Soaljawab Islam

SJ-07-0166 : Ma'thurat

Saya ada sedikit kemusykilan. Benarkah ma'thurat yang disusun oleh Hasan Al-Banna bukanlah bersandarkan dalil-dalil yag sahih dan oleh itu tidak sesuai diamalkan?

SJ-11-0211 : permasalahan wang riba'

Salam..

1. Sekiranya menerima wang yg diyakini ia sbg wang riba', seperti duit interest dr simpanan di bank, kemanakah duit interest tersebut harus @ boleh disalurkan? Ini kerana saya berada di luar negara dan institusi kewangan berlandaskan Islam boleh dikatakan tiada. Maka untuk menghindari dr permasalahan tersebut adalah sukar.

Terima kasih

SJ-02-0037 : Bagaimana dakwah islamiyah dan jizyah dibuat?

assalamualaikum..

Saya berada di negara kufar yang jauh dari ulamak,so saya tidak dapat bertanyakan hal ini.

Baru2 ini, kawan saya (seorang free thinker) bertanyakan saya mengenai jizyah.

Saya jawab dengar kadar yang mampu.

Kemudian dia bertanya, bagaimana orang Islam memasuki negara2 kufar semasa zaman khalifah?

1) orang Islam rempuh masuk negara kufar dengan senjata?
2) kemudian suruh masuk Islam, kalau tak nak masuk kene bayar jizyah?
3) kalau tak bayar, kene perang?

SJ-05-0414 : Jumaat: Jawab Azan, Atau Terus Solat Tahiyyat?

:salam

Saya ingin bertanya sedikit.
Saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat pada hari jumaat.
kebetulan pada hari itu saya agak terlambat pergi ke masjid dan apabila saya masuk ke dalam masjid, muazzin hendak melaungkan azan.
Adakah saya perlu tunggu sehingga tamat azan baru tunaikan solat tahiyatul masjid ataupun bersolat juga ketika azan?

:wassalam

SJ-05-0428 : Dysphasia Dementia dan Solat

:salam

Situasi:
Sebahagian pesakit-pesakit yang baru sembuh dari strok mungkin akan mengalami dementia atau dysphasia, di mana mereka mempunyai masalah berkaitan ingatan dan percakapan.

beberapa pesakit yg saya temui, menghadapi masalah lupa bacaan solat dan tidak mampu untuk mengingatinya semula. Ada juga yg hingga lupa kaifiyyah solat, tetapi mereka tetap mahu bersolat.

SJ-05-0456 : Bacaan Qunut yang paling tepat

:salam

Bagaimana bacaan qunut solat Subuh yang tepat. Saya search around dan jumpa website ni:

http://mahap0.tripod.com/bacaan_dalam_solat_doa_qunut.htm

Kalau bahagian selawat

SJ-11-0265 : Bagaimana status pendapatan ini?

:salam Mohon pendapat tuan berdasarkan lunas syariat tentang status pendapatan yang saya perolehi ini:

i. Pada April 2008 saya diarah oleh ketua jabatan utk menanggung kerja bagi 1 pos jawatan yang baru diwujudkan. Imbuhannya saya akan dibayar sejumlah 1/4 dari gaji jawatan baru berkenaan. Bidang tugas bagi kerja yg ditanggung berkenaan dimaklumkan kepada saya dan saya telah menjalankannya.

SJ-16-0022 : masalah nazar

a'kum ustaz, sy dah baca berkenaan nazar di link di bwh ni:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37120

sy ada satu kemushkilan iaitu, sy telah melakukan nazar kategori muallaq iaitu jika sy dapat nikmat tersebut sy akan berpuasa 20 hari berturut-turut. dan alhamdulillah, apa yang telah sy inginkan itu dimaqbulkan oleh Allah ta'ala.

SJ-05-0416 : lalai dlm solat & air zam zam

:salam

1.Masaalah lupa serta lalai dlm solat

sekiranya saya berada dalam keadaan lupa rakaat solat kemudian saya teringat semula selepas beberapa ketika dalam solat yg sama, apa yg perlu saya lakukan?

sekiranya saya lalai dalam solat, seperti saya x yakin sudah sujud dua kali apa yang patut dilakukan?

2.Adakah air zamzam boleh digunakan untuk dibancuh air seperti kopi, dan lain lain, untuk tujuan minum biasa?

SJ-11-0210 : Hukum Jual Beli Emas Dengan Emas

:salam seperti soalan ana diatas...ana agak keliru, yg benarnya adkh dilarang jual beli emas dgn emas / boleh juai beli emas dgn emas?

Jazakallhhukhairankathira..

SJ-16-0021 : nazar

aslmkum....
tak tau nak cari soalan ni dalam bahagian mana, maaflah kalau sudah dijawab. berkenaan nazar, apakah status (hukum,definisi dan sebagainya tentang) nazar dan apakah dalil2 dari nabi yang menyebut tentang nazar ni ye?
syukran. ::D

SJ-13-0488 : Korban yang mana?

:salam

Jika seseorang hanya boleh berbuat satu daripada tiga pilihan di bawah, yang manakah yang lebih awla?

1. Berkorban seekor lembu = RM2,500

2. Berkorban wang (tambahan) yang diperlukan untuk re-finance kereta daripada pinjaman konvensional kepada Islamik = RM2,500-RM3,000

3. Berkorban wang untuk membantu kakak yang amat perlu menjalani pembedahan mata (kes kronik) tetapi menghadapi masalah kewangan = RM3,000

Pandangan panel2 di sini amat dihargai.

Jazakallah

SJ-06-0077 : Menetap di Dua Tempat. Boleh Jamak, Qasar?

:salam
saya berkerja di putrajaya dah 2tahun, menyewa di bangi... kampung asal saya di pengkalan chepa kota bharu. saya acap balik ke kb. sekerap seminggu sekali kerana isteri saya menetap disana... saya keliru apabila saya ingin melakukan jamak dan qasar ni. tolong uraikan untuk saya..

segala usaha tuan mejelaskan kekeliruan saya saya ucapkan ribuan terima kasih. :salam

SJ-14-0167 : pengajaran dari atsar Abu Bakr

:salam
apabila (abu bakar r.a.) hendak memutuskan suatu hukum, beliau akan mencari didalam Al-Qur'an . apabila tidak ditemui ketentuan itu didalam Al-Qur'an, beliau akan mencarinya didalam Sunnah Al-Rasul, sekiranya masih belum ditemui, beliau akan bertanya kepada Sahabat Sahabat Nabi yang pernah mengetahui ketentuan yang telah diambil oleh Baginda
S.A.W. berhubung kes seumpama itu. Jika masih belum ditemui ketentuannya beliau beliau akan menghimpunkan tokoh tokoh Sahabat untuk bermusyawarah dengan mereka.

SJ-13-0481 : Menerima hadiah sempena Halloween

Assalamu'alaykum ahli panel yang ana hormati,

Hari ini ana ada terima beberapa bungkusan berisi coklat di depan rumah dan ana tahu hadiah itu diberi sempena Halloween yg disambut di sini. Ana tak pasti sama ada boleh diterima hadiah itu atau harus dibuang sahaja kerana jelas hadiah itu diberi untuk menyambut satu perayaan yg bertentangan dengan Islam. Harap dapat penjelasan dr ahli panel. Jazakallahukhayran katheera