf (tanpa huruf 'i')' oleh sebahagian tokoh salafi moden? Kalau tiada rujukan dan tiada kajian, itu lebih kepada mengikut tanpa bukti dan sikap itu bukanlah sikap salafi yang kita dengari disebut iaitu 'mengikut dalil menurut kefahaman salafussoleh'.


  • Muhammad Rashid Ridha dan al-Manar

    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front


    Muhammad Rashid Ridha (1865-1935) adalah sosok pembaharu yang telah melakarkan sumbangan bermakna dalam gerakan pembaharuan di dunia Islam. Pemikiran islah yang digagaskannya merumuskan fikrah tajdid yang ideal yang terkesan daripada gagasan pan-Islam yang dicetuskan oleh Jamal al-Din al-Afghani dan Imam Muhammad Abduh. Ide–ide brilian yang dikemukakan Al-Afghani dan Abduh dan tulisan-tulisan radikal yang dimuatkan dalam jurnal al-Urwat al-Wuthqa telah memberikan impak yang signifikan terhadap aspirasi dan cita-cita pembaharuan Ridha yang dilanjutkan lewat Majallah al-Manar.





  • Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 3)

    Telah saya sebutkan pada halaqah yang lepas bahawa maqasid al-syariah yang kita sedang bicarakan ini , di dalamnya mempunyai tiga peringkat atau tiga pusingan. Ianya ialah: 1- Peringkat al-maqasid al-kulliat al-aamah,

    2- Peringkat al-maqasid al-khaasah, 3- Peringkat al-maqasid al-juz'iyyah


  • Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 2)

    Istilah "Maqasid Al-Shari' ah" kebiasaanya digunakan untuk memberi maksud: Himpunan hikmah dan tujuan yang mana syariat dan hukum hakam diletakkan demi untuk merealisasikan hikmah itu dan mencapainya.


  • Pencalonan Presiden Dari Ikhwan, Apakah Muslihatnya?

    Maszlee Malik


    Saya baru pulang dari Mesir selesai melakukan kajian tentang parti politik Ikhwan, ‘Hizb al-Hurriyah wa al-Adalah’ (FJP), parti Salafi dan juga pilihanraya presiden yang bakal menjelang. Selain mengadakan wawancara dengan para pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), Salafi, para pegawai kempen calon-calon presiden, anggota bawahan IM dan juga orang ramai, saya juga berkesempatan melihat lebih dekat suasana politik Mesir bersama dengan rakan-rakan jurnalis di sana.


    Apa yang menarik, perkembangan politik Mesir pasca-Revolusi 25 Januari bukanlah seperti yang ditanggapi oleh kebanyakan pemerhati luar yang tidak berada di Mesir. Suasana politik di sana amat unik dan begitu dinamik. Demi untuk memhami dinamisme tersebut, pendapat segenap lapisan warga Mesir perlu ditelusuri agar kesimpulan yang dibuat tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Apa yang lebih menarik perkembangan dan perubahan berlaku begitu pantas dan sukar dijangkakan.


  • Islam Progresif: Wacana Kritis dalam Pemikiran Keugamaan dan Tradisi Keintelektualan Muslim - Bahagian Akhir

    Asghar Ali EngineerMuhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front


    “Jika kita inginkan revolusi pembaharuan di dalam dunia Islam, kita perlu memulakannya daripada sistem madrasah. Sistem ini harus disemak dan diubah sepenuhnya sehingga membolehkan kemasukan pendekatan-pendekatan dan subjek-subjek moden” [Asghar Ali Engineer].


    Petikan di atas diambil daripada versi asal “Islam and Contemporary Issues'” yang diterbitkan pada awal April 2009. Jadi, penegasan beliau untuk mewujudkan wacana-wacana baru yang terus berkembang dalam ranah menvisikan kebudayaan adalah menerusi reformasi sistem pendidikan.



  • Benarkah Imam Muslim menerima periwayatan dari perawi Syiah atau ahli bid'ah?

    Ahli bid'ah bagaimanakah yang diterima oleh Imam Muslim?
    Apakah Imam Muslim juga menerima periwatan Syiah? Syiah yang bagaimana? Syiah Imamiyah kah?
    Imam Muslim mengenakan syarat yang ketat terhadap perawinya. Apakah syarat-syarat berkenaan?


  • Aktivis Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah (JIMM): Syahadat Sosial Agama-Agama

    Hasnan Bachtiar | Peneliti Filsafat di Pusat Studi Islam dan Filsafat (PSIF) UMM | Aktivis Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah (JIMM)


    DEWASA INI, di tengah hiruk pikuk kehidupan yang sangat kompleks, sudah saatnya agama memainkan peran untuk menjawab segala problem kemanusiaan. Kenaikan BBM, kemiskinan, kapitalisme, pemerintahan yang korup, geliat tiran para penguasa dan lain sebagainya, kiranya memiliki hubungan yang erat dengan eksistensi agama. Umat perlu sebuah pengangan, atau dengan kata lain suatu kredo yang menuntut segala jalan kehidupan.


    Di samping seluruh umat, tanpa memandang kilas batas kelas sosial, secara khusus, umat intelektual juga perlu memiliki penuntun arah yang menjamin koherensi antara iman, ilmu dan kehidupan sosial yang paling nyata. Secara pragmatis, menaruh perhatian pada pentingnya hal ini, berarti turut untuk mem-fungsi-sosial-kan ilmu dan agama.