SJ - 3039: [Z] Letak nama waris

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3039: [Z] Letak nama waris

Assalamualaikum.
Bolehkah saya meletakkan nama-nama pewaris saya untuk mewarisi duit EPF(KWSP) saya apabila saya mati kelak. Yg menjadi kemusykilan saya adalah :
1. adakah duit itu akan dibahagikan secara faraid atau secara sama rata oleh pihak EPF.
2. siapakah yg patut saya letak sebagai waris mengikut susunannya.
3. dalam borang tersebut hanya ada 4 penama sahaja, bagaimanakah sekiranya waris kita melebihi drp 4 org. Adakah yg selebihnya ini akan dinafikan pula hak mereka.
4. apakah hukumnya mewariskan atau mewasiatkan harta dalam Islam dan bagaimanakah kaedahnya.

Sekian terima kasih. Wassalam....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Letak nama waris

:salam

Q1 & Q4: Soalan ini anda kena tanya kepada KWSP sendiri.

Soalan selainnya, merupakan satu persoalan yang besar. Samada saudara rujuk atau beli kitab di kedai buku yang terdekat.

Untuk memudahkan kerja, sila click laman web berikut:
1. FARAID DALAM ISLAM oleh JAIM

2. SOAL JAWAB FARAID oleh MUIS

3. KWSP dan FARAID

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3039: [Z] Letak nama waris

:wassalam

Tahqeeq/Tas-hih

Penamaan dalam prosedur KWSP itu adalah pemegang amanah sahaja. Sebaik sahaja wang itu dipindahkan kepada penama-penama itu, maka berlakulah hukum Faraid. Jika penamaan itu adalah wasiat, ia tidak boleh melebihi 1/3. Manakala 2/3 wang KWSP itu hendaklah difaraidkan.