SJ-07-0054 : Doa : 2-part doa, alfatihah in the middle

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0054 : Doa : 2-part doa, alfatihah in the middle

Minta ilmuwan sekalian kalau tahu asal usul kaifiat di atas.

jkk in advance.

SJ-07-0054 : Doa : 2-part doa, alfatihah in the middle

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan syahrezan dengan kadar kemampuan yang terhad, Insya-Allah.

Kaifiat membaca al-Fatihah diantara dua do'a tidak terdapat dalil mengenai kesahihan dan kaifiatnya. Malah, amalan membaca al-Fatihah selepas berdo'a pun tiada nas. Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daaimah :-

áã íËÈÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ßÇä íÞÑà ÇáÝÇÊÍÉ ÈÚÏ ÇáÏÚÇÁ ÝíãÇ äÚáã
dir="ltr">"Tidak thabit dari Nabi :saw mengenai membaca al-Fatihah selepas do'a dari apa yang kami tahu"

Didalam hadith yang di riwayatkan oleh al-Tirmudzi dan Abu Daud, bahawa ada seorang lelaki yang berdo'a dan tidak mengkhirinya dengan berselawat keatas Nabi, Nabi :saw mengatakan : Apabila seseorang berdo'a hendaklah di memulakan do'a dan mengucap bertahmid (al-hamdulillah), kemudian (pada akhirnya) dia berselawat keatas Nabi :saw.

Telah tercatat didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait bahawa seseorang itu selepas selesai berdo'a hendaklah membaca :

æóÂÎöÑõ ÏóÚúæóÇåõãú Ãóäö ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÑóÈøö ÇáúÚóÇáóãöíäó
dir="ltr">"Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! " [Surah Yunus : 10]

Mengenai asal usul kaifiat membaca al-Faithah diantara dua do'a, tidaklah kami tahu sejarahnya, cuma amalan ini tidak di buat oleh Nabi :saw dan para sahabatnya. WA.

Sekian, wassalam
====
rujukan :

1. Fatwa IslamWeb (pengawasan Dr Abdullah al-Faqih) Íßã ÞÑÇÁÉ ÇáÝÇÊÍÉ ÈÚÏ ÇáÏÚÇÁ- url : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=42768&Option=FatwaId

خيرالأمين