SJ - 3108 : Nama menggunakan ejaan barat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3108 : Nama menggunakan ejaan barat

:salam
Apakah hukumnya menamakan seseorang dengan nama-nama ada dalam Islam tapi dengan bunyi atau ejaan berunsur barat/kristian, contohnya Ishak-Isaac, Ibrahim-Abraham, Mariam-Mary dan seumpamanya?

Terima kasih...

Re: SJ - 3108 : Nama menggunakan ejaan barat

:salam

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa muasirah mengatakan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya utk menamakan anaknya dgn nama arab. Perkara ini terpulang kpd budi bicara keluarga sendiri. sama ada ingin menamakan dgn nama arab ataupun tidak. Namun Islam ada menggariskan panduan utk menamakan anaknya. BErikut kita ringkaskan:

1. Hendaklah nama itu baik iaitu nama yg tidak dipandang hina oleh masyarakat. Seperti anjing dan seumpamanya.

2. Tidak menamakan dgn sesuatu yg disembah selain Allah swt. Spt Abdul Kaabah(hamba kaabah), Abdul Nabi(hamba nabi) dlln. Ibn Hazm telah menaqalkan bhw telah ijma pengharaman nama menjadi hamba kpd selain Allah kecuali nama Abdul Mutallib.

3. Tidak menunjukkan bunyi takabbur, kebesaran dan ketinggian diri drpd manusia lain tanpa hak. Termasuk dalam hal ini ialah nama2 Allah yg khusus utkNya spt ar-Rahman, al-Muhaimin dan sbgnya. Termasuk juga nama Allah yg tidak dikhususkan utk Allah apabila ia datang dalam bentuk ma'rifah(tambahan 'Al-') spt al-Aziz, al-Hakim dlln.

4. Disunatkan dinamakan dgn nama2 nabi, lelaki dan perempuan yg soleh. Cthnya yg terdapat dalam hadis yg bermaksud:
"Nama yg paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman."[HR Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibn Majah]

5. Menurut Dr YQ lagi, tidak ada seorang ulama'pun yg melarang memberikan nama bukan arab selagimana ertinya baik dalam bahasa itu.

Kesimpulannya, tidak disyaratkan utk menamakan sesuatu itu dgn nama bukan dalam bahasa Arab dgn syarat2 yg diberikan di atas. Cuma bukankah lebih baik kalau kita mengekalkan nama Nabi dalam bahasa yg Allah sendiri nakalkan dalam al-Quran?

sekian. WA.

:wassalam

p/s - kamin cuma memberi nombor SJ sahaja.