Assalamualaikum wrh wth
Terima kasih kerana memberi saya sedikit ruang untuk bertanya.
Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa bulu kucing adalah najis. Dan apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu. boleh kah saya memdapat penjelasan
lanjut memandangkan saya juga ada membela kucing di rumah.
JAWAB:
Alhamdulillah inilah jawapannya:
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.
Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
SOAL: Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka batal wudhu?
JAWAB: Wuduk anda tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.
Harap dapat difahami. Hubungi kami lagi jika ada kekeliruan.
Sekian. Wassalam.