Oleh: Ustaz Al-Jawhar
40 Ulama masuk UMNO…….. cukup membuatkan ramai orang terkejut dan terkesima dengan perkembangan politik terbaru ini.Malah ia juga tidak kurang akan membuatkan orang ramai mula meragui “keilmuan” golongan ulama tersebut.Penulis sendiri sepanjang memberi kuliah di surau-surau dan masjid-masjid dihujani dengan persoalan demi persoalan oleh para jemaah yang mana antaranya :
“Ustaz , saya nak Tanya sikit , Apa pasal depa masuk UMNO….?
“Ustaz , diaorang tu dah tak de kerja lain ke?
“Ustaz , mereka ni cakap tak serupa bikin la….mengarut aje…
Walaubagaimana pun ada juga yang memberikan komen sebaliknya :
“alaa , apa nak dihairankan , sangka baik dah la…
“Mereka tu orang kuat agama.Mereka tahulah jaga diri”
“Biarlah mereka masuk UMNO , yang penting mereka tetap guru ku dan akan ku relakan tindakan mereka…..”
Kesemuanya penulis jawab dengan jawapan yang sama iaitu : MEREKA LEBIH MENGETAHUI APA YANG MEREKA LAKUKAN.
Cuma , ada satu jawapan yang menarik minat penulis untuk memberikan komen dalam entri kali ini iaitu :
“Biarlah mereka masuk UMNO , yang penting mereka tetap guru ku dan akan ku relakan tindakan mereka…..”
Kenyataan tersebut adalah merupakan satu kenyataan yang sering kali “terpacul” dari mulut mereka-mereka yang hipokrit , cakap tak serupa bikin , jiwa kotor dan hati busuk….(maaf , kalau ada yang terasa)…
Semua orang tahu , bila ada orang lain masuk UMNO , maka mereka akan memberikan komen yang melampau-lampau sehingga ada yang mengutuk dan mencaci maki orang atau individu yang masuk UMNO tersebut dengan berbagai-bagai tuduhan , fitnah dan tohmahan.Marah betul dia bila ada sesiapa yang masuk UMNO…lebih-lebih lagi bila orang tersebut asalnya dari sebuah parti politik lain ( contoh : PAS , DAP , PKR dan sebagainya ).Mungkin orang tersebut merasa kecil hati dengan ‘layanan’ yang tidak sepatutnya diterima atau tidak berpuas hati dengan segala tindakan dan keputusan parti yang disertainya , lalu bertindak untuk keluar parti dan membuat keputusan menjadi ahli UMNO….Maka , tidak lama selepas penyerahan borang keahlian tersebut akan terdengarlah suara-suara maki hamun , kata-kata kesat dan nista daripada mereka-mereka yang dahulunya merupakan sahabat seperjuangan dan separti yang pernah sama-sama melafazkan sumpah ikrar dan taat setia untuk sehidup dan semati dalam apa jua keadaan yang melanda ‘partai’ mereka.
Tapi , apabila ia berlaku kepada golongan ulama , yang dikatakan sebagai ‘guru’ dalam kuliah-kuliah pengajian di masjid atau disurau , yang mana kita juga merupakan salah seorang ‘anak murid’nya , lain pula sikap kita..Kenapa kita tidak memaki hamun ‘tok guru’ kita tersebut atas tindakan yang mereka lakukan?????…..Mengapakah kita tidak menunjukkan atau melahirkan rasa tidak puas hati kita terhadap keputusan mereka , sebagaimana kita lakukan kepada orang lain yang masuk UMNO???….
