SJ-09-0033 : Pembesaran Tempat Saie

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0033 : Pembesaran Tempat Saie

Assalamualaikum

Adalah difahamkan bahawa laluan Safa dan Marwah yg asal telah dipecahkan dan satu laluan baru di buat bersebelahan untuk tujuan Sa'ie. Maka terdapatlah pendapat bahawa Sa'ie yg akan dilakukan nanti tidak sah. Apa pendapat ahli panel AAN tentang perkara ini? Harap penjelasan ::? ::?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0033 : Pembesaran Tempat Saie

Bismillahi wal hamdulillah ,

Salam ,

Perkara tersebut sebenarnya adalah dibolehkan berdasarkan maslahah.Ini kerana , projek pembesaran tempat bersaie itu apabila siap akan mendatang kemaslahatan yang sangat besar pada umat Islam sedunia.

Mengatakan bahawa saie di tempat sementara yang didirikan oleh KSA adalah tidak sah merupakan kenyataan yang terburu-buru dan mengikut hawa nafsu.Sekiranya perkara ini salah dan tidak dibenarkan dalam Islam , sudah tentu para Ulama yang berada di KSA terlebih dahulu akan mengeluarkan kenyataan yang menentang perbuatan kerajaan KSA tersebut.

Secara ringkasnya , mengikut kaedah Islam , apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan maslahah kepada umat Islam adalah dibolehkan dan diharuskan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan kehendak syarak.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com