SJ-2033: Rencam puasa dan ronga terbuka

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2033: Rencam puasa dan ronga terbuka

1. apakah dalil yang mengatakan memasukkan sesuatu kedlm rongga itu membatalkan puasa.

2. Dari mana pulak kesahihan mengorek telinga dan hidung itu membatalkan puasa?

3. Bagi mendidik anak bersolat telah jelas disebut dalam hadis, tetapi bagi berpuasa adakah ianya mengikut kaedah hadis yang sama dan anak yang berumur 10 th wajib kena pukul kalau tak puasa

4. Bagaimanakah para salaf mendidik anak anak mereka berpuasa. saya tidak pernah terbaca manamana kisah sahabat dan dll kisah pendidikan anak berpuasa..harap ustaz berikan sekiranya ada

Re: SJ-2033: Rencam puasa dan ronga terbuka

Jawab:
1. Tidak ada dalil melainkan jika ada tujuan membatalkan puasa dgn memasukkan makanan atau minuman atau apa jua objek melalui rongga2 tersebut. Kemungkinan apa yg anda sebutkan itu diambil dari kitab2 perukunan.
2. Ia tidak sahih
3. dan 4. Cara salaf mendidik anak berpuasa. Dalilnya dari HR Bukhari-Muslim dari Rubaiyyi' bte Mu'awwidz ra menceritakan bagaimana kaum Ansar mendidik anak2 mereka berpuasa, salah satu tekniknya ialah mencipta permainan supaya kanak2 itu leka dan asyik bermain hingga sampai waktu berbuka.
Sebenarnya zaman salaf dulu, suasana itu sudah mendidik masyarakat, zaman itu adalah zaman ma'aruf menguasai, tak ada ASTRO, NTV7, Sony Playstation, Computer, pawagam, dsbnya macam zaman kita ni, tambah lagi iklan makanan kat TV, McD, Pizza, KFC, jadi susahlah kanak2 nak puasa. Jadi kita kena lebih kreatif dalam mendorong mereka berpuasa. Inilah bid'ah (innovasi) yg dibenarkan. Carilah jalan dan ciptalah teknik supaya anak2 anda mudah berpuasa. Ramai orang kita yg memberi cash insentive (ganjaran wang) jika anaknya dapat berpuasa, satu hari RM 2.00, misalnya. Buruk baiknya teknik ni kena kajilah. WaLLahu a'alam