SJ-2753: Memakai kopiah dan serban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2753: Memakai kopiah dan serban

:salam
Ana cuma nak bertanya, adakah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda memakai kopiah dan berserban sepanjang waktu. Ini kerana ana pernah mendengar seorang ustaz mengatakan Rasulullah lebih banyak masa baginda tidak memakai kopiah atau menutup kepala dari memakai kopiah dalam kehidupan seharian baginda.

:wassalam

Re: SJ-2753: Memakai kopiah dan serban

:wassalam
Jawab:
Sudah hampir sebulan soalan anda terperap dalam bank soalan. Kami sengaja melewatkan kerana dalam pertimbangan Fiqh Waqe' (Fiqih Realiti) ianya bukan urgent dan dalam keadaan sekarang ia menjadi isu politik.
Isu serban dan ketayap atau songkok bukanlah isu agama. Menurut alQardhawi (Isham Tolimah, Qardhawi faqeehan) serban dan pakaian tertentu diberatkan oleh pemerintahan Umar ra dan Umar Abdel Aziz ra) kerana isu ID (pengenalan) utk membedakan muslim dan non-muslim. Hari ini isu ID bukan lagi menjadi kesukaran kerana kita memiliki ID yg sentiasa berada di badan pembawanya.
2. Apakah pakaian (serban dan kopiah) ini isu sunnah atau budaya? Kami berpendapat ia menjadi isu sunnah dan budaya (urufi). Sunnah kerana Nabi saw memakainya terutama pada event (peristiwa yg memerlukan kehebatan dan gah):
cth: Imam Muslim (alSahih, cetakan Riyadh, 2/906 dari Jabir ra, Nabi saw memasuki kota Mekah berserban hitam. Imam Muslim juga meriwayatkan hadis lain, bahawa Nabi saw ketika menyampaikan khutbah kpd orang ramai, memakai serban hitam."
Jadi, hadis2 yg meriwayatkan Nabi saw berserban itu memang sahih. Adapun fadhilat berserban itu disahkan pula sebagai maudhu' dan amat dha'ef. Ini menunjukkan serban itu merupakan sunnah budaya dan bukanlah suatu aturan agama atau yg dikenali dgn nama sunnah tasyri' (sunnah yg menjadi peraturan hidup). Berserban dan ketayap/songkok ini sudah diterima menjadi simbol keulamaan, simbol kebaikan hatta penjenayah bila disorong ke mahkamah, mereka akan berserban atau berketayap utk menunjukkan kesolehan dan kebaikannya di hadapan hakim.

Pendapat yg kita perbetulkan adalah begini:

a. Serban atau kopiah baik sekali dipakai dan pemakainya menghidupkan pula sunnah2 yg lain. Tidak pula pemakainya percaya memakai serban semasa solat dan hari Juma'at membawa pahala yg belipat kali ganda. Cuma memakainya ketika solat adalah diberatkan oleh majoriti ahli hadis dan ulamak ahli sunnah tapi bukan kaitan dgn pahala serban.
b. Serban dan kopiah tidak boleh dipakai jika pemakainya berakhlak buruk dan melakukan yg haram atau bid'ah. Manusia ini telah mencemarkan imej Islam.
c. Harus juga berpakaian tradisional kaum masing-masing asalkan ia memenuhi batasan aurat dan tidak mencerminkan pakaian agama kaum tertentu. mereka ini (yg tidak berserban dan berjubah atau berketayap) tidak boleh dipandang serong atau ahli bid'ah.
d. Serban dan kopiah bagi mereka yg berstatus ulama' itu amatlah digalakkan kerana masyarakat sudah menjadikan ia pakaian ulama'. Persepsi dan uruf ini amat sukar dihapuskan, maka kekallah pakaian itu menjadi pakaian ulama'. ia tidak boleh diubah.
(Ruj: alMubarakfuri, Tuhfah alAhwadzi, cetakan Beirut, 5/336)
Itulah sedikit panduan dalam hal serban dan kopiah ini. WA