SJ-12-0275 : adakah dibolehkan melihat aurat bakal tunang?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0275 : adakah dibolehkan melihat aurat bakal tunang?

:salam
saya terbaca fatwa berikut di perpustakaan-islam.com:

Syaikh Al-Bany ditanya:
Bolehkah seorang pria melihat lebih dari sekedar muka dan telapak tangan wanita yang akan dipinang? Contohnya rambutnya?

Jawaban
Menurut yang saya ketahui, wallahu a'lam, seorang pria boleh melihat/memandang rambut wanita yang akan dipinangnya dengan syarat tanpa sepengetahuan si wanita.

Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda:
Jika terbersit dalam hati kalian (keinginan) untuk melamar seorang wanita, maka hendaklah ia memandang sesuatu yang bisa mendorongnya untuk menikahi wanita tersebut.

Adapun jika dengan sepengetahuan wanita yang akan dipinang, maka yang boleh dilihat adalah hanya muka dan kedua telapak tangannya.

Diambil dari Fatwa-Fatwa Syaikh Nashiruddin Al-Albany, Penerbit: Media Hidayah
-------------------------

soalan saya:
1. berdasarkan hadis dan fatwa tersebut adakah dibolehkan melihat aurat bakal tunang? (hadis teresebut tidak dinyatakan statusnya)
2. apa maksud " melihat tanpa sepengetahuan si wanita"? bagaimana Al-Albani boleh tambah syarat ni?

sekian, syukran.
:wassalam

SJ-12-0275 : adakah dibolehkan melihat aurat bakal tunang?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Hadis yang anda nukilkan itu direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2084). Kata Ibn Hajar: Sanadnya hasan, dan ada syahid daripada hadis lain. (Fathul Bari 9/181).

Berdasarkan hadis ini, ada ulama membenarkan melihat selain muka dan tangan tunang, seperti kaki, tengkuk, kepala dan anggota2 zahir yang lain. Kerana mereka memahami bahawa maksud 'sesuatu yang mendorongnya untuk menikahi wanita itu' ialah bukan sekadar muka dan tangan, malahan lebih daripada itu.

Manakala sebahagian ulama pula mengatakan hadis ini disebut secara mutlaq dan mubham (tidak jelas), maka hendaklah dikaitkan atau dikhaskan dengan muka dan tangan sahaja. Maka hadis ini hendaklah difahami bersama-sama dengan nas-nas lain tentang haram melihat aurat wanita ajnabi.

Al-Albani mentarjihkan pendapat harus melihat selain muka dan tangan, kerana beberapa hujah, iaitu:

- Lafaz 'melihat sesuatu yang mendorongnya untuk menikahi wanita itu'. Kata Albani: Setiap faqih mengetahui bahawa maksudnya bukanlah muka dan tangan sahaja".

- Berdasarkan kisah Umar bin Al-Khattab ketika mahu meminang Ummu Kalthum binti Ali, beliau menyelak kainnya sehingga nampak betisnya. Kisah ini direkod oleh Abdul Razzaq dan Said bin Mansur. Kata Ibn Hajar: Kisah ini menjadi musykil terhadap mereka yang hanya mengharuskan melihat muka dan tangan. (Talkhis al-Habir 3/147).

- Ada sahabat (Jabir dan Muhammad bin Maslamah) yang bersembunyi untuk melihat wanita yang mahu dinikahinya. Kata Albani: "Adakah orang berakal menyangka bahawa mereka bersembunyi sebegitu semata-mata mahu melihat muka dan tangan sahaja?!".

2. Mungkin kerana menggabungkan antara hadis di atas dan perbuatan sahabat, dengan nas-nas yang mewajibkan wanita menjaga auratnya di hadapan lelaki ajnabi. Wallahu A'lam.