Dulu , kita hamun , kita maki , kita cerca orang lain yang masuk UMNO , kerana alasan kita parti UMNO tidak Islamik , rasuah , penindas rakyat , Toghut (sebagaimana dakwaan beberapa orang pemimpin daripada sebuah parti politik lain suatu ketika dahulu) dan sebagainya….Maka sekarang , adakah UMNO sudah Islamik , tidak ada lagi rasuah , tidak menindas rakyat atau yang paling penting tidak lagi ‘Toghut’ sehingga memungkinkan golongan 40 Ulama tersebut membuat keputusan untuk masuk UMNO??…
Kalau kita katakan bahawa golongan ulama tersebut masuk UMNO kerana ingin melakukan “islah” daripada dalam parti , bagi saya satu jawapan yang tidak boleh diterima.Ini kerana , mungkin juga orang lain yang masuk UMNO dulu tu pun dengan niat dan alasan yang sama iaitu untuk berdakwah dan melakukan islah dari dalam.Kita sudah tentu tidak mengetahui niat dan tujuan mereka tersebut…Memang kita tak tahu pun..sebab kita bukan kasyaf .Maqam kita tak setaraf dengan maqam para auliya dan jiwa kita tidak sebati atau bersatu dengan Tuhan (kata orang sufikat = sufi + tarekat…..hehehe) Tapi , apa yang berlaku ??…Walaupun tak tahu niat mereka yang masuk UMNO tu , kita tetap hentam semacam..Bedal syaikh , jangan tak bedal…baluuunn , jangan tak baluuunnn…. Ini ke sikap kita dan yang amat-amat mengecewakan juga ialah keterlibatan beberapa individu yang dianggap sebagai golongan sunnah + salafi…Macam ni ke??….
Malah selama ini pun rasanya dah ramai golongan ulama yang masuk UMNO dengan alasan yang sama…Islah dari dalam…Tapi , bila dah masuk , lain pula jadinya…Senyap , bisu , diam , kaku dan sampai sekarang habuk pun tak dak…
Wahai ikhwah sekalian….kesimpulan yang dapat penulis ambil daripada sikap sebegini ialah “Ketaksuban” membuta tuli kepada tok-tok guru kita….Itu aje yang penulis nampak…sekali lagi diulang..TAKSUB kepada tok guru ‘kita’….Bila tok guru orang lain buat , kita kata tak betul , tak islamik , tak sunnah , tak syar’ie….tapi,bila ‘tok guru’ kita buat , kita akur , kita redho , kita setuju , kita angguk-anggukkan kepala , kita berbaik sangka , malah kita puji , kita respek dan macam-macam lagilah yang kita buat pada ‘tok guru’ pengarang jantung kita. Sami’na wa atho’na.…Malah , ada antara mereka yang mendakwa lebih sunnah daripada Imam Abu Hanifah , Imam Syafie , Imam Malik dan Imam Ahmad…sehingga ada yang menyalahkan Imam-imam tersebut kerana mengeluarkan fatwa/hukum yang bertentangan dengan sunnah hasil daripada pengajian mereka dengan ‘Tok-tok guru’ mereka yang sekarang ni dah masuk UMNO…Pendek kata , tok guru mereka sahaja dulu betul , kini betul dan selama-lamanya betul….sehingga Imam Mazhab yang 4 itu pun tak betulllll…..
INGATLAH !!!! tidak ada manusia yang maksum dan terlepas daripada melakukan kesalahan melainkan Rasulullah saw…Semua orang akan buat silap , samada dulu silap , kini silap atau selama-lamanya silap….itulah hakikatnya manusia…Fikir-fikirkan lah dan renung-renungkan lah dengan jiwa tenang dan berlapang dada…..Wa Allahu A’alam..
P/s…point yang nak saya sampaikan dalam penulisan ini ialah , bukan keputusan 40 ulama tersebut masuk UMNO atau pun tentang UMNO itu sendiri (itu saya tak mahu komen)…tetapi sikap sebahagian kita yang seringkali menyalahkan orang lain pada setiap keadaan, tetapi dalam masa yang sama , mereka akan patuh dan taat setia pula dengan setiap tindakan dan keputusan tok guru mereka dalam apa jua keadaan…
Sumber: http://aljawhar.wordpress.com/2010/06/27/bila-tok-guru-kita-masuk-umno/