:salam
Saya bekerja di Shah Alam , ingin pulang ke rumah pada pukul 7 petang . Kebiasaannya saya boleh tiba di rumah pada pukul 7. 30 malam dan bersolat Maghrib di rumah. Namun pada suatu hari berlaku kesesakan lalulintas yang teruk . Saya tiba di rumah pada jam 9 malam.
Soalan : Apakah status Solat Maghrib tersebut ?
a) Perlu Qado'.
b) Niat Jamak Takhir.
c) Solat dalam kenderaan .
Apa yang patut saya lakukan ? Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr khai dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.
Ini merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dijangkakan. Anda dikira telah menghadapi kesukaran (masyaqqah)dan Islam bukanlah satu2 agama yang membebankan umatnya. Firman Allah swt :-
Disana ulama'2 seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi rh dan lain2 membenarkan Solat Jama' kerana hajat dilakukan apabila berlakunya kesukaran seperti hujan, sakit, sedang didalam tugasan menyelamatkan nyawa seperti doktor, kesesakkan lalu lintas yang bersangatan dan sebagainya. Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha :
Didalam keadaan yang seseorang itu tidak bermusafir, Jama' dibenarkan dan bukannya Qasar (pendek) solat. Menurut Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. :-
Kesimpulannya, anda boleh melakukan Jama' Ta'khir di rumah; menunaikan Solat Maghrib didalam waktu Isya' dan seterusnya menunaikan solat Isya' 4 rakaat. Solat Jama' kerana hajat dibenarkan bukan sebagai kebiasaan, akan tetapi dibenarkan didalam keadaan seseorang itu mempunyai keperluan dan keuzuran. :aklam.
wassalam
=========
Rujukan :
1. Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi. Fataawa Mu'aasyirah - 2. cet ke 3. Kaherah : Dar al-Wafa', 1994.
terjemahannya di al-ahkam : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=9336
2. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' fataawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.
خيرالأمين