SJ-07-0068 : beberapa kemusykilan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0068 : beberapa kemusykilan

:salam

ana ada beberapa kemusykilan.

1. adakah betul pendapat bhw berdoa tidak memerlukan kita utk menadah tangan dan kemudiannya menyapu tangan ke muka?terutamanya selepas solat.

2. adakah nas/dalil ucapan ketika hendak i'tidal(sami'Allahulimanhamidah)?

3. bagaimana pula kedudukan jari telunjuk ketika tahiyat akhir semasa membaca kalimah syahadah?adakah berbeza antara mazhab?

diharap dpt pencerahan dlm perkara2 diatas.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0068 : beberapa kemusykilan

:wassalam

1. berdoa tidak semestinya memerlukan kita utk menadah tangan. Rasulullah SAW pernah berdoa menadah tangan, pernah jg baginda berdoa dalam khutbah jumaat dgn mengisyaratkan jari telunjuk dan pernah jg baginda mengucapkan lafaz-lafaz doa tanpa menadah tangan. apa yang penting, doa itu dihayati dan difahami.
----------------Tahqiq thtl

Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid, KSA, hukum mengangkat kedua tangan saat berdoa termasuk adab-adab dan sunnah do'a menurut kesepakatan fuqaha' kecuali pada satu dua keadaan spt yg disebut oleh ust ali.
Dalil hadith: dari Ibn Abbas ra, (sabda saw) " Permintaan adalah dengan mengangkat kedua tanganmu setinggi kedua bahumu." HR Abu Daud, # 1274, Kitab asSolaat.
-----------------------------------tamat
menyapu tangan ke muka selepas doa adalah perbuatan yg pernah diamalkan oleh sebahagian tabiin setahu saya. terdapat sebuah hadith yg menyebutkan bahawa Rasulullah SAW tidak berdoa melainkan baginda akan menyapu mukanya selepas doa tetapi hadith itu tidak sahih.
maka terpulang kepada anda utk melakukannya kerana ia pernah diamalkan oleh sebahagian tabiin atau anda tidak melakukannya kerana ia tidak termasuk sesuatu yang diamalkan atau diperintahkan oleh Rasulullah SAW.
-------------------------------tahqiq thtl
Syaikh Bakar Abu Zayd mengumpulkan 7 hadith kesemuanya dalam ab menyaou muka dan kesemuanya dha'if. Namun beberapa muhaqqiqin berpendapat 7 hadith ini saling menguat menjadi hasan, antaranya Imam Ibn Hajar, al-Nawawi dan alSun'ani (subulus Salam, 4/427)
Salafi yang melakukannya ialah alHasan albasri, Ishak bin Rahuyah, Abd Razzak al-San'ani dan satu qaul dari Imam Ahmad (Syaikh Bakar, Juz fi Mas-ah al wajh)
Salafi yg keras menentangnya ialah Imam Malik, Imam Ahmad (menurut satu riwayat) dan Ibn Mubarak. Muhaqqiq yang membid'ahkannya ialah Syaikhul Islam IT (Majmu' Fatawa (22/519) dan al-Albani (Silsilah alSahihah (2/146)
Verdict: Pendapat yang mengatakan ia adalah amalan yg tidak dianjurkan lebih kuat kerana hadith2 itu semuanya tak dapat dinaiktaraf kerana kedha'ifannya agak berat. sekian-----------tamat

2. ya memang terdapat ucapan ketika hendak i'tidal dan ucapan itu adalah pelbagai. boleh merujuk kepada buku Hisn al-Muslim karya dr. al-Qahtani yg telah banyak diterjmahkan ke BM dan BI. ia buku kecil yg mengumpulkan zikir2 berkaitan solat dan jg berkaitan zikir harian. penulis telah cuba menapis hadith2 dan ia adalah sahih menurut kajian beliau.

Tambahan/Ziyadah thtl
Ucapan yang popular ialah "Sami' ALlahu liman hamidah ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå " kemudian diikuti dengan tahmid (ada 4 versi): antaranya Rabbana walakal Hamd, ÑÈäÇ æáß ÇáÍãÏ atau Rabbana lakal Hamd ÑÈäÇ áß ÇáÍãÏ (al-Albani, Sahih Kalim Tayyib, 74)------sekian

3. di dalam hadith2 sahih Rasulullah SAW 'mengisyaratkan' telunjuknya ketika tahiyat . secara umumnya, tidak disebutkan bila dan tidak jg disebutkan bagaimana. adapun hadith yg menyatakan bahawa Rasulullah SAW 'menggerakkan' jari telunjuknya dan juga hadith yg menyatakan bahawa Baginda 'tidak menggerakkannya' , kedua-duanya adalah dhaif.

manakala setiap mazhab mempunyai pendapat masing2 bilakah masa utk mengisyaratkan jari telunjuk itu. ia adalah berdasarkan pandangan ulama.

---------------Tambahan thtl
cari dalam archive di bawah tajuk tahrik
wallahu a'lam.