SJ-1821: Perkara dalam Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1821: Perkara dalam Solat

Assalamuaalikum,

1. Sukacita jika dapat diutarakan dalil Syafi' serta imam lain dalam perkara solat dari niat sehingga salam.

2. Pernah diutarakan dalam soalan mengenai mengikut imam Hanafi bila berada si UK contohnya boleh diqasar dan dijamakkan jika dalam keadaan darurat cthnya di UK musolla susah dicari, jika solat di sudut kedai atau jalan takut digganggu sentimen anti muslim dsb. Maksudnya kalau kena solat atas train atau bas - cthnya masa asar ke maghrib ke isyak jika winter pendek jadi terpaksa solat dalam perjalanan tiap hari. Setahu saya pula ikut Syafi' jika solat dalam keadaan darurat pula bila selamat perlu dilakukan semula. Terima Kasih.

Re: SJ-1821: Perkara dalam Solat


Jwb:
1. Membicarakan bab solat bermula dari Niat hingga salam dari pendapat Syafi'iy dan Imam-Imam lain (Maliki-Hanbali-Hanafi) adalah suatu topik yg berat dan panjang dan ia memerlukan suatu kitab tebal untuk menghuraikannya. Ruangan Fiqh Ahkam tidak mampu membantu soalan yg begini kerana kami kekurangan pakar dan trend soaljawab cyber ialah soaljawab yg ringkas dan padat sahaja. Kita syorkan anda memiliki kitab Fiqh Islami jilid 1 (terbitan DBP) , solat empat madzhab oleh syaikh Rahbawi. Jika anda keliru dalam tajuk-tajuk tertentu, maka hubungilah kami. Misalnya anda keliru dengan masalah niat dalam madzhab Syafi'iy yg menyunatkan usyalli dan tidak dalam madzhab maliki dan hanafi.
2. Kelonggaran dalam solat jama' ini ialah dari madzhab Hanbali, manakala madzhab Hanafi tidak membenarkan solat jama' kecuali di Arafah dan Mudzalifah. Hanbaliah membenarkan solat jama' jika ada keperluan dan hajat (alKattabi, Ma'alim asSunan; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunah)
3. Pendapat Syafi'iy yg anda sebutkan itu bila solat dlm keadaan dharurat, bila hilang dharuratnya hendaklah solat semula, merujuk kepada solat yg dilakukan dalam keadaan yg benar2 dharurat, misalnya dikepung musuh, tiada pakaian melainkan pakaian bernajis. Jika anda ingin mengambil mana-mana pendapat fiqih dan Imam ikutilah huraiannya jangan berdasarkan heresay sahaja. waLlahu a'alam