SJ-05-0465 : Lewat Pergi Jumaat, Iktikaf, Mimpi Ghazali

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0465 : Lewat Pergi Jumaat, Iktikaf, Mimpi Ghazali

Salam ustaz...

1) Apakah ada istilah TELOR AYAM apabila kita bersolat jumaat tanpa sempat mendengar khutbah jumaat. Ketika saya belajar di sekolah agama kecik2 dulu, ustaz saya berkata jika kita tidak sempat hadir dalam masjid sebelum khatib membaca khutbah maka malaikat tidak akan mencatatkan kehadiran kita pada hari solat jumaat tersebut. walaupun tidak mendapat dosa tidak menunaikan solat jumaat (kerana kita hadir solat) tetapi kehadiran kita tidak dicatat malaikat maka kita tetap dipersoal Allah di akhirat. Betulkah pendapat begini ustaz?

2) Benarkah syarat utama utk kita BERNIAT IKTIKAF dalam masjid mestilah BERDIRI TEGAK (walaupun sesaat seperti niat takbiratul ihram) SAMBIL BERNIAT IKTIKAF DALAM MASJID atau apakah kita boleh berniat ketika sambil berjalan2 atau dalam apa keadaan sekalipun?

3) saya pernah mendengar kata-kata penceramah agama yang menyebut IMAM GHAZALI diterima Allah akan amalannya bukan kerana beliau menulis kitab yang banyak tetapi kerana jasanya menyelamatkan seekor semut yang hampir kelemasan di dalam cawan minumannya. Dikatakan juga setelah kematian Imam Ghazali beberapa hari kemudian anak muridnya bermimpi didatangi Imam Ghazali yang menyebutkan perihal Allah menerima amalannya hanya kerana menyelamatkan seekor semut. Persoalan saya, benarkah pendapat ini. Benarkah mimpi anak murid Imam Ghazali tersebut boleh dijadikan hujah agama, sedangkan bukankah mimpi tidak boleh dijadikan hujah agama? Ini ditambah lagi anak murid imam Ghazali bukanlah maksum yang sememangnya terdedah dengan penipuan syaitan dalam mimpinya.

Harap ustaz dapat membantu menjawabnya.

SJ-05-0465 : Lewat Pergi Jumaat, Iktikaf, Mimpi Ghazali

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

ãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáÃæáì ÝßÃäøãÇ ÞÑøÈ ÈóÏóäóÉ ¡ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáËÇäíÉ ÝßÃäøãÇ ÞÑøÈ ÈÞÑÉ ¡ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáËÇáËÉ ÝßÃäøãÇ ÞÑøÈ ßÈÔÇð ÃÞÑä ¡ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáÑÇÈÚÉ ÝßÃäøãÇ ÞÑÈ ÏÌÇÌÉ ¡ æãä ÑÇÍ Ýí ÇáÓÇÚÉ ÇáÎÇãÓÉ ÝßÃäøãÇ ÞÑøÈ ÈíÖÉ ¡ ÝÅÐÇ ÕÚÏ ÇáÅãÇã ÇáãäÈÑ ÍÖÑÊ ÇáãáÇÆßÉ íÓÊãÚæä ÇáÐßÑ

Maksudnya: Sesiapa pergi pada waktu pertama umpama bersedekah seekor unta. Sesiapa pergi pada waktu kedua umpama bersedekah seekor lembu. Sesiapa pergi pada waktu ketiga umpama bersedekah seekor kambing jantan yang bertanduk. Sesiapa pergi pada waktu keempat umpama bersedekah seekor ayam. Sesiapa pergi pada waktu kelima umpama bersedekah sebiji telur. Apabila imam naik minbar, para malaikat hadir mendengar khutbah.
(Direkod oleh Bukhari dan Muslim).

Pahala-pahala tersebut adalah untuk mereka yang datang ke masjid sebelum imam naik minbar berkhutbah. Manakala mereka yang datang sewaktu imam sudah berkhutbah, tidak mendapat pahala bersedekah tersebut.

Walaupun begitu, kelewatan datang ke masjid sehingga imam sedang berkhutbah tidak menjejaskan kesahihan solat jumaatnya dan tidak berdosa. Kerana dalam hadis sahih, terdapat kisah seorang sahabat datang masuk ke masjid ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berkhutbah Jumaat, lalu baginda menyuruhnya bersolat tahiyyat masjid. (Direkod oleh Bukhari no: 889, dan Muslim no: 875).

2) Tidak disyaratkan dalam niat iktikaf mesti dilakukan dalam keadaan berdiri tegak. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk, berbaring dan lain-lain.

Dan iktikaf tidak boleh sekadar berjalan dalam masjid dan keluar. Mesti berhenti seketika kerana maksud iktikaf itu sendiri ialah melazimi suatu tempat tertentu. (Majmuk 6/489).

3) Pertama, mimpi selain Nabi dan Rasul tidak boleh dijadikan hujah. Apatah lagi mimpi mereka yang terkemudian.
Kedua: Kisah ini seolah-olah bersangka buruk kepada Imam Gahazali terhadap sumbangan-sumbangan ilmunya.
Ketiga: Penerimaan amal oleh Allah atau tidak diterima, adalah perkara di luar pengetahuan manusia. Hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Wallahu A'lam.