SJ-11-0161 : harga yang perlu diambil untuk nilaikan zakat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0161 : harga yang perlu diambil untuk nilaikan zakat

akum. bagi barang-barang jaulan, yang masa nak kira zakat, adakah kiraannya diambil harga modal barang itu, atau harga jual?

contoh-harga kos/modal barang ialah rm10,000.00. kalau harga jual semua barang itu ialah rm15,000.00. jadi zakat nak kira atas 10k ni ker atau 15k?

SJ-11-0161 : harga yang perlu diambil untuk nilaikan zakat

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Ada khilaf di kalangan ulama, samada diambil kira harga modal, ataupun harga jualan. Kebanyakan ulama berpendapat: Diambil kira harga jualan semasa. Jika modalnya 10,000 tetapi dia mahu menjualnya dengan harga 15,000, maka zakatnya ialah daripada 15,000.

Inilah yg dipilih oleh Dr Qardhawi dalam tesisnya: Feqh Zakat, dan juga ditarjih oleh Dr Syanqiti dalam syarah Zad Mustaqni'.

Diriwayatkan daripada seorang tabien, Jabir bin Zaid, bahawa beliau menyuruh supaya dinilai harga barangan berdasarkan harga semasa, kemudian dibayar zakat bedasarkan nilaian tersebut.

rujukan:
- Fiqh Zakat, Qardhawi m/s 336
- Syarah Syanqiti: http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=127958