SJ-05-0400 : Bila mula qunut dalam tarawih?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0400 : Bila mula qunut dalam tarawih?

tuan,
bila ye kita start bc qunut dlm terawih?jika boleh bila nabi start bc qunut dlm terawih?

SJ-05-0400 : Bila mula qunut dalam tarawih?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Qunut tidak dibaca dalam solat tarawih. Ia disunatkan dibaca dalam solat witir pada rakaat terakhir.

Khilaf antara ulama tentang bila disunatkan baca qunut dalam witir, kepada tiga pendapat utama:

i) pada separuh terakhir Ramdhan (Syafie)
ii) pada seluruh Ramadhan (Malik)
iii) pada seluruh tahun samada Ramadhan atau bukan Ramadhan (Hanafi dan Hanbali)

Kata Imam Nawawi (Majmuk 4/15) : Pendapat ketiga (sunat pada sepanjang tahun) adalah kuat dari segi dalil. Kerana berdasarkan hadis:

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßÇä íæÊÑ ÈËáÇË ÑßÚÇÊ ßÇä íÞÑà Ýí ÇáÃæáì È ÓÈÍ ÇÓã ÑÈß ÇáÃÚáì æÝí ÇáËÇäíÉ È Þá íÇ ÃíåÇ ÇáßÇÝÑæä æÝí ÇáËÇáËÉ È Þá åæ Çááå ÃÍÏ æíÞäÊ ÞÈá ÇáÑßæÚ

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berwitir dengan 3 rakaat. Baginda membaca pada rakaat pertama 'Sabbihismarabbikal A'la', pada rakaat kedua dengan 'Qul Ya Ayyuhal Kafirun', dan pada rakaat ketiga dengan 'Qul Huwallahu Ahad'. Baginda qunut sebelum rukuk".
Direkod oleh Nasai (no: 1699), Baihaqi (no: 4640) dll.

Wallahu A'lam.