SJ - 2667: Bagaimana menyucikan air perigi?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2667: Bagaimana menyucikan air perigi?

:noyade Di sini saya ingin bertanya; sekiranya ada binatang mati di dalam perigi, bagaimana cara utk kita menyucikan air perigi tersebut sehingga dapat dogunakan tanpa was2? Apakah boleh kita sekadar mengeluarkan bangkai binatang tersebut dan menggunanya seperti biasa walaupun air tersebut sedikit keruh?
Sekian, Terima kasih.

semutapi (not verified)
Re: Bagaimana menyucikan air perigi?

:salam
Saya ini bukanlah pandai/arif/tahu bab hukum hakam agama ini.Sekadar memberi pandangan sahaja. Harap Al Fadhil Ustaz2 Al Ahkam sekalian memberi teguran.

Hukum asal air perigi/telaga adalah suci & menyucikan.
Melainkan jatuh kedalamnya sesuatu najis yg mengubah sifat air telaga tersebut.

Biasanya keadaan telaga adalah sempit dan dalam. Jika binatang jatuh kedalamnya maka aktiviti menyelamat menjadi sukar. Jika binatang yg jatuh itu adalah kecil, cth anak ayam maka memadailah bangkai anak ayam itu di buang.
Jika binatang yg ber saiz sederhana yg jatuh, cth: ibu ayam, bapak ayam atau kambing maka bangkai mereka hendaklah dibuang. Jika ianya baru mati maka ia tiada masalah, kerana bangkai itu masih tidak merubah sifat air telaga tersebut. Masalah akan timbul jika ia dibiarkan lama di dalam telaga tersebut. Jika ia telah berbau atau berulat, maka bangkai tersebut masih perlu dibuang.Kemudian jika zat2 bangkai itu yg masih kelihatan ia juga hendaklah dibuang. Biasanya setelah dibersikan ia akan kembali seperti biasa. Mengenai air yg keruh memang kebiasaan perigi airnya keruh. Utk menambahkan keyakinan masukkanlah

kedalam telaga tersebut.
Inshaallah ia akan bersih secara semula jadi. Bagi org kampung sebelum menggunakan air perigi/telaga tersebut mereka akan menimba/mencedok/membuangnya sehingga mereka yakin air perigi tersebut telah bersih/suci.

Jika binatang besar yg jatuh dan menjadi bangkai dan telah berbau dan berulat didlm perigi cth: lembu atau kerbau, dan ianya susah utk di buang maka timbuslah saja perigi/telaga tersebu bersama2 bangkai itu dan galilah telaga/perigi baru.
Jka ianya perigi buta, maka ia juga elok ditimbus kerana ianya bukan sahaja membahayakan binatang bahkan manusia juga.

Wallahualam, :wassalam

Re: SJ - 2667: Bagaimana menyucikan air perigi?

Komentar atas Komentar:

'Mmmm.. ada bakat juga sdr Semutapi ni? Pendapat sdr Semutapi itu masyhur di kalangan fuqaha' malikiah (Ibn Jazi, Qawaanin alFiqhiyah/35) dan Imam Ahmad (alMughny: 1/39)
Apapun kita kembali pada Ijma' ulama' (dari Ibn Mundzir) Air tetap suci jika tiga sifatnya kekal: BAU, RASA dan WARNA. Terimakasih sdr Semutapi kerana memudahkan kerja kami